Eyriqazz vs Denaihati. Masing-masing telah mengeluarkan senjata rahsia untuk mendapatkan tempat pertama dalam carian Google Eyriqazz vs Denaihati. Banyak faktor yang mempengaruhi kedudukan dan salah satu diantaranya ialah pemilihan tema yang mesra SEO. Pemilihan tema begitu penting kerana ianya bukan sahaja untuk kelihatan cantik dan menarik tetapi jika ianya mesra SEO pastilah bot enjin carian mudah untuk memberi perhatian lebih kepada blog kita. Salah satu tema yang begitu mesra SEO ialah tema Thesis. Sebelum ini saya ada menulis entri tentang ‘Ubahsuai Tema Thesis‘ dan ‘Tweak Thesis Teaser‘ semata-mata untuk melepasi Google Snippets supaya menarik perhatian pengunjung dengan result yang dipaparkan oleh carian Google.

Ralat
Setelah digodek-godek semula, sebenarnya kita tidak perlu memasukkan kod seperti didalam entri ‘Tweak Teaser Thesis‘ kerana ianya telah diprogram dengan baik dan sempurna. Tetapan untuk mengeluarkan ‘author’ di teaser boleh dilakukan hanya mengubah tetapan didalam tema ini sahaja dan tidak perlu mengubahsuai kod tema tersebut. Kesilapan ini berlaku kerana saya terlepas pandang bahagian tetapan Teaser yang juga terdapat didalam bahagian Design Options. Aturan ‘author’,tarikh, tajuk dan lain-lain boleh disusun dengan hanya ‘drag’ mengikut kehendak masing-masing. Pemilihan tema ini bersesuaian untuk digunakan sebagai senjata untuk digunakan didalam peperangan SEO ini. manalah tahu untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Penggunaan tema Thesis ini mungkin meningkatkan faktor untuk menduduki ditangga pertama Eyriqazz vs Denaihati.

Eyriqazz vs Denaihati

Jebeng Otai™

68 Replies to “Eyriqazz vs Denaihati : Tema SEO Thesis

  1. Theme Thesis memang mudah diubahsuai tanpa perlu ubah kod asal..
    pasal kesilapan tu xda masalah rasanya bro.. semua orang akan bermula daripada kesilapan juga

  2. Tak mampu nak guna Thesis theme..boleh tahan harga atau ada yang percuma. Kalau ada thesis theme percuma kongsi link kat sini JebengOtai. Aku pun baru join Contest ni. Saja nak test seo blog…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge