Raspberry Pi 3

Bagaikan cendawan turun lepas hujan, popularati Raspberry Pi 2 sebagai SBC kos rendah telah mewujudkan saingan antara pengeluar SBC yang lain. 3 tahun yang lepas, saya telah membeli Raspberry Pi 2 dan ketika itu tidak banyak pilihan SBC di pasaran. Dan hari ini pelbagai pengeluar SBC baru samada platform ARM atau x86. Kali ini pula Raspberry Pi 3 telah dilancarkan dan boleh dikatakan senang didapati di laman sesawang belian online seperti Lazada. Bagus bukan.

Raspberry Pi 3 : Penangan IoT

Ya, IoT adalah salah satu antara punca persaingan SBC dari semua pengeluar. Selain itu juga peralihan dari IPv4 kepada IPv6 menjadikannya pemangkin IoT. Pelbagai projek boleh dibina dan produk ini amat sesuai untuk ‘hobbyist’ dan terutamanya para pelajar samada di sekolah atau pengajian tinggi. Kerana kosnya yang murah, ianya menjadi pilihan sebagai alat kawalan untuk mengawal drone, mengawal irigasi tanaman ataupun sebagai komputer asas di makmal sekolah luar bandar. Fleksibiliti untuk memasang sistem Linux dan Windows juga menyebabkan ianya berpotensi tinggi tanpa mengehadkan kreativiti.

Raspberry Pi 3 : Spesifikasi

SoC: Broadcom BCM2837
CPU: 4× ARM Cortex-A53, 1.2GHz
GPU: Broadcom VideoCore IV
RAM: 1GB LPDDR2 (900 MHz)
Networking: 10/100 Ethernet, 2.4GHz 802.11n wireless
Bluetooth: Bluetooth 4.1 Classic, Bluetooth Low Energy
Storage: microSD
GPIO: 40-pin header, populated
Ports: HDMI, 3.5mm analogue audio-video jack, 4× USB 2.0, Ethernet, Camera Serial Interface (CSI), Display Serial Interface (DSI)

Apa yang berbeza antara Raspberry Pi 2 dan 3 ialah cip Broadcom BCM43438 mempunyai 2.4GHz 802.11n ‘wireless lan’. Jadi tidak perlu untuk membeli ‘dongle WIFI’ seperti sebelum ini. Selain itu ianya mempunyai fungsi Bluetooth Low Energy dan sokongan radio Bluetooth 4.1 Classic.

Raspberry Pi 3 : Beli di mana?

Ianya boleh dibeli di laman sesawang seperti Lelong, Rs-Online, Element14 dan beberapa laman sesawang yang lain mengikut konfigurasi masing-masing samada unit SBC sahaja, unit SBC berserta casing dan bermacam-macam lagi ‘feature’ tambahan untuk menarik jualan. Tetapi yang menarik perhatian saya ialah unit SBC beserta casing dan bateri tambahan untuk beroperasi secara ‘stand alone’ yang pada saya bersesuaian untuk projek-projek terpencil tanpa bekalan kuasa.


Sumber : raspberrypi.org

Jebeng Otai™
harga boleh tahan juga..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. Amirul

    Menarik… belum pernah lagi gunakan Rasp Pi… hanya setakat gunakan Arduino

    1. jebengotai

      SBC skang dh bercambah…kebnykkan pengeluar dh buat barebone sendiri…Asus pon dengan Tinkernya…xtau nak bli mana..haha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.