Review : Raspberry Pi

Terkejut juga membaca entri Kak Jie yang dia telah menggunakan Raspberry Pi. Kagum melihat semangat Kak Jie untuk membantu mengajar. Rata-rata setiap rumah sudah memiliki TV LCD yang mempunyai sambungan port USB. Untuk membeli komputer baru, tablet atau gadget baru sememangnya memerlukan kos yang agak besar dan mungkin sedikit merugikan jika kita menggunakannya hanyalah untuk melayari internet sahaja. Raspberry Pi ini adalah sesuatu yang baru yang telah dicapai oleh kemajuan teknologi sekarang. ‘Baru’ yang saya maksudkan bukanlah inovasi baru tetapi ‘SBC’ ini sebenarnya telah lama berada di sekeliling kita cuma sedar atau tidak sahaja. Berbanding dahulu kosnya sangat mahal tetapi dengan kemajuan sekarang, ianya dapat dikurangkan dan Raspberry Pi merupakan ‘SBC’ yang termurah didunia.’SBC’ merupakan singkatan kepada ‘single board computer’. Ia banyak digunakan didalam industri untuk ’embedded system’ ataupun penggunaan ‘vending machine’, kiosk dan sebagainya.

Kelebihan
SBC ini sangat murah dan boleh dibeli untuk mereka yang ingin mencuba gadget ini. Saya telah membeli pakej Raspberry Pi 512Mb beserta ‘casing’ dan 8GB SD card yang telah di’install’ Raspbian oleh pembekal. Secara keseluruhannya prestasi adalah sederhana. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan Linux ia mungkin merumitkan. Berbeza dengan Ubuntu dimana kita boleh memilih perisian melalui ‘repository’ tanpa perlu menaip di ruang ‘command’. Saya sendiri agak terkial-kial kerana ianya sangat basic dan tambahan perkakasan seperti WIFI Dongle dan Air Mouse tiada masalah untuk digunakan.

Bagi tetapan XBMC, prestasi tidak mengecewakan cuma sedikit masalah kepada sambungan internet. Raspberry Pi saya menjadi ‘media player’ yang boleh memainkan video 1080p dan pelbagai format dengan mudah. Sebesar mana sekalipun fail itu ia dapat dimainkan dengan sempurna.

Kekurangan
Ia direka supaya kos rendah dan pada masa ini ia tidak menyokong Android dan Ubuntu. Mungkin saya tidak ‘overclock’ menyebabkan Rpi saya lagging ketika membuat sebarang aktiviti. Hanya terdapat 2 slot USB dan mungkin bermasalah bagi mereka yang ingin menggunakan ‘pendrive’ jika kita menggunakan WiFI Dongle dan Air Mouse.

Cadangan
Bagi mereka yang ingin mencuba, bolehlah membelinya kerana kos agak rendah dan berpatutan. Pada fikiran saya, saya cadangkan mereka yang berminat untuk membeli Odroid-X2 dimana spesifikasinya tinggi setaraf dengan Samsung Galaxy S3. Prosessor Quad Core dan 2GB RAM mampu untuk menjalankan perisian dan OS seperti Android 4.0 dan Ubuntu. Harganya mahal sedikit tetapi nilainya sangat tinggi dan pelbagai fungsi.

raspberry pi

Jebeng Otaiβ„’
beli odroid-x2..puas hati πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 31 Comments

  1. wandisini

    menarik ! menarik ! macam minat je nak angkat satu πŸ™‚

    1. jebengotai

      hehe..minat gak ke bro..leh la angkat satu.. πŸ™‚

  2. akubiomed

    Menarik. Sekurang-kurang mudah untuk melayari internet tanpa membeli desktop pc.

    1. akubiomed

      Saya berminat dan ingin mengetahui jika Raspberry pi ini boleh akses Wifi?

      1. jebengotai

        rpi xder antenna..kene bli dongle..hrga dlm 40 ringgit.. πŸ™‚

  3. titan

    menarik. tapi gua rasa gua hadap laptop gua ajelah. tak larat nak ada banyak-banyak benda.

    1. jebengotai

      haha..yela..tp kalo nk surf tenet dh x yah bkk laptop..kalo ade ns storage leh streaming direct pi lcd..best2x πŸ™‚

  4. Hairul Azni

    Menarik..bagus buat mereka yang hanya perlukan pakej asas..tetapi untuk saya, buat masa ni lebih selesa menggunakan PC dan laptop..

    1. jebengotai

      aah..betul tu..yg ni sesuai utk cuba2 shja..sbnarnya leh buat lebih dari sekadar pc πŸ™‚

  5. ramdan

    ncie gan

  6. Imran

    berapa harga raspberry ni mahal ke.

  7. hafidz

    wah~
    terbaek nih πŸ˜€

  8. Mohd Ilham

    NIe namanya kecil2 cili padi…kecil tapi berkuasa

    1. jebengotai

      yg ni x cukup ag..ade yg lebih power πŸ™‚

  9. iAwani

    rasanya saya minat juga nak beli. untuk dicuba dan untuk dijadikan koleksi peribadi.

  10. blackrosehunter

    menarik..aritu baca yang kak jie tulis..tapi kalau nak tulis-tulis command tu yg payah sikit..dah terbiasa dengan windows kan.

  11. Kamal Mustafa

    Info menarik baru tahu nie. Tq

  12. Syarih

    wow…satu inovasi yang bagus…nanti nak cuba juga lah.

  13. Juan

    lama giler jebeng otai menyepi

    1. jebengotai

      salam,sori bro…sdkit bz..hehe..maybe 2-3 hari nk comeback.. πŸ™‚

  14. Rina

    saya jadi berminat juga menggunakan menggunakan Raspberry Pi di layar LCD tv saya

    1. jebengotai

      mmg xder mslh utk mainkan fail 1080p.. πŸ™‚

  15. Arieon

    punya kecil.. sekecil kad kredit tapi sangat hebat… rasa macam nak beli pun ada.

  16. azman

    Manalah tuan blog ni,dah lama tak update hehehe..

  17. wazy

    menarik la,boleh beli satu nanti

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.