Projek IPTV

IPTV atau ‘internet protocol television’ adalah merupakan salah satu perkembangan media baru yang meningkat naik dewasa ini. Seperti yang kita tahu, IPTV menggunakan talian ‘internet laju‘ dan bukan siaran isyarat seperti television konvensional yang lain. Dengan kelebihan ‘internet laju’ pada masa ini, IPTV menjadi pilihan kerana jimat kos dan mempunyai banyak pilihan siaran secara maya dan percuma. Secara kasarnya, kita hanya melanggan ‘internet laju’ sahaja dan tidak perlu melanggan perkhidmatan berbayar yang lain dan sekaligus boleh menjimatkan kewangan bulanan kita.

Projek IPTV : Methodologi

Terdapat pelbagai cara untuk melayari IPTV. Antaranya ialah menggunakan protokol UDP, RSTP, RMTP, HTTP dan berbagai-bagai lagi cara untuk melayarinya secara percuma.Terdapat perbezaan dari segi bagaimana data itu dipindah, apa yang penting ialah aplikasi yang digunakan boleh melayari protokol tersebut. Terdapat beberapa aplikasi yang boleh kita gunakan untuk menonton IPTV antaranya aplikasi VLC. Pada pendapat saya, kaedah yang paling mudah ialah mendapatkan ‘playlist’ IPTV tersebut dengan format M3U atau M3U8.

Projek IPTV : Model Perniagaan

Bagi TV generasi baru, tiada masalah untuk melayari IPTV secara terus kerana kebanyakannya dilengkapi dengan sistem operasinya tersendiri samada Android, WebOS dan beberapa sistem TV pintar yang lain. Untuk televisyen model lama, anda tidak perlu khuatir kerana lambakan penjual ‘android tv’ atau ‘set top box’ di pasaran. Ada yang berharga bawah RM200 hinggalah yang mempunyai fungsi tambahan merekod siaran IPTV tersebut yang berharga mencecah RM800 seunit.

Selain itu juga, kebanyakkan para ‘developer’ membina aplikasi langganan mereka sendiri dengan harga bulanan yang berpatutan untuk menonton ratusan siaran IPTV di rumah masing-masing. Walaupun sebenarnya, senarai IPTV ini adalah percuma dan boleh didapati di internet. Cuma ada kalanya server-server percuma ini tidak dapat beroperasi atas kekangan kewangan, kebenaran hak cipta dan lain-lain lagi.

IPTV ini juga boleh dijadikan model perniagaan yang baru dimana kita hanya perlu melabur beberapa dekoder, server,’internet laju’ dan IP tetap untuk ‘menjual’ penyiaran IPTV ini dengan kadar yang berpatutan. Idea ini juga amat menarik untuk diambil dan kita juga boleh membuat siaran iklan kita sendiri menggunakan IPTV. IPTV ini sangat berpotensi besar kerana semakin lama para pelanggan atau rakyat Malaysia khususnya lebih celik IT dan mementingkan penjimatan kos dan kualiti perkhidmatan.

projek iptv

Projek IPTV : Projek Sendiri

Jika tiada masalah, mungkin saya akan melampirkan ‘playlist’ yang akan selalu dikemaskini supaya tiada masalah kepada para pengguna yang ingin menikmati rancangan tempatan mahupun luar negara. Kita perlulah mengoptimumkan penngunaan ‘internet laju’ supaya apa yang dibayar dapat digunakan sepenuhnya. Usaha ini sedikit sebanyak menjimatkan kos diantara RM40 hingga RM 180 sebulan dari melanggan siaran berbayar yang tidak berfungsi pada waktu hujan.

Jebeng Otai™
kalo bleh program apps utk projek iptv kan best..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 7 Comments

  1. Kamal Mustafa

    Kawasan Lukut, Port Dickson kalau UNIFI dah dinaik taraf memang elok boleh layari IPTV nie.

    1. jebengotai

      mungkin dalam masa terdekat agaknya.. 🙂

  2. zool

    kalau banyak pesaing mesti best kan..
    kadang2 nak tengok beberapa channel je pun

    1. jebengotai

      tula..kalo asyik ulang2 jer mcm x berbaloi nk langgan..hehe

  3. daddydee

    monopoli yang membuatkan kita terbeban…. tiada pilihan…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.