Google Snippets : Tweak Thesis Teaser

Selepas berjaya mengubahsuai beberapa tema sebelum ini, kali ini saya ingin menambah sedikit kod Google Snippets untuk tema Thesis. Ini adalah disebabkan bahagian pilihan ‘Teaser’ didalam tetapan hanya memaparkan tarikh sahaja di ruangan ‘teaser_date’. Jika tiada ubahsuai dibuat, ‘error’ seperti ‘Hcard’ akan keluar dari keputusan ujian Google Snippets tersebut walhal kita telah mengubahsuai kod untuk paparan biasa tema Thesis. Post mortem telah dibuat bagi membolehkan fungsi ‘teaser’ boleh digunakan oleh rakan-rakan blogger. Apa yang saya lakukan hanyalah meminjam kod di fail ‘content.php’ dan meletakkannya di fail ‘teaser.php’. Tiada pengubahsuaian besar dan setakat ini ianya berfungsi dengan baik tanpa konflik dengan tetapan paparan Thesis biasa dan paparan ‘teaser’.

Hanya tarikh shaja yang dipaparkan. Tiada admin.

Langkah-langkah

  1. Login ke Cpanel
  2. Pilih folder theme -> Thesis -> lib -> functions -> edit fail teaser.php
  3. Cari kod seperti dibawah :-
function thesis_teaser_date($post_count, $post_image)

{

global $thesis_design;
$date_formats = thesis_get_date_formats();
$use_format = ($thesis_design->teasers['date']['format'] == 'custom') ? stripslashes($thesis_design->teasers['date']['custom']) : $date_formats[$thesis_design->teasers['date']['format']];
echo '<abbr class="teaser_date published" title="' . get_the_time('Y-m-d') . '">' . get_the_time($use_format) . "</abbr>n";

}


Ubah supaya sama seperti kod berikut.

function thesis_teaser_date($post_count, $post_image)

{

global $thesis_design;
$date_formats = thesis_get_date_formats();
$author = '<a href="' . get_author_posts_url(get_the_author_ID()) . '" class="url fn"' . $nofollow .'>' . get_the_author() . '</a>';
$use_format = ($thesis_design->teasers['date']['format'] == 'custom') ? stripslashes($thesis_design->teasers['date']['custom']) : $date_formats[$thesis_design->teasers['date']['format']];

echo 'By : <span class="headline_meta"><span class="author vcard$fn">' . $author . '</span></span> at <abbr class="updated" title="' . get_the_time('Y-m-d') . '">' . get_the_time($use_format) . "</abbr>n";

}

bedah2.. :)..rasa pelik lak wat entry taip kod..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 42 Comments

    1. onlajer

      setel 100% ke ada nak godek – godek lagi

      1. JebengOtai

        rasanya la..hehe

        kalo ade error dlm qoogle snippets leh jer tampal kat sini.. 🙂

    2. SuhairiDotCom

      Alhamdulillah ni yang buat aku nak komen lagi banyak ni. Hehehe. Nak kena buat malam nanti 🙂

      1. JebengOtai

        try bro..setakat ni x der konflik ag..kalo ade error leh share nnt.. 🙂

        1. SuhairiDotCom

          Petang tadi aku cuba kejap tapi gagal. Huhuhu. Takpa malam ni aku full scale godek! Hahaha

      2. Mohd Isa

        wah, dah pakai thesis rupanya. mantap tu…hehe

  1. ati putera

    Bila la nak themes thesis nie,,,boleh godek-godek snippets tu.

    1. JebengOtai

      hehe..kalo x pki thesis pon xper..ade theme len yg dh digodek.. 🙂

  2. dzuandiey

    oh…ada caranya ek?.haha…godek2 sikit..

  3. dzuandiey

    kalau just ubah kat teaser tu jer ok kan?..tak perlu masuk cpnael..hehe..

    1. JebengOtai

      ermm..kalo dlm admin wp..x der kuar folder lib ni..nak x nak kene ubah dlm cpanel.

      try install wp dlm dzuandiey.com/snippets/ ker..ujikaji dulu bru leh try tema tu.. 🙂

  4. tehr

    teruskan menggodek, bro
    banyak yang aku dah dapat dari entri godek menggodek ni
    TQ

  5. titan

    aku tak reti benda-benda gini. lantaklah. haha..

  6. cik tom

    pergh…hebat coding…
    ciktom punya pun xpuas hati dgn theme sbb tarikh atas entry n xde posted by sebelah tarikh..pening main coding..

  7. Mohd Isa

    nice bro, tapi kalau blog biasa takyah pakai teaser lagi best. 🙂

    1. JebengOtai

      aah..tp terpulang kat blogger..ade yg nk pki teaser.. 🙂

  8. mia liana

    tak berapa faham sangat benda alah ni…

    1. JebengOtai

      owh utk edit theme supaya lepas ujian google snippets.. 🙂

  9. Hazmin Hamudin

    Tak pandai nak main coding2 ni… Dah lama tinggalkan theme thesis otai SEO ni… Pakai theme yang simple2 je… Tak pening kepala..

    1. JebengOtai

      Yela..crik yg simple dan x sshkn kita..br smngt nk blogging…hehe

  10. Hafizul

    Bila agaknya nak sampai kepada ilmu mcm ni..hehe..pondok kecil kena mantapkan penulisan dulu lah…

    1. JebengOtai

      Btul yg pnting pnulisan dulu..godek2 ni kenduan pon xper..hehe

  11. zik

    nice one bro …thank u… aku akan godek.. bila ada masa lapang…

  12. SuhairiDotCom

    Bro Jebeng,ko kene pakai plugin editor la lam post yang macam ni sebab kalau copy paste terus kt editor dia akan error php sebab ” lain dari ” ko buat tu. Patut la aku buat asik error je 😛

    1. JebengOtai

      yeke?..haha..sori2..aku try crik plugin tu..

  13. Shack

    thanks,berguna bro

    1. JebengOtai

      sama2..tp jgn guna tips ni..guna yg pling latest nya..hehe

  14. puanbee

    Theme thesis sy tk tukar code , tp ada by lines tu jugak ok ke ?

  15. budak felda

    themes lain pun boleh ek..
    nak cuba la nanti hehehe..;)
    tapi kena cari masa yang sesuai utk ngadap benda alah nie

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.