Sistem Solar Rumah Malaysia

Fit Sistem Solar Rumah Malaysia

Tenaga solar memang tidak asing lagi antara alternatif tenaga yang boleh diperbaharui. Seperti umum tahu, sistem ini menggunakan pancaran tenaga dari matahari dan ditukar kepada tenaga elektrik melalui panel solar. Untungnya, Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa sememangnya menerima pancaran cahaya matahari sepanjang tahun iaitu purata 17Mj per meter persegi. Banyakkan.

Sistem Solar Rumah : Tujuan

Apa yang saya faham, SEDA merupakan badan kerajaan yang mengawal selia tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia mempunyai kuota bagi mereka yang ingin memasang panel solar bagi janaan elektrik untuk dibekalkan semula ke TNB. Ya, kita boleh menjual lebihan tenaga elektrik ke TNB. Tapi, jika tenaga yang dijana dapat menampung penggunaan tenaga elektrik kita sebulan, itu pun sudah dikira bagus.

Sistem Solar Rumah : Design

Pada awalnya saya pun pening membuat pengiraan saiz dan kapasiti sistem solar yang sesuai dengan penggunaan saya. Berapa besar saiz bateri, berapa banyak panel, berapa banyak yang ingin dijimatkan dan beberapa perkara lain yang perlu difikir. Akhirnya dapat juga idea mudah pengirana ringkas sistem solar rumah.

Langkah pertama ialah mengira jumlah penggunaan tenaga elektrik kita sebulan. Lebih mudah kita lihat sahaja bil elektrik bulanan kita. Jika purata sebulan 400kwh, kita lebihkan 10% atau pilih mana yang lebih sesuai untuk kita. Dalam entri ini kita pilih 500kwh sebulan atau bersamaan dengan RM 180.34 sebulan ( sistem standalone )

Langkah kedua, kita boleh memilih rekaan sistem sedia ada para pembekal sistem solar. Antaranya ada yang telah dipakejkan kepada sistem 1kw, 2kw, 4kw, 6kw dan seterusnya. Ini lebih mudah kerana, ada diantara pembekal ini menyediakan spesifikasi sistem solar mereka. Kita hanya ikut sahaja.

sistem solar

1 unit Hybrid Inverter, 12 unit Panel Solar x 250W, 4 unit Bateri 12v 200Ah

Langkah ketiga ialah tentukan sistem mana yang sesuai mengikut penggunaan kita. Contoh 500kwh dalam sebulan bersamaan dengan 16.67kwh sehari. Jadual dibawah kiraan ringkas ‘watt hour’ selama 6 jam ( 10 pagi hingga 4 petang ) bagi sistem solar seperti di langkah dua.

Sistem Solar kwh
1kw 6kwh
2kw 12kwh
4kw 24kwh
6kw 36kwh

Langkah keempat, hasil dari jadual diatas sistem 4kw merupakan sistem pada tahap minimum untuk mengurangkan pengggunaan tenaga elektrik yang dibekalkan TNB. Lebihan dari tenaga yang dijana, akan disalurkan semula ke TNB dan akan dikreditkan kepada kita.

Langkah-langkah diatas hanyalah langkah ringkas sahaja tanpa perlu melakukan pengiraan yang agak kompleks. Selain itu juga, pemilihan bekalan voltan yang akan digunakan bagi setiap peralatan elektrik, kapasiti bateri akan berubah mengikut voltan yang dibekalkan. Entri ini sebagai rujukan peralatan yang diperlukan untuk menggunakan tenaga solar di rumah kita.

Technical Requirements for Solar PV System Installation
(a) Installed Capacity
4.1 For a stand-alone system, there is no capacity limit for solar PV system
installation for self-consumption purposes.
4.2 For a non-stand-alone system, the capacity limit for solar PV system
installation shall be lower than seventy-five per cent (75%) of the maximum
demand of the consumer’s existing installation.
ST.gov.my

Jebeng Otai™

salah satu pasif income ni..huhu

p/s : sila dapatkan kontraktor berlesen dan bertauliah
p/ss : fahami peraturan yang perlu dipatuhi
p/sss : entri hanyalah menerangkan konsep ringkas pemasangan sistem ini

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.