Peserta dan penaja saling bertambah dari hari ke hari. Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati semakin mengelirukan enjin carian Google. Setiap peserta memperhebatkan serangan untuk menduduki takhta laman pertama carian Google Eyriqazz vs Denaihati. Bermacam-macam pengetahuan yang diperolehi dan salah satu antaranya ialah larangan penggunaan ‘stop word’ didalam SEO. Sehingga kini saya tidak pasti adakah terdapat perubahan baru tentang larangan tersebut ataupun penggunaannya. Apa yang saya faham, bot carian akan mengelak untuk mengindeks ‘stop word’ ini atas alasan ia kerap digunakan. Untuk mempercepatkan laman web di’indeks’ oleh bot carian, perkataan ini di abaikan untuk mengelakkan lambakkan data yang tidak berkenaan. Walaupun begitu entri kali ini bukan untuk mengulas lanjut ‘stop word’ ini, tetapi ingin menganalisis blog Denaihati dan Eyriqazz untuk mencari siapakah yang paling hebat antara mereka berdua.

W3C Validator
Eksperimen kali ini untuk mengkaji samada blog Denaihati, Eyriqazz dan JebengOtai melepasi ujian W3C Validator. Ujian ini sebenarnya untuk mengkaji kod-kod yang digunakan samada mematuhi standard HTML5 ataupun tidak. Setelah diperiksa keputusan W3C Validator untuk blog Denaihati memaparkan sebanyak 85 error manakala blog Eyriqazz pula sebanyak 285 error. Ujian ini tidak begitu penting kerana standard HTML5 belum lagi digunapakai secara meluas kerana masih terdapat pembaharuan diperkenalkan didalam HTML5.

Tips
Standard HTML5 sangat berbeza dengan dengan kod HTML sebelumnya. Salah satu diantaranya yang saya pelajari ialah kod HTML5 memerlukan CSS untuk setiap <div></div> yang digunakan. Sebagai contoh :

<div align=”center”> Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati</div>

Kod diatas digunakan untuk meletakkan ayat di tengah. Ianya masih boleh digunakan di browser dan hasilnya sama seperti apa yang kita mahukan. Untuk HTML5 pula, pengguna perlu membuat kod CSS untuk meletakkan ayat tadi ditengah.

CSS
.center { text-align : center;}
HTML
<div class=”center”> Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati </div>

Selain itu bermacam-macam kod baru yang digunapakai untuk standard HTML5. Penggunaan “dofollow” tidak boleh diletakkan didalam <a></a> lagi. Agak sukar juga mencari kod sebegini didalam widget atau plugin dan salah satunya ialah Top Contributor dan lain-lain lagi yang menggunakan elemen “dofollow” ini.

Siapa hebat?
Kedua-dua blog memaparkan error ketika ujikaji dan keputusannya ialah Denaihati lebih hebat dari Eyriqazz kerana kurang masalah berbanding pesaingnya. Keputusan terkini Denaihati 2 dan Eyriqazz 0. Ia bukanlah penentu siapa hebat atau tidak, cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan blog masing-masing dengan setiap maklumat dan pengetahuan yang kita pelajari.

Eyrqazz vs Denaihati
Result JebengOtai.com

Jebeng Otaiβ„’

43 Replies to “Eyriqazz vs Denaihati : Ujian W3C Validator

  1. Kalau guna firebug check..jika ada coding yang di gariskan itu bermakna ia bermasalah kan ? Adakah kita perlu delete coding itu atau hanya perlu buat perubahan. Minta tolong bagi penjelasannya Jebeng Otai…TQ

    1. sy check pki w3c..bila die bg error baru sy locate guna firebug..

      mmg senang..right klik kat page leh tau die pakai kod ape..huhu

      cuma mslhnya..kita leh tau kod apa yg prob..nk trouble shoot kene check setiap kod..kalo template rasanya tiada mslah..kalo plugin agak kepayahan skit..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge