Projek Raspberry Pi : Remote Access

Sudah lama saya membuat tetapan demi tetapan dibuat untuk mengatasi masalah yang saya hadapi untuk projek Raspberry Pi saya. Walaupun pada awalnya agak sukar kerana OS yang digunakan adalah berbeza dari Windows dan terpaksa menggunakan ‘headless’ atau menggunakan SSH untuk membuat tetapan tersebut. Jujur saya katakan saya tidak berapa pakar tentang perkara berkait dengan Linux dan mungkin istilah yang digunakan tidak tepat berbanding yang digunakan pengguna sistem operasi tersebut. Kali ini saya hanya ingin menerangkan bagaimana membuat persediaan awal untuk mengakses Raspberry Pi secara ‘remote access’.

Projek Raspberry Pi : Langkah Pertama
Walaupun kita tidak akan menggunakan bantuan monitor, papan kekunci dan tetikus, untuk langkah pertama kita perlu menyambungkan kesemuanya kerana secara ‘default’ servis SSH ini tidak diakifkan didalam imej OS yang disediakan percuma. Apabila sudah menyiapkan sambungan, kita akan dapat lihat paparan hitam seperti COMMAND PROMPT untuk dimasukkan arahan seterusnya supaya untuk mendapatkan paparan seperti rajah dibawah:-

sudo raspi-config

raspberry pi

Tekan ‘Enter’ dan pilih ‘Enable’ untuk mengaktifkan servis SSH Raspberry Pi kita. Pilih ‘Finish’ dan Raspberry Pi akan ‘restart’ semula. Paparan yang sama seperti COMMAND PROMPT akan muncul dan masukkan arahan dibawah untuk ‘SHUTDOWN’.

sudo shutdown -h now

Raspberry Pi : Langkah 2
Sambungkan bekalan kuasa dan kabel internet sebelum mengakses masuk ke Raspberry Pi untuk melakukan tetapan seterusnya. Itu sahaja langkah-langkah untuk menyediakan tetapan ‘remote access’ ke Raspberry Pi. Ianya mudah dan kita tidak perlu memasang monitor, papan kekunci dan tetikus lagi. Login ialah ‘pi’ dan passwordnya ialah ‘raspberry’. Ia boleh ditukar ketika sambungan SSH.

raspberry pi
SSH Raspberry Pi melalui Tablet
Jebeng Otaiβ„’
Jika didedahkan masa kecil programming kompem dh besar nnt power2.. πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 14 Comments

  1. Mus

    memang peninglah dengan command tu semua

  2. hafidz

    wow lama-lama makin expert dengan linux nih πŸ˜€

    1. jebengotai

      selalu ngadap mungkin la leh phm skit..hehe

  3. Bahrain

    kod blogboleh lah, tapi kalo kod komputer pening sudah..

  4. BraderPET

    Woaaa… jumpa gak geng yang ada main Raspberry Pi. Huhuhu. Nanti buleh kongsi-kongsi idea, kalau tak keberatan.

  5. syfect

    kebanyakkan command dlm raspberry adalah command linux.
    saya bole bantu tuan dlm linux, saya pn pengguna raspberry pie.
    tolong menolong amalan kita πŸ˜‰

  6. Syafiq

    Salam , bro boleh aja saya step-2 tak? sebab saya final projek “sistem kehadiran nfc” , boleh tunjuk aja sikit-2 pun tak pe ,

    1. jebengotai

      attendance nfc ker? dsyt.. πŸ™‚

      sy pon msih bljr guna juga..hehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.