Eyriqazz vs Denaihati : Ujian W3C Validator

Peserta dan penaja saling bertambah dari hari ke hari. Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati semakin mengelirukan enjin carian Google. Setiap peserta memperhebatkan serangan untuk menduduki takhta laman pertama carian Google Eyriqazz vs Denaihati. Bermacam-macam pengetahuan yang diperolehi dan salah satu antaranya ialah larangan penggunaan ‘stop word’ didalam SEO. Sehingga kini saya tidak pasti adakah terdapat perubahan baru tentang larangan tersebut ataupun penggunaannya. Apa yang saya faham, bot carian akan mengelak untuk mengindeks ‘stop word’ ini atas alasan ia kerap digunakan. Untuk mempercepatkan laman web di’indeks’ oleh bot carian, perkataan ini di abaikan untuk mengelakkan lambakkan data yang tidak berkenaan. Walaupun begitu entri kali ini bukan untuk mengulas lanjut ‘stop word’ ini, tetapi ingin menganalisis blog Denaihati dan Eyriqazz untuk mencari siapakah yang paling hebat antara mereka berdua.

W3C Validator
Eksperimen kali ini untuk mengkaji samada blog Denaihati, Eyriqazz dan JebengOtai melepasi ujian W3C Validator. Ujian ini sebenarnya untuk mengkaji kod-kod yang digunakan samada mematuhi standard HTML5 ataupun tidak. Setelah diperiksa keputusan W3C Validator untuk blog Denaihati memaparkan sebanyak 85 error manakala blog Eyriqazz pula sebanyak 285 error. Ujian ini tidak begitu penting kerana standard HTML5 belum lagi digunapakai secara meluas kerana masih terdapat pembaharuan diperkenalkan didalam HTML5.

Tips
Standard HTML5 sangat berbeza dengan dengan kod HTML sebelumnya. Salah satu diantaranya yang saya pelajari ialah kod HTML5 memerlukan CSS untuk setiap <div></div> yang digunakan. Sebagai contoh :

<div align=”center”> Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati</div>

Kod diatas digunakan untuk meletakkan ayat di tengah. Ianya masih boleh digunakan di browser dan hasilnya sama seperti apa yang kita mahukan. Untuk HTML5 pula, pengguna perlu membuat kod CSS untuk meletakkan ayat tadi ditengah.


CSS
.center { text-align : center;}

HTML
<div class=”center”> Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati </div>

Selain itu bermacam-macam kod baru yang digunapakai untuk standard HTML5. Penggunaan “dofollow” tidak boleh diletakkan didalam <a></a> lagi. Agak sukar juga mencari kod sebegini didalam widget atau plugin dan salah satunya ialah Top Contributor dan lain-lain lagi yang menggunakan elemen “dofollow” ini.

Siapa hebat?
Kedua-dua blog memaparkan error ketika ujikaji dan keputusannya ialah Denaihati lebih hebat dari Eyriqazz kerana kurang masalah berbanding pesaingnya. Keputusan terkini Denaihati 2 dan Eyriqazz 0. Ia bukanlah penentu siapa hebat atau tidak, cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan blog masing-masing dengan setiap maklumat dan pengetahuan yang kita pelajari.

Eyrqazz vs Denaihati

Jebeng Otaiβ„’
kene crik taktik baru ni..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 43 Comments

  1. hatiputera

    aku hanya lepas validator untuk CSS jer,,,XHTML masih banyak error,,kepeningan nak edit…

    1. JebengOtai

      try install firebug..leh carik rasanya kat mana yg prob.. πŸ™‚

  2. Cikgu Hairul

    saya baru je buat ujikaji tu. ada 29 error. tapi langsung tak paham apa ntah. hahaha

    1. JebengOtai

      owh..kalo ikut standard lama x bermasalah..tp kalo ikut html5 kod die ade perubahan skit..

      kdg2 widget,theme guna kod lama..tu yg kuar error..

  3. mak lagenda

    Cari…jgn x cari tektik baru tu beng. Gud luck haaaaaa..

  4. shraqs

    HTML5 aku malas nak edit lagi. Tunggu W3C keluarkan yg final release dulu. πŸ™‚

    1. JebengOtai

      yela..tu yg dpt warning dlm result tu..huhu

  5. Kulanzsalleh

    Bro memang rajin dalam bab-bab yang berkaitan dengan teknikal blog..

    1. JebengOtai

      tp x tahu btul atau tidak…huhu..tkut slah jerk.. πŸ™‚

  6. faizfakhirin

    byk hidden code dlm html5..aku pn kdg terkial2 gak..tapi bestnya lebih smooth dlm loading..tapi sometimes dia xload..

  7. nurmisnan

    Memang.. kalau ikut W3C memang brother DH lebih hebat..

  8. penyelamatdunia

    kena tunggu dulu. malas nak edit besar-besaran lagi.

    1. JebengOtai

      hehe..aah tunggu,yg ni x complete ag.. πŸ™‚

  9. azman

    Eyriqazz hanya kira entri yang mula2 jer untuk pertandingan ini huhuhu…

  10. yas

    Dedua mmg hebat…btw aku sure mmg DH lagi hebat….dan ko pung hebat gak bro…kajian mendalam gak nih…:D

    1. JebengOtai

      haha..x leh nk banding ngn diorg dua..mcm langit dan bumi..kdg2 pon sy wat silap gak..hehe

  11. iza

    Assalam..
    Jebengotai pun hebat la..
    pass pulak tu dengan 1 warning.
    Kalau blog aku, error terus..

  12. Shack

    aku masih blur pasal ini

    1. JebengOtai

      samala..pada mulanya agak blur juga.. πŸ™‚

  13. Tehr

    Membetulkan kod ni memang membuatkan sakit kepala
    Tapi aku suka juga main2 dengan benda ni
    Hehe

  14. arelan

    sungguh diri ini tak paham.hahaha..adoiyaii

    1. JebengOtai

      untuk check samada kod yg digunakan compliance dgn standard html5 shja.hehe

  15. SuhairiDotCom

    4 error tap aku malas je nk update sebab nanti mesti salah coding. Try & error sikit dulu tengok cam na kan πŸ™‚

  16. ProfHariz

    Pernah juga try betulkan code. Daripada error skit jadi lagi banyak. Arghh terus tension

  17. anjangman

    Kalau guna firebug check..jika ada coding yang di gariskan itu bermakna ia bermasalah kan ? Adakah kita perlu delete coding itu atau hanya perlu buat perubahan. Minta tolong bagi penjelasannya Jebeng Otai…TQ

    1. JebengOtai

      sy check pki w3c..bila die bg error baru sy locate guna firebug..

      mmg senang..right klik kat page leh tau die pakai kod ape..huhu

      cuma mslhnya..kita leh tau kod apa yg prob..nk trouble shoot kene check setiap kod..kalo template rasanya tiada mslah..kalo plugin agak kepayahan skit..huhu

  18. cik tom

    malaslah nak peningkan kepala cek..busy byk kerja..haha…

    1. JebengOtai

      btul2..lom finalzied standard ag..nnt dh final bru lah check..

  19. Blog Keperawatan

    Wah hebat jempol buat admin hanya 1 warningnya.
    Saya coba masih banyak keliru punya saya

  20. kak ina kl

    memang tak reti langsung pasal ni semua..buat fening kepala ajerlah..

  21. Rina

    Memiliki blog yang valid html sangatlah penting tapi cukup susah juga cari themes yang bisa lolos validasi dari W3C Validator

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.