Webp vs JPEG

Ura-ura mengatakan pagespeed akan dimasukkan kedalam algorithm Google Search semakin lama semakin pasti ia akan digunakan. Google telah mengeluarkan satu format gambar baru yang mampu menghapuskan legasi JPEG. Dengan menggunakan teknologi On2, Google juga telah menghasil format video bersaiz kecil dan kualiti tinggi iaitu WebM. Sedar tidak sedar, JPEG telah digunakan secara meluas selama hampir 20 tahun lamanya. Mungkin sudah tiba masanya format JPEG akan digantikan dengan Webp. Webp atau ‘Weppy’ (bunyi sebutan) adalah salah satu usaha Google untuk membuat laman web atau blog ‘laju’ apabila dilawat. Idea ‘The Web should be fast’ dapat direalisasikan dengan format ini.

Webp vs JPEG

Webp vs JPEG : Saiz lebih kecil

Banyak kebaikkan menggunakan gambar format Webp. Salah satu antaranya yang paling ketara ialah saiz gambar. Saya pernah mencuba untuk menggunakan format gambar ini didalam entri beberapa hari yang lalu iaitu Wordless Wednesday : AuuuUumm yang menggunakan gambar format JPEG dan bersaiz lebih kurang 110kb. Walaupun telah menggunakan Smush-it, saiz gambar telah dikecilkan sehingga 100kb. Saiz itu masih lagi besar dan memerlukan server bekerja keras untuk ‘compress’, sebelum dihantar dipaparan monitor pengunjung. Semakin besar saiz gambar semakin perlahan kelajuan blog tersebut. Saya menggunakan ‘Webp Converter‘ secara online untuk melihat keputusannya. Saya dapati kualiti gambar hampir 100% sama tetapi yang membezakannya hanyalah saiz sahaja. Saiz gambar format Webp telah dikecilkan sehingga 50kb. Hampir separuh dari gambar asal dan masa yang diambil untuk dipaparkan menjadi 2x lebih singkat.

Webp vs JPEG : Kelemahan

Ianya masih diperingkat awal. Musuh Google terlalu ramai. Selain Apple, Mozilla juga merupakan seteru mereka. Mozilla tidak ‘mengiktiraf’ format terbaru ini. Format ini dapat dipaparkan di Chrome tetapi tidak di Firefox. Walaupun menerima permintaan tinggi dari pada pengguna dan komuniti Firefox telah menghasilkan ‘patch’ tetapi akhirnya ‘direject’ mentah-mentah. Setakat ini hanya Google Chrome 12 dan Opera sahaja yang menyokong format ini. Alasan yang diberikan oleh Jeff Muizelaar pada tahun lepas berkaitan dengan ujian yang digunakan oleh Google adalah seperti berikut :-


Muizelaar’s complaints about Google’s WebP testing methodology are familiar because they echo some of the concerns that were raised early on by other WebP critics like x264 developer Jason Garret-Glaser. The gist of it is that Google is using peak signal-to-noise ratio (PSNR) as its basis for quality comparisons—a technical benchmark that experts say fails to account for how images are actually perceived. Another problem is that Google recompressed existing JPEG images rather than starting with uncompressed source files. Both of these factors raise doubts about the validity of Google’s testing. Seterusnya

JebengOtaiâ„¢

diorg ni mmg suka gaduh2 agaknya..hehe

p/s : bru jumpe yg lebih kecil..format hipix..dyst2 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 52 Comments

  1. alieza dayasari

    tak pernah tahu ada format gmbr webp…
    mekasih.

      1. Mus

        tq bro.. info baru bagi saya ni

  2. titan

    diorang saje je gaduh tu. tapi time makan cendol..dok satu meja..

    1. tehr

      haha
      macam orang politik juga ni, bro

        1. Mus

          biasalah tu.. gimik

  3. tehr

    aku belum pernah cuba format ni
    tapi kalau firefox tak terima, nampaknya kita tak boleh guna la
    bukan semua orang guna chrome

    1. JebengOtai

      tunggu perkembangan terbaru..mungkin ade skrip yg boleh kuarkan gambar ni kat firefox..

    2. Mus

      tunggu semuanya selesai..
      kita guna ramai-ramai

  4. Hairul Hissam

    mmg bagus webp. dapat kurangkan bandwith kan..
    tapi sayang firefox tak terima….
    dan org yg guna browser lama pun tak boleh view.
    org m’sia nie kurang nak update tech…..

    1. JebengOtai

      jika diorg phm konsep gerenti diorg setuju..bkn website shja load laju..pakej2 3g akan untung sbb gambr & video dah saiz kecik//

  5. Fahmi Raazali

    Benda baru ambil sedikit masa untuk orang biasa guna. Tapi dalam kes ini lain… Apa pun nanti bila fotmat baru ini telah boleh diterima ramai bolehlah kita guna.

      1. Mus

        harap boleh guna dalam masa terdekat ni

    1. JebengOtai

      sama la..tp kebaikkannya mmg banyak la..huhu

  6. cikgu hairul

    takpela mereka nak gaduh pun, asal diakhirnya pengguna yg untung. Bila mereka gaduh menegakkan teknologi mereka terbaik, maka akan ada penemuan baru utk kita nanti.

  7. Lizz

    gaduh nak duit lebey.hahahahaha!!!! oklah tu kalau dapat kecikkan size gambar. elok jugak

    1. JebengOtai

      hehe..rasanya x,webp tu free licence..maybe tu yg mozilla x suka agknya.. 🙂

  8. Incik RestNrilekS

    Salam Alaiyka.

    Hmmmm, ada format baru. Bagus juga, tapi tu la sayang sebab firefox tak sokong. Guna firefox, walaupun ada chrome dan opera. Dua tu buat standby je.

    Tapi kalau muatnaik gambar, selalu memang tukar dulu saiz dia sebab selalunya saiz besar.

    1. JebengOtai

      Wasalam,

      Yela..mmg kene tukar,kalo x space hosting abis pula.. 🙂

  9. sollehahn

    erk..ingatkan jpg dh habis kecik dah…huhu

    pelik ah mozilla nih…google bagi diorang berbillion dah semata-mata nk letak google punya search engine kat firefox..ni kecik punya hal pon nk gado2…hahah

    1. JebengOtai

      haha..yela,diorg x sependapat sbb diorg pikir jpeg boleh diupgrade menghsilkan gmbr yg ebih kecil buknnya buat format baru..huhu

  10. onlajer

    apa nama converter untuk mengubah gambar jadi format ini

    1. JebengOtai

      sy guna converter online jer..kalo software mmg xder lagik rasanya..kalo nk guna juga kene crik javascript utk firefox kuarkan gmbr format ni..huhu

  11. akubiomed

    Wah bagus Webp ini sudah terbukti mengecilkan saiz fail dan kesannya adalah pada kelajuan blog loading.

    1. JebengOtai

      mmg bgus..harap mozilla lembut hati nk guna..huhu

  12. sjiehan

    baru ku tahu…

    sblum ni pakai pict. manager je… kecik jugak, tp qualiti low…

    1. JebengOtai

      lepasni dh x yah nk resize dah..gmbr besar tp saiz kecil..hehe

  13. Mus

    kalau pagespeed diambil kira.. habislah blog saya..

  14. syahrilhafiz

    google’s sekarang makin entah apa aku nak cakap. makin hari makin beban orang kata. webp aku tak pernah dengar, tetiba muncul LOL

    1. JebengOtai

      hehe..tu la,kdg2 dh x leh nk kejar lak penguin ngn panda ni..lari laju sgt..haha

  15. Juan

    ini kalau direalisasikan mesti lagi bagus ni, aku pon blog aku guna 95% JPEG, akan tetapi JPEG aku telah aku reduce menjadi average 50kb kebawah, kalau melebihi 50kb memang aku tolak, hehhe

  16. Shahrul

    buleh try guna Weppy pulak lepas ni tgk macam mana pegi die 🙂

    1. JebengOtai

      tp firefox x support..kene pki javaskrip khas..huhu

  17. Blog Keperawatan

    Baru tahu ada format webp seperti ini…Jadi bertambah mengerti serta memahaminya sahabat

  18. cik tom

    wow mmg rajin jebeng ni..smpi ke file jenis gmbr dia selongkar..hebat la!

    1. JebengOtai

      uih xdakla..saiz gmbr yg punca blog kita lmbt..format ni mungkin dpt mmbntu..huhu

  19. yas

    wepb?? baru tahu juga nih…btw mmg selalu je guna jpeg…

  20. budak felda

    wepb kalau betul boleh ringan beban pic sudah tentu ramai yang piih dan guna hehehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.