CPU Overload : Keburukkan Tag Berlebihan

Sudah selesai saya melakukan ‘5S dalam blogging’ dan Tahniah kepada CikTom kerana telah berjaya dengan Google Snippetsnya. Bermacam-macam fail dan plugin yang tidak diperlukan di buang untk memantapkan lagi kelajuan blog. 5S kali ini saya lebih fokuskan kepada penggunaan tag didalam setiap entri. Sebenarnya saya baru sahaja menerima amaran ‘excessive CPU usage’ daripada cpanel Serverfreak. Setelah dijangka perkara yang sama berulang kembali sama seperti hosting lama yang telah saya tinggalkan. Musykil pada awalnya. Kali ini saya terpaksa juga meminta bantuan daripada Google. Mengapa WordPress terlalu banyak menggunakan ‘resource’ CPU? Selain dari faktor penggunaan plugin yang banyak, saya juga mendapati penggunaan tag yang terlalu banyak juga boleh menimbulkan masalah. Saya tidak mahu blog saya terpaksa digantung yang mungkin mempengaruhi trafik,rank dan sebagainya.

Keburukkan tag berlebihan

Keburukan Tag Berlebihan : Punca

Apa yang saya faham dari pembacaan saya, tag yang berlebihan atau tidak fokus adalah salah satu faktor mengapa CPU overload kerana sistem terpaksa ‘scan’ setiap tag yang telah digunakan didalam database. Jika terlalu banyak ianya pasti mengambil masa dan menggunakan keseluruhan CPU untuk melakukan kerja tersebut. Tag yang jarang digunakan atau digunakan sekali sahaja didalam entri bolehlah dibuang untuk meminimumkan penggunaan CPU.

Keburukan Tag Berlebihan : Penyelesaian

Selain daripada membuang tag yang telah digunakan, kita juga boleh memilih untuk menggabung tag tersebut. Sebagai contoh tag firefox 12, firefox 3.5 boleh dimasukkan kedalam tag firefox sahaja. Dengan menggunakan Term Management Tool, ianya dapat menyelesaikan masalah penggunaan tag yang berlebihan. Walaupun begitu entri ini masih didalam peringkat eksperimentasi diri saya. Saya akan paparkan keputusan penggunaan CPU dari masa ke semasa. Banyak lagi punca mengapa penggunaan CPU meningkat dan tips ini mungkin membantu mengelakkan blog kita digantung begitu sahaja tanpa mengetahui punca masalah sebenar.

Jebeng Otaiâ„¢
mcm x percaya lak..nk try dulu la..dah leh sambung BW..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 95 Comments

  1. Blog Keperawatan

    Terima kasih sahabat atas berbagi pengethaun serta informasinya ini

    1. JebengOtai

      sama2..msih dlm ujikaji..saya pon x pasti btul @ tidak perkara ni..huhu

      1. sjiehan

        thanks info… bro mmg otai laaa!! saya tgh otw nak masuk kontest! hahaha tunggu!

        1. JebengOtai

          alamak..hehe,makin jauh tertinggal la page sy..hehe

  2. Cikgu Hairul

    Mungkinkah juga sebab plugin yang terlalu banyak dan bekerja keras setiap masa jadi penyebab? Saya pernah kena juga. Masalah dikenalpasti dari skrip autoresponder dari plugin. Lepas buang plugin tu selesai masalah.

    1. JebengOtai

      btul..tu pon salah satu juga..tp dlm kes sy x pki auto responder,backup dan sbgainya..huhu

      rasanya x perlu dibuang..hanya deactivate shja..kalo nk guna mcm backup database baru on..lepastu deactivate blik..

  3. Affan Ruslan

    Taktau dan tak pernah dgr tag boleh menyebabkan cpu overload. Good info to think about.

    Bagi aku, fungsi tag ni terbahagi kepada dua.

    1. Ada blogger guna tag untuk grouping artikel. Kalau category untuk perkara yang lebih umum, tag pulak perkara yang lebih kecil. Contohnya, category: Google tag: Google Snippet, Google Web Font dsbnya.

    2. Ada blogger yang guna tag untuk seo, letak tag sebanyak mungkin. Tapi rasanya tak perlu kut, kalau guna plugin seo, ada bahagian “keyword”, sumbatlah tag yang bersesuaian untuk tarik bot.

    Tp mungkin betul apa yg ditulis kat atas, bila byk sgt tag, byk query kepada database.

    ps: Hopefully ada artikel yg lebih detail pnh ditulis oleh org lain pasal isu ni 🙂

    1. JebengOtai

      aah bro..sy pon masih mengkaji perkara ni lagi..sbb dh x larat asyik nk tukar hosting jer..huhu

      plugin seperti w3tc @ super cache mmg guna cpu tinggi sbb guna gzip compression seblum hantar fail utk tingkat kelajuan..

      tp utk seo..ada yg kata keyword @ tag dah x digunakan lagi..diorg suka meta description 🙂

      1. syahrilhafiz

        sebab tu plugin sekarang lebih suka, meta decription kita lebih tepat dan padat..
        bab cache tu normal aku rasa, sebab mmg ya pun..tambah2 byk guna plugin cache. lagi la

          1. MDHAFiZ.NET

            aku sumbat je kedua duanya. ..
            meta keyword dgn tag. . sampai byk duplicate content. . 🙂

          2. JebengOtai

            meta keyword ni mmbantu skit2 la..hehe

  4. mak lagenda

    Mak tatau apa2 pasal ni,so dtg sini mmg menambah ilmu pengetahuan ajelah dr jebeng ni

    🙂

    1. tehr

      aku nak masuk group mak jugak
      kadang nampak terang, kadang nampak kelabu
      masih belajar juga

      1. hafizmd

        tumpang duduk sini sekali…nak masuk group ni sekali boleh?

        1. tehr

          haha
          masuk2… group paling tenang ni

  5. Santai Leeza

    nice info.. like like…

  6. hafidz

    tak sangka dalam blogging ada 5S.
    best2 😉

  7. anif

    😀 Berblog sambil mengkaji ni.

  8. titan

    hoho..nak buat atau tak. risiko tanggung sendiri.

    1. JebengOtai

      huhu..jgn buat dulu sy x pasti lagi..tp sy dh mula start buat..hehe

  9. alieza dayasari

    ermmmm…… info baik ni.

  10. akubiomed

    Saya rasa masalah CPU overload turut dialami oleh saya sebelum ini kerana ia berlaku kepada semua shared hosting dibawah ServerFereak.

    Mula-mula saya buntu juga menyangkakan kerana plugin kerana sehari sebelum masalah berlaku saya ada pasang plugin baru.

    Menurut bro Kulanz ia adalah berpunca penggunaan CloudFlare. Apa yang boleh temporary disable pengunaan CloudFlare.

    1. JebengOtai

      sy x pasti utk cloudflare tu sbb ianya isolate dgn server kita..tp mungkin query yg generate bila cloudflare down pon masalah juga..saiz imej turut memainkan pernan cpu tinggi..

      byk gak faktor sbnarnya..huhu

  11. zuan

    apa benda ni? serius tak paham..haha #malassangatnakfahamkan

  12. zuan

    ok gua baca kali ke2 bru paham! haha

  13. Shack

    saya pun rasa mcm tu la bro..

  14. syahrilhafiz

    seriously 1st time aku dengar tag penyumbang kepada cpu overload.. selalu kalau cpu overload, blog down, image tak timbul je.. nice sharing bro..

    1. JebengOtai

      cpu overload sbb terlalu byk query dlm satu entri..

      spttnya satu tag utk multiple entri..
      bkn 1 entri multiple tag..huhu..

      1. syahrilhafiz

        mungkin, tag boleh dipelbagai. tapi kena main keyword la..

        1. JebengOtai

          tag apa2 x kisah..tp jgn guna sekali jer..tu yg penting..hehe

  15. onlajer

    haha aku tak tau benda ini semua

  16. Blog Asyraf

    Nice. baru tau ada kesan jugak ya kalau tag berlebihan huhu.

    1. JebengOtai

      ada kesan kalo difikir logik..sy pon tgh mencuba2..hehe

  17. zool

    mungkin juga la.. blog den pun dah semakin kureng traffik ni. mungkin sebab tag juga ni

    1. JebengOtai

      kalo blog down..mungkin punca kurang trafik..

  18. tehr

    aku keliru
    tag untuk satu2 entri ke ni, bro?
    atau jumlah tag untuk keseluruhan blog

    1. JebengOtai

      semua tag yg kita ada..cth homestay di langkawi..

      kita tag homestay,di,langkawi..kite leh group jer trus homestay langkawi..huhu

      kalo tag yg digunakan hanya sekali jer pakai..pon masalah juga.. 🙂

      1. tehr

        wah, berat ni kalau nak urus semua yang dah lepas2 tu
        ntah berapa ribu dah…

        1. JebengOtai

          xper2 jgn buat dulu..mungkin bkan tag yg bermasalah tp mslh lain kot..

  19. chii

    erhh..nape chii x tau pun pasal ni..aduhaii.byk nya ttg blog yg da JO xplore kan

    1. JebengOtai

      xper chii..kalo dh kompem bru leh guna cara ni..peringkat eksperiment ag..keputusan x kuar ag..hehe

      1. hafizmd

        cantek tu JO, kita pakat tunggu keputusan eksperimen ni..

        terima kasih Jo kongsikan benda ni…serius tak berapa tau… =)

  20. daddydee

    owh…tag berlebihan pun jadi masalah ek??

    thanks for sharing tuan…baru saya tahu…

    1. JebengOtai

      yup jika digunakan sekali sahaja..kalo byk kali xper la..hehe

  21. daddydee

    sebelum ni tak pernah tahu pun…lepas baca entri ni baru saya tahu…saya suka juga buat tag bebukan…

    1. JebengOtai

      xsalah buat tag..yg penting jgn guna sekali..huhu

  22. Bro Zulkbo

    salam..
    ermm..saya baru tahu..
    banyak juga karenah
    bila berhosting sendiri
    ni ye..?

    1. JebengOtai

      kerenah google..sy pon x pasti yg ni btul atau x..hehe

  23. hafizul

    aku tak terjebak lagi dalam masalah ni..hehe..tag ni yang ruangan bawah entri tu kan???

  24. puteri kasih

    uih camtu ke..thanks untuk kongsi info..tak sangka pula tag berlebihan leh jadi masalah

    1. JebengOtai

      dlm peringkat eksperiment lgik..hehe…stakat ni mmg rendah la usage nya..kalo waktu puncak mmg 100% la..hehe

      1. puteri kasih

        leh sampai 100% usage ke? tapi rasanya puteri tak guna banyak tags

        1. JebengOtai

          sy suspek yg 100% tu adalah sbb cron job..huhu

  25. ProfHariz

    Pertama kali aku dengar mengenai perkara ini. Tapi sebelum itu, Untuk apa guna tag banyak-banyak ? SEO ? Rasanya google sudah bijak tags sudah tidak dikira sekarang ni.

    1. JebengOtai

      sblum ni mmg guna keyword..ttp skng die nk meta description..

      dgr cerita page speed akan dimasukkan kedalam algorithm utk paparan keputusan..kerja panda dgn penguin la ni..huhu

      1. wandisini

        page speed pun kira eh?? kerja panda n penguin lah ni kan

        1. hafizmd

          mmg makin menarik apa yg makhluk panda ngn penguin ni nak buat..huuuh

  26. wandisini

    tips baik ni. boleh digunakan untuk masa akan datang

    1. JebengOtai

      bgus juga nk guna..tersusun sikit..hehe

      tp sy x galakkan sbb x abis study ag..:)

  27. papa mifz

    PM satu apa pun tak berapa faham bab2 tuh semua…hehe masih banyak yg perlu dipelajari oleh PM selok belok berblog nih…huhu

    1. JebengOtai

      sama2 belajar lagik..sy x pasti betul ke x..byk gak tag yg dh dibuang..huhu

  28. eiela

    saya pun tak tau jugak nih, buat yg mana reti yg tak reti tak buat takut huru hara blog nti

    1. JebengOtai

      aah..agak bahaya kalo guna sekali jer..hehe

    1. JebengOtai

      yeke bro? kalo selalu kene mmg x best la blog kene suspended jer..huhu

  29. Incik RestNrilekS

    Salam Alaiyka.

    Memang ada buat tag, tapi tak tahu pula tentang perkara begini. Terima kasih sebab berkongsi. Lepas ni mungkin nak himpun le kot tag tag tu semua.

    CPU overload pun baru dengar. Ngehee

    Selamat Hari Minggu yang baik

    1. JebengOtai

      blogger kene pertimbangkan antara trafik dan kemampuan server..bio balance..hehe

  30. sollehahn

    dulu blog ak selalu kena warn ngan hosting….5-6 kali gak kene block…skang tak berani dah nak letak tag banyak2…huhuh

    1. JebengOtai

      huhu..selepas sy tahu sy terus bunag tag yg x digunakan, dripada 700 tingl 50 jer..huhu

  31. iAwani

    penggunaan tag berlebihan juga memberi kesan buruk pada saya. Mulanya semakin perasan sebab hosting tiba-tiba cepat penuh. Rupanya setiap tag itu punya page nya tersendiri dan setiap page akan di ‘write’ dalam hosting, yang mana akan memakan ruang hosting.

    1. JebengOtai

      sy x pasti pula..dlm wp tag,category xder page sendiri..die hanya buat link dan disimpan di database..ibarat virtual, ttp bg google ia hanyalah duplicate content..sbb setiap page yg dilawat akan direkod dan diindeks kedalam google search..

  32. Juan

    aku pun asik kena mcm ko gak ni sejak 2 bulan ni, selalunya start tengah malam tu jadi la, tag ke problemnya, itu aku x pasti

    1. JebengOtai

      aku bru je kene td..huhu, tetiba cpu spike walaupun dah guna kaedah yg disyorkan mengurangkan tag..huhu

  33. Mekar

    Sya pun sama. Tak paham apa ke benda isu ni. kena baca komen kawan2 lain baru terbuka minda sikit.hehe

    1. JebengOtai

      owh..isu nk elakkan blog suspended secara tiba2..tgh carik punca penggunaan resource tinggi..:)

  34. cikgu naman

    adui..ingatkan CPU komputer tuuuu..ketinggalannya..hehe

  35. eko susilo

    Terima kasih infonya kawan, CPU dalam cpanel sy sudah hampir penuh sebab saya datang kesini dari google 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.