CPU Overload : Ujian Tag Gagal

Kali ini masalah yang dihadapi oleh saya semakin berat. Dari hari ke hari ianya semakin kerap daripada pukul 10 hingga 12 malam. Anehnya berlaku pada masa yang sama setiap hari. Didalam entri sebelum ini secara teorinya penggunaan tag yang berlebihan boleh menyebabkan ‘query’ database dilakukan dengan kerap dan membebankan CPU hosting. Setelah menguji selama beberapa hari, ada sedikit perubahan tetapi tidak terlalu ketara. Jika sebelum ini CPU beroperasi pada kadar 50% ianya hanyalah turun sedikit sahaja. Selang beberapa ketika pada waktu yang sama CPU Overload ini berlaku lagi. Paparan error 508 akan selalu kelihatan pada waktu ini. Saya menjadi bingung sebab apa CPU mengalami ‘spike’ bukannya penggunaan yang tinggi.

CPU Overload : Suspek Pertama

Saya telah mengurangkan dari 700+ tag sehinggalah tinggal 50 tag sahaja. Masalah yang sama masih berlaku. Lebih teruk lagi ianya lebih kerap pada satu-satu masa. Penggunaan tag yang berlebihan ternyata tidak memberi masalah yang ketara pada hosting. Penurunan sedikit pada waktu normal menunjukkan ianya bukan penyebab utama masalah CPU Overload ini berlaku. Jika ianya bermasalah, pasti bacaan graf penggunaan CPU akan sentiasa tinggi sepanjang hari. Saya dapat pastikan ianya bukan berpunca dari masalah tag.

CPU Overload : Suspek Kedua

Disebabkan ianya berlaku dalam jangka masa yang sama, saya rasakan mungkin ianya ada kaitan dengan ‘task scheduler’ WordPress ataupun dikenali ‘cron-job’. Ianya berfungsi untuk menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh blogger seperti scheduled post, auto backup dan lain-lain. Risiko mematikan fungsi ini ialah blogger tidak dapat menggunakan fungsi-fungsi tersebut lagi. CPU Overload tetap berlaku walaupun tetapan ‘cron-job’ telah dimatikan. Masalah ini bukan berpunca dari ‘cron-job’.

CPU Overload : Suspek Ketiga

Banyak dari komen pengguna mengatakan plugin W3TC meningkatkan penggunaan CPU apabila menggunakan ‘compression’ sebelum menghantar data kepada pengunjung blog. Ada sesetengah fungsi didalam W3TC boleh meningkatkan kelajuan blog tetapi boleh juga melambatkan blog. Lain hosting, lain tetapannya. Tetapi jika masalah ini disebabkan oleh plugin ini, mengapa pada waktu siangnya, ia beroperasi seperti biasa dan kenapa pada waktu pukul 10 hingga 12 malam ianya akan bermasalah? Rasanya seperti tidak logik pula.

spam

CPU Overload : Suspek Terakhir

Unresolved IP. Saya cuba menyemak siapakah yang datang pada waktu-waktu ini yang menyebabkan masalah CPU Overload berlaku. Jika pengunjung biasa, memberi komen beberapa patah perkataan. Rasanya saiz komen tidak sampai 10kb. Apa yang saya dapati pada waktu-waktu ini kebanyakkan saiz komen mencecah 0.16Mb. Ia seperti serangan spam bot yang tidak putus-putus ingin memberi komen di blog Jebeng Otai. Saya mengambil keputusan untuk memasukkan ip tersebut kedalam ‘ip deny list’ didalam Cpanel. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya kita tidak menghalang Google Bot untuk ‘crawl’ dan indeks blog kita kerana Google tidak mengeluarkan senarai IP untuk panduan pengguna. Untuk memastikan ianya Google Bot atau bot enjin carian yang lain, kita bolehlah menggunakan DNS Watch untuk ‘reverse dns’ supaya dapat mencari siapakah empunya Ip tersebut. Ini merupakan suspek terbesar dan masih dalam tahanan reman (pemantauan). Mungkin dengan memantau ‘unresolved ip’ ini mengelakkan kita berpindah ke hosting lain. Serangan ini pada saya sama seperti bro Kulanzsalleh yang menyerang ‘replytocom’ sahaja.

Jebeng Otai™
mana satu suspek yg jadik punca ni..huhu 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 35 Comments

  1. papa mifz

    hmmm…berat juga yer masalah bro nih…nak tolong pun den fail bab2 nih…harap suspek2 tuh semuo dibawa ke muko pengadilan la yer…hehe

    1. JebengOtai

      hehe..sy dh berjaya tangkap suspek yg disyaki..mmg terbaek 🙂

      1. hafizmd

        suspek berjaya ditangkap dan ditahan reman tanpa bicara…

        masuk lokap terus =)

        1. JebengOtai

          aah..tp ada lg konco2 yg buat serangan..tp kerap sgt..

  2. faizul

    ujian gagal? repeat semester la jawabnya.

      1. cik tom

        hahhaa…repeat semester perktaan student plg seriau…

  3. azman

    Guna plugin komen spam ,spam bot tak boleh klik hehehe…

      1. JebengOtai

        kita sbnarnya x halang 100%..kita halang die dri letak komen shja..tp serangan msih berlaku..huhu

  4. daddydee

    kritikal ni…tapi tuan memang hebat dan rajin mencari….saya malas nak semak semua tu…

    pasni kena buat juga lah…risau juga kat apa-apa terjadi pada blog saya…

    1. JebengOtai

      sy cuba2..xpasti mana yg btul..tp replytocom ni punca mslh sbnarnya..

  5. akubiomed

    Rupanya ada spammer. Kacau daun sahaja mereka ini.

    1. hafizmd

      bukan setakat kacau daun dah ni…ni dah nak makan habis daun2 kita

  6. hatiputera

    Mungkin ada artikel yang mendapat traffic paling tinggi dalam masa 1 jam. Macam aku kena gara – gara traffic dari digg.com menyebabkan cpu overload…

    1. JebengOtai

      sy x guna digg..tp lepas check ade satu bot dari baidu..pi indeks replytocom..mmg jahat bot ni..

  7. Cikgu Hairul

    Dapat belajar sesuatu di sini. Spammer tu datang dari negara mana bro? Pakai cloudflare tak? Kalau ada boleh check kat situ mana-mana ip yg buat spammer.

    1. JebengOtai

      sy x pki cloudflare..mcm x berapa stable..huhuu

      tp kebnykkan dri china,russia, ukraine..

  8. irsah

    banyak juga bro kena tempis bot2. harap2 tak memudaratkan host baru nih. asyik tengok maintenance mode ajer. huhu.

    1. JebengOtai

      sudah..tgk nk tangkap konco2 nya pula..hehe

  9. SuhairiDotCom

    Biasanya Plugin & IP luar yang buat website kita query banyak. Tags tu celah gigi je pakai resource CPU. hehehe

    1. JebengOtai

      aah..die x der efek sgt..tp ok gak wat 5s tag ni..hehe

    1. JebengOtai

      akismet leh halang bot letak komen..tp x leh halang bot guna query replytocom..

  10. cik tom

    rajinnyaaa..ciktom mmg xmenyempat nk selidik semua tue…sbb bc sekali lalu mmg xfaham punye..

  11. Bro Zulkbo

    salam..
    saya ada perasan..
    tak boleh masuk blog anda
    kebelakangan ini

  12. akhiyy

    bahaya jugak nih..

  13. Mus

    bagus perkongsian ni bro..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.