Semakin hari Facebook semakin menakutkan. Lebih-lebih lagi bahang Pilihanraya Umum ke-13 semakin panas membara. Penggunaan media sosial untuk tujuan penyampaian manifesto menjadi pilihan sejak kebelakangan ini selain dari menggunakan medium ‘blogging’. Sejujurnya, saya menjadi takut kerana media sosial seperti ini disalah gunakan untuk menyampaikan sesuatu yang menyeleweng atas niat dan dasar-dasar tertentu yang saya pasti ianya lebih negatif dan banyak keburukkan. Ianya menakutkan kerana mereka yang memaparkan berita palsu di ‘wall’ masing seperti perkara biasa dan di pandang ringan. Walaupun amat sukar untuk kita menilai dakwaan samada berlakunya rasuah ketika membeli kapal selam Scorpene yang digembar gemburkan Suaram. Tetapi kita dapat menilai ujian yang dijalankan oleh individu yang mengatakan minyak di Petronas lebih sedikit dari minyak yang dijual oleh stesen minyak yang lain.
guane boh..jom pakat boikot Pet tonas..
Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri. Pepatah yang saya gunakan ketika menulis entri ‘Pepatah‘ tidak lama dahulu untuk menggambarkan betapa bahayanya amalan bercakap bohong ini. Jika individu ini mengajak untuk berbincang mengapa minyak petrol didalam botol itu sedikit, saya akan teruja untuk memikirkannya. Namun jika untuk tujuan memburukkan pihak lain, saya berasa hairan betapa tingginya amarah mereka sehingga meletakkan sesuatu perkara tanpa soal selidik dan kajian yang mendalam. Itulah yang menakutkan saya.
hati2 ketika nk share apa2 kat FB..huhu
aku nak buat posting pun check dua atau tiga kali,,takut tersalah tulis…
lebih2 ag kalo berkaitan agama..mmg kene check btul2.. π
Betul… Aku post lama ke baru, kalau ada kesalahan aku akan buat UPDATE n tak padam macam tu jer…
Antara yang betul dan yang salah mudah orang nak share di fb. Macam tu juga fitnah dan berita betul, ringan je tangan nak share tanpa fikir panjang..
silap2 kita pon mendapat saham
FGVHakhirat kelak..itulah.. dewasa ini, semakin byk isu yg dibesarkan..
sehingga adakala kita bckp bohong utk menegakkan apa yg kita rasa n kita percaya.
sentiasa cuba untuk tidak berbohong. walpn adakala kita terpaksa berbohong demi perasaan.
dh jdik seperti makanan harian..x sah kalo x ckp bohong..
Bila niat tu ke arah yang tak elok, apa saja dijadikan alasan. Sebab tu aku setuju bila Akta Keterangan ditambah tempohari :), sesuai utk jenis macam nilah.
bagus jugak dengan akta keterangan (pindaan) kan,,
btul..manusia kalo terlalu bebas mmg mcmni la jadinya..tiada batasan atas nama ‘hak bersuara’..
Ada baik ada buruknye π
tengok botol teringat zaman2 dulu beli minyak dalam botol dengan harga Rm1,sekarang ada lagi tak ya
yg dalam botol oren tu ker bro..masih ade ag kat tmpt ayah sy kerja.. π
yang pakai botol kicap kaca yang besar kalau tak silap pastu dia tutup dengan gabus
mmg ssh nk jumpa skng ni..maybe kat kampung2 masih ada ag.. π
Tapi dah tak pakai gabus la… Hehehe π
seseorang yang bercakap hanya mempunyai pengetahuan yang sedikit ataupun mendengar ketika orang bercakap tanpa mengetahui perkara sebenar…sesungguhnya fitnah itu lebih tajam daripada mata pedam…
mmg sngt mengerikan bro..lebih2 ag yg buat ni anak2 generasi muda..
Bila dapat berita begini dah jadi conpius
nak isi minyak yg mana satu.. Pakai keta
bateri jer sonang.. hik3
x perlu khuatir..sbb ujian tu tidak munasabah..kita leh analisa sendiri..mengapa penutup botol tiada utk minyak petronas?
jika dibuka minyak akan mudah meruwap dan kering dalam suhu bilik..
experiment ini pon meragukan kerana individu ni x mengambil sampel dari stesen minyak yang sama di kawasan yg berlainan..utk memastikan setiap isipadu minyak adalah sama..
dari fakta di facebook tu secara logiknya memang lebih mahal kos minyak petronas berbanding syarikat minyak yg lain.
tapi jika kita compare dgn minyak shell yg merupakan satu company yg well establish di seluruh dunia maka saya rasa ia comparison yg tak adil gitu…
just my 2 cent opinion ..
sy tidak pasti kosnya sama atau lebih..cuma ada penambahan additive mengikut brand masing2
p/s : jika ade info psl minyak petronas lebih mahal leh kongsikan ya..:)
pernah buat wireing untuk pump additive kat chevron terminal p.Gudang,minyak lebih kurang sama cuma rempah dia je yang lain
resepi tu yg spesel..lain dari yg len..
Tahun bila kau buat tu onlajer? Masih kat pasir gudang lagi?hehe
Rempah tu special la kan macam rempah ayam kfc la kn.ada yg buat tapi x berapa nk sama kan π
mmg x sama..tp fungsi die len2..huhu
Caltex = additve die lebih kepada pembersihan..
Shell = additive utk lebih kuasa.. π
Sebab tu aku cakap rempah special π
Aku suka pakai caltex sebab sayang enjin dari karbon. Petronas memang lebih kilometer tapi kau akan rase lag enjin sebab pembakaran x berapa cekap.
kalo campur2 leh ker?..hehe
selagi kita boleh berfikir, kita fikirkanlah secara berfakta dan dari sumber yg boleh dipercayai. issue macam ni macamm senang sangat je nak buat kesimpulan macam tu.
btul…kita kene berfikir sebelum buat apa2 tindakan..
x semua manusia mempunyai idea dan pendapat yang sama..tetapi yg penting kita boleh berbincang dgn berhemah..bkn mngeluarkan kenyataan melulu..
ambo guna Shell.. . .lebih kilometer. ..
bukan nak boikot tp x tau kenape.. .dh biasa. ..
pam petronas walaupun lambat (nampak mcm byk je minyak dipam) kalau dibandingkn dgn Shell (nampak mcm sikit je minyak dipam) sbb pamnya yg kuat. ..
tp ada ada beza dr segi bahan tambahannya. .. .wlupun pd asal minyak semua sama. Kalau Shell kurang minyak Shell pun boleh beli dr Petronas. .. dan begitu sebaliknya. .. bukan kah begitu??
formula additive yg berlainan..lebih kilometer disebabkan ‘additive’ ni sedikit sebanyak membantu pembakaran..
apa lah diaorang nih kalau nak tipu ke apa buat lah cara bijak sikit, yang sengal tu tak tutup masa nak ambil gambar lawak betol
x pasti apa niat sbnarnya membuang penutup tu..
Entah la… Pelik2… Jangan sampai buat salah kan π
ragam manusia.. π
Petrol kan meruap, jadi x valid test ni..haha..kena kira loss dia berapa % aku pernah pergi kat petrol pam dorg ada kira loss minyak meruap setiap ari tau.
btul2..die ade kiraan die..tokey minyak untung hanya sbb volume jualan..sbb margin beli dan jual..keuntungan die skit sngt..huhu
Sebab tu depa buat kedai serbaneka π
Betul kn aku ckp.kalau sales minyak banyak bru ade untung sikit.
mmg tu sj caranya utk tampung perbelanjaan dgn buka kedai..
menggunakan ‘trafik’ utk jual produk..dh mcm blog lak kan.. π
media sosial dijadikan medan pertempuran untuk memenanggi hati rakyat sekarang ni.
suatu masa dulu, kerajaan langsung tak pandang media sosial ni
mungkin kerajaan lambat menggunakan peluang kot..huhu
Biaq betul gambar tu apa bukti pun xde hahaha. tp xpe la aku pkai BHP
kapcai sy pon pki BHP..hehe
hehe.bohong,salah satu strategi yang diguna pakai oleh cyber trooper mana2 parti politik sekali pun untuk menyerang pihak lawan.sorang berbohong,orang tak akan amik peduli,bila 10,20,30,40 orang berbohong perkara yang sama.sedikit sebanyak akan meninggalkan efek juga dalam pemikiran kita.
apa-apa pun,jangan bertindak melulu,hentam keromo.tak guna diberikan akal kalau taknak berfikir.sekian.haha.
cybertrooper ni lah yg sepatutnya diadili..byk sgt membohongnya..
Hehehe…pilihanraya makin dekat…jentera perang kena buat macam2 citer tuk yakinkan org ramai…dosa pahala dh tak masuk dlm ingatan dah….
mmg menakutkan jika tiada batasan..
sebelum share atau publish sesuatu entri, perlu pastikan dulu kesahihannya
yup..lebih2 lagi kalo ajakkan memboikot ni..xpsl2 musnah perniagaan org..
dah nak dekat pilihanraya ni..fitnah berleluasa dengan hebatlah..tujuannya nak memburukkan pihak yang tidak disukai..
mmg x dpt dielakkan..mmg memualkan..huhu
pemikiran sempit sebegini akan memporak perandakan negara jika tidak diubah..
btul..spttnya dibincang dan diuji dgn telus..bru kita tahu benar @ salah..
menulis sesuatu di media sosial kalau berdasarkan fakta dan bukti tidak perlu takut.. masalahnya ramai sangat yang menulis atas dasar ikut perasaan..
ye betul..mungkin sbb ade niat tertentu..
sebab tu malas update apa2 di fb , twitter sangat , guna untuk blog je … blog pun kena hati2 pabila menulis .. bahaya kan ..
mmg bahaya kalo x hati2..
Emm hal-hal politik kalau tak siasat dengan mata kepala sendiri, alamaknya huru hara la..macam2 skrg ni..cepat2 la mengundi..hehe
kuasa ditangan anda..hehe
dah bosan ngan politik…semua benda nak dipolitikkan…lagi semak tengok status mengarut2 kat fb…
politik dan keje aku memang tak dapat dipisahkan..tapi aku takde la fanatik sangat sampaikan nak gaduh2 kat fb…..
gaduh berilmiah x per bro..jgn jtuh hukum mcm ni trus..
Macam orang kata isi minyak malam lebih banyak,sebab apa? Sing tu panas & minyak cepat meruap sebab tu akan terasa kurang kalau isi. Dari segi logik sains aku belajar la.
betul2..sbb suhu persekitaran memainkan peranan juga..
Hari tu pasal isu matematik ko buat yang minyak RON97 lagi murah dari RON95 kau tau menteri tu cakap apa lam berita ari tu? kau tengok x Jebeng? Dia cakap RON97 sebenarnya ada juga cukai kerajaan yang 58 sen tu tapi x sebut la sebab minyak tu x dapat subsidi. Sepatutnya RM 2.90+RM0.58=RM3.48
Macam mana? hehe mana lagi mahal?
Ko nampak x permainan dia?
ade juga..info penting utk jelaskan semuanya..
kesimpulannya mmg RON97 mahal.. π
Tau xpa tapi kualiti ada la. Kurang karbon.
jika kita mampu kita leh guna RON97..tp msih bg pilihan RON95 utk yg x mampu..
belum pernah pula aku buat sukatan masa beli petrol
aku memang singgah mana2 pam pun
tak kisah, asal sempat je
hehe
nak2 kalo dh terlambat pi kerja..mmg xdan nk sukat2 ni..haha
kalu pasal politik mmg agak jarang saya lepak post. part politik dan fitnah sebenarnya blm cukup besar isunya.
pada saya yg boleh jadi isu besar ialah isu yang melibatkan akidah kita sebagai umat islam. ramai yg share dan letak post surat berantai dan juga hadis2 palsu. ini yg patut diberikan perhatian sebenarnya
bahya share bila kita x kaji sendiri..kdg2 leh merosakkan walaupun niat kita utk berkongsi ilmu..
Dulu kawe rajin gak berdebat di FB tapi, rasanya agak buat masa dan banyak yg di sana yg kepalanya dah tak boleh di adjust π Kalau pro krjn, kerajaa la bagus, kalau pro pembangkang, pembangkang lah yg terbaik. Plus, terdapat juga cybertropper yg rosakkan diskusi dgn memusingkan citer. Best ialah buat pemerhatian sediri dan baca dari sumber2 yg sahih.
btul bro..bila fikir2 dua2 nya x beberapa btul..antara dua kene pilih yg mana kurng bawa kerosakkan..
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
βTanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.β (Muslim)
renungan utk kita semua..
baru dengar citer pasal minyak tuh semalam..
mmg byk disebakan kat FB..
macam2 leh sebar sekarang ni.tapi sokong salah sorang pengomen tu.kenapa negeri kelantan dinafikan hak untuk royalti minyak? hanya kerana PAS pegang maka takleh royalti?parah2.
yg tu x pasti..mungkin sbb ade perjanjian bertindih malaysia dan thailand..huhu
kene serahkan pada yang mahir undang2..
Buletin Utama TV3 pun.. lebih banyak politik drp beritanya… kihkihkih π
terlalu taksub agaknya..