Sebelum ini saya pernah menulis entri ‘RON95 Lebih Mahal Dari RON97?‘ dan mendapat pelbagai reaksi dari komentator yang membincangkan isu ini. Saya akui ketika menulis entri ini, maklumat yang saya cari tidak lengkap sehinggalah keluar kenyataan dari KPDNKK terhadap isu ini ketika harga RON97 diturunkan pada harga RM2.80. Berikut merupakan petikan dan kenyataan sahih berhubung dengan isu harga petol di Malaysia. Kerajaan tidak pernah mengutip cukai, iaitu RM 0.58 seliter untuk bahanapi ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah mengenakan cukai jualan bagi pembelian petrol kerana tidak mahu membebankan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.

Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut.

“Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival India Global 2012, di sini pada Khamis.

“Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter.

“Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,” katanya.

Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu.

Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia.

Harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditentu mengikut harga pasaran dunia.

“Saya harap rakyat faham bahawa apabila harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun,” katanya.

Sumber

Ralat informasi ini amatlah dikesali. Walaupun begitu, kesimpulannya RON97 masih lagi mahal berbanding RON95 dan berikut merupakan kalkulus sebenar tentang harga bahan api :-

Harga RON95
Harga Petrol Semasa = RM 3.18
Pengecualian Cukai = RM 0.58
Subsidi = RM 0.70

Harga Jualan
= RM 3.18 – RM 0.58 – RM 0.70
= RM 1.90

Harga RON97
Harga Petrol Pasaran= RM 3.38
Pengecualian Cukai = RM 0.58
Subsidi = tiada

Harga Jualan
= RM 3.38 – RM 0.58 – RM 0.00
= RM 2.80

Jebeng Otaiβ„’

62 Replies to “Ralat : RON95 Lebih Mahal Dari RON97?

  1. Nak minyak murah mcm kat Brunei? Senang jer… Kurangkan penggunaan kenderaan berenjin petrol atau diesel. Gunakan kenderaan berenjin wap… Gerenti harga petrol akan turun disebabkan permintaan rendah, simpanan banyak… Perlu diingat… Sumber galian bumi tak selamanya kekal abadi… Petroleum akan habis juga nanti… Setakat enjin wap air, boleh tadah air hujan… Guna air laut pun buleh, tp berkarat le enjin…
    eXception recently posted..Rafizi Bakal Menelan Maki Hamun Azmin??My Profile

  2. Kereta suami sya kena guna Ron 95 utk menjaga ketahanan dan “kegagahan” kereta dia.memang lg mahal tp tpaksa guna demi utk mjaga enjin kereta. tapi kat langkawi xde satu steyen pun jual ron 95 tu. padahal Langkawi la tempat mjual kereta mewah yg murah..huhu..
    MEKAR recently posted..Ujian Darah di PathLabMy Profile

  3. Assalam.

    Sekadar berkongsi pengalaman guna RON95 & RON97. Memang betul seperti yang disuarakan, RON97 memang terasa pemanduan lebih lancar. Perbandingan di antara jenama turut berbeza (RON95 Brand A vs RON95 Brand B & seterusnya)(RON97 Stesen A vs RON97 Brand B & seterusnya).

    Akan tetapi hasil pemerhatian saya, 3 kali isi RON95 bersamaan 2 kali isi RON97 (jenama sama) untuk jumlah jarak yang sama. Pendek kata, hasil pemerhatian saya (ujikaji sejak RON95 diperkenalkan) RON97 lebih jarak perjalanan untuk setiap isian tangki (penjimatan jangka panjang).

    Harap ada juga di luar sana yang dapat mengesahkannya.

    wassalam.

    1. RON97 lebih mahal kerana ada additive utk elak pembakaran awal atau masalah knocking enjin..mksdnya takat bakar minyak dinaikkan berbanding RON95 yg kurang skit takat pembakarannya..

      apa pun..kaedah dan amalan pemanduan juga mempengaruhi penggunaan…selain tekanan tayar, dan bermacam2 kriteria perlu utk membuat perbezaan ini..mungkin juga psikologi minyak mahal kene guna cermat..minyak murah leh guna byk pon mempengaruhi gaya pemanduan kita.. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge