Pepatah

Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri. Kita selalu memandang bertapa mewah, senang dan modennya dunia luar. Berbeza pula negara luar memandang negara kita sangat unik kerana kita hidup aman damai bersama-sama dengan kaum yang lain. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada kerana manusia tidak pernah kenal erti cukup.

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit. Didalam kehidupan seharian, pastinya ada pertelingkahan kerana setiap orang berbeza pendapat dan pendirian. Apa yang perlu kita cari bukannya perbezaan tetapi persamaan yang boleh diutamakan. Perpaduan sememangnya terbukti membawa Malaysia keluar dari krisis kegawatan ekonomi pada tahun 1998 dengan menggunakan acuan unik kita sendiri.

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri. Pepatah melayu lama yang merujuk kepada amalan bercakap bohong ini. Pada awalnya, bercakap bohong ibarat seperti perkara kecil yang tidak perlu di ambil kisah. Lama kelamaan tabiat ini pastinya mengundang masalah kepada kita kelak. Negara kita mengukir lagi sejarah buruk yang sememangnya memberi kesan kepada pelbagai pihak. Setiap orang tahu untuk mencapai kemerdekaan adalah lebih senang dari mengekalkannya. Pembangunan yang dirancang kerajaan tidak semestinya sempurna. Walaupun begitu ia adalah yang terbaik untuk segenap semua lapisan masyarakat samada nelayan,peneroka,doktor dan lain-lain tanpa mengira kaum, agama, umur dalam masyaraka majmuk di Malaysia. Contoh teladan boleh dilihat seperti video dibawah.


Jebeng Otai™
Kdg2 sy terfikir..sejauh mana kita sanggup menipu?Apa pendapat rakan2?

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 15 Comments

  1. JebengOtai

    jgn lah menipu walaupun ianya pedih utk kita terima..

  2. Din

    benda yang berlaku setiap hari dalam kehidupan..

    1. JebengOtai

      pepatah ni dh lama ade..tp org x amik pengajaran darinya..

  3. akubiomed

    Sedih melihat gelagat manusia. Saya tersentuh apabila balik kampung baru-baru ini yang mana hubungan lain-lain bangsa di kampung sungguh baik.

    Bayangkan seorang perempuan cina tua merawat anak saya tanpa mengenakan sebarang bayaran dan beliau tidak perlu buat begitu pun untuk perkhidmatan rawatan tradisional yang diberikan. Ada sahabat blogger beritahu harga rawatan yang sama boleh menjangkau RM6k. Alasan beliau sekadar membantu pesakit dan tidak pernah meminta bayaran mana-mana pesakit yang meminta pertolongan beliau.

    1. JebengOtai

      that’s right…sejak dri sekolah lagi kita leh bergaul sama2 antara satu sama lain..then bila meningkat dewasa ada sj golongan seperti vklip yg menghamburkan penipuan..sgt2 bhaya..golongan seperti ini yg memporak-perandakan msyrakat sbnarnya..

      kita haruslah melihat skop yg meluas..kita tidak mahu ade pihak ketiga yang mengambil kesempatan…

  4. chii

    hurm..nak tambah satu lg…bersatu kita teguh..bercerai ..habihlah roboh.

    kalau masing2 xmo bersatu..semua nk tunjuk ego dan kuasa…hurm..mmg susah la

    1. JebengOtai

      btul..tiada toleransi mmg mengundang bahana…

  5. faizul

    saya setuju bro, tak ramai yang sedar apa yang kita ada sehinggalah apabila kita kehilangannya.

    Ingati dan hayatilah keamanan yang kita ada sekarang ni.

    1. JebengOtai

      adalah lebih baik kalo kita tingglkan perbezaan dan trus maju kedepan..

      apa yg menakutkan saya ‘penipuan’ ketara seperti didalam video ini..

    1. JebengOtai

      byk lagi sbnarnya yg boleh digunakan..pepatah ini timbul mungkin untuk peringatan anak cucu..

  6. yas

    Rasanya polis dah mark muka2 pengikut Bersih yg terbabit dlm keganasan nih….tgu masa nk kena cekup je kot…hehehe

    1. JebengOtai

      yela..saper2 je leh ckp bkan2..biolah polis yg siasat sendiri..

  7. faiz

    kalo selalu menipu org dh susah nak percaya kita lps tu…

    1. JebengOtai

      org x percaya x per bro..kalo berlaku perkara yg lebih buruk..mmg haru gak la..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.