RON95 Lebih Mahal Dari RON97 ?

Pada mulannya saya agak keliru ketika membaca satu entri ini yang mengatakan harga RON95 dari RON97 yang tiada subsidi dan pengecualian cukai. Setiap kali saya mengisi minyak penuh untuk motosikal ‘cabuk’ saya, pasti kita akan terpandang notis atau pemberitahuan harga semasa, subsidi dan pengecualian cukai untuk minyak RON95 dan diesel. Maklumat seperti harga sebenar RON97 tidak pula diberitahu umum dan seperti yang kita tahu, harga RON97 pula mengikut pasaran dan boleh berubah-berubah mengikut harga semasa minyak mentah berbanding harga RON95 yang telah diapungkan pada harga RM1.90.

Mahal



Harga RON95
Harga Petrol ‘Ceiling‘ = RM 3.41
Pengecualian Cukai = RM 0.59
Subsidi = RM 0.92
Harga Jualan
= RM 3.41 – RM 0.59 – RM 0.92
= RM 1.90


Harga RON97
Harga Petrol Pasaran= RM 2.90
Pengecualian Cukai = tiada
Subsidi = tiada
Harga Jualan = RM 2.90

Mengikut pemahaman saya, blogger ini mendakwa kerajaan telah menipu rakyat kerana harga RON97 lebih murah daripada RON95 yang bersubsidi dan mempertikaikan kenapa tidak diberikan subsidi pada RON97 dan rakyat dapat menikmati petrol yang berkualiti berbanding RON95. Jika subsidi dan pengecualian cukai yang diberikan pada RON95 diagihkan kepada RON97, ianya pasti dapat dijual dengan lebih murah sehingga RM1.00. Menarik bukan ?

Tetapi sebenarnya harga RM 3.41 merupakan harga yang tertinggi (‘ceiling’) dijangkakan pada bulan Mac 2012 untuk RON95.  Manakala harga RON97 turut dinaikkan sehingga RM 2.90 pada ketika itu mengikut harga semasa. Jika harga minyak petrol semasa dunia turun bawah dari RM 3.41, kerajaan akan mengeluarkan subsidi kurang dari RM 0.92 untuk menampung kos subsidi harga bahan api ini. Pengguna tetap membayar RM 1.90 untuk RON95 berbanding RON97 yang akan berubah mengikut pasaran.

Jebeng Otai™
jgn ckp org zalim tanpa siasat btul2…

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 98 Comments

  1. Hafizul

    Ooo macam tu ekk…haiya..ada unsur-unsur mainan politik ke ni??

    1. JebengOtai

      x pasti..tp frust gak dgn maklumat yg mengelirukan..

      1. cik tom

        pelik juga ye kenapa xbagi subsidi yang ron97??lg bagus..xpaham sgt politik2 ni..huhu

          1. akhiyy

            ouh..sbb ron97 lagi mahal tuh yang tak dpt subsidi..ingt ron97 lagi murah..

        1. hafizmd

          rasanya sebab harga ron97 sentiasa berubah berbanding ron95 yang siap diapung oleh gomen.

  2. Cikgu Hairul

    Kalau dilihat dengan mata kasar, 2.90 dan 3.41 sudah pasti 2.90 lagi murah. Nak pusing kot mana pun ia tetap nampak murah. Kalau harga siling ron 95 3.41 manakala ron97 ditetapkan 2.90 pun still nampak ron 97 itu murah.. Ahhhh pening aku.

    1. Jebeng Otai™

      harga ceiling tu lom sampai ag..harga semasa ron 95 berlegar sekitar bawah RM3.00..jika harga RON dah sampai RM 3.41 baru lah kerajanan keluar subsidi RM 0.92..huhu

      mmg kene fhm apa harga ceiling tu..

      1. anif

        Fahamkan fakta agar tidak terpesong! 😀

        1. JebengOtai

          btul..mmg yang ‘ahli’ shja leh kuarkan kenyataan..

      2. hafizmd

        ooo…itu mcamlah yer…ok2

        thanks bro JO.

      3. DAHAGI

        tp bro, yg tu tok price Mac 2012, mcmana dgn april, mei & jun ni yer?

        1. JebengOtai

          kalo x silap yg terbaru adalah bulan mei..harga ron 95 masih sama ttp subsidi dinaikkan dgn harga siling RM3.54..

  3. yas

    yg penting jangan naik jerrr….tu je yg aku tau…hehehe

    1. JebengOtai

      huhu..x pasti aa bro..tunggu jela harap2 x der perang baru yg tercetus..

  4. faizul

    Mungkin blogger itu tidak mendapat tafsiran yang betul barangkali, biasalah bagi golongan yang tidak menyokong kerajaan memerintah ini setiap apa sahaja tindakan kerajaan adalah buruk di matanya.

    1. JebengOtai

      yela..walaupun baik,mereka ttp bangkang juga..

      1. shraqs

        Itulah silapnya bila melihat sesuatu tanpa memahami content keseluruhannya. Terus nak buat judgement. 🙁

  5. Izzuddin Fauzi

    Nak bercakap kene tengok banyak aspek dulu kan… Ada la sesetengah blogger yang main tulis x tentu pasal… Nie contoh blogger yg memalukan…

    1. JebengOtai

      kalo die terkhilaf x per..tp kalo dah ckp kerajaan zalim dsbnya tanpa kajian yg mendalam..rasanya mcm x adil lak..

      1. hafizmd

        entahlah bro JO. Makin hari makin ramai manusia yg hidupnya bermula dengan mencari salah orang lain. wanau’zubillah

        1. JebengOtai

          sedih kan..bila menidakkan kebenaran..gaduh sbb salah fhm sj..bknnya sbb apa..

  6. hatiputera

    Aduh,,pening kepala kalau nak dikira..Bagi aku sekarang nie ron 95 rm1.90 jer ..tak naik lagi kan

  7. mak lagenda

    Mujur ada jebeng otai rajin buat analisis dan penjelasan untuk kasik semua reader paham..

    Gud..gud. Thanks jebeng!

  8. SuhairiDotCom

    Pernah tanya pada pekerja di kaunter shell, pasal harga RON97 ni, dia cuma cakap kami beli dengan harga RM2.90. Maknanya kalau tiada subsidi sememangnya RON97 lagi murah. Kita dikaburkan dengan subsidi. Pernah kira2 macam kau kira ni jebeng, biasalah cikgu maths banyak musykilnya 🙂

    1. JebengOtai

      musykil x per..kita leh kaji..hehe

      RON97 RM2.90..kalo ikut logik ron 95 xkan lebih mahal dari RM2.90..katalah harga sebenar RON95, RM 2.70..subsidi baru jer RM 0.21

      Harga ceiling @ projection dibuat untuk menyediakan peruntukan subsidi bahan api..itulah saiz budget nya..kalo harga turun, subsidi akan mengecil..ada bgus nya juga cara mcm ni..

      1. SuhairiDotCom

        Betul tu bro. Kena ada juga cara macam ni tapi jangan sampai zalim da la. huhu

        1. JebengOtai

          rasanya x la zalim..sekurang2nya subsidi diberi pada yg memerlukan..berbanding dgn sebelum ni..org luar cam singapore,thai leh isi minyak byk kat negara kita..bru la zalim namanya..

          1. shraqs

            Perlukan pemahaman konsep apungan dan projection tu.

          2. SuhairiDotCom

            Sbb tu aku kata jgn smpai zalim.. sbb tu elok RON97 xde subsidi.sbb org lua x ptt dpt duit rakyat kita 😛

  9. nurmisnan

    senang ceta cuba isi minyak 95 10 hinggit dan bandingkan
    esok isi 97 10 hinggit.. betul tak apa yg di katakan…

    kami kat Brunei heppy giler coz 95 baru Brd55 sen/liter..

    1. JebengOtai

      slalu jgak org compare malaysia dgn brunei, arab saudi..perbandingan mcm ni agak tidak adil sbnrnya..antara sbb2 yg negara tersebut boleh bg harga murah minyak petrolnya ialah jumlah penduduk dan kapasiti pengeluaran minyak…. 🙂

      penduduk brunei lebih kurng 400k org, keluaran minyak lbih kurg 100k tong..

      malaysia pula lebih kurang 800k tong, dan penduduk 27juta org..

      arab saudi anggran 8juta tong sehari, penduduk lebih kurang malaysia..

      1. hafizmd

        Tp ramai jugak yg masih pertikai fakta ni…

        tak faham ke buat2 tak faham… =)

        1. SuhairiDotCom

          Yg pertikai tu x pikir pun,x pun buat2 bodoh piang x paham.

  10. sollehahn

    mmg ramai yang keliru dgn fakta nih…orang kita ni pulak hanya pandai spin tanpa selidik fakta sebenar

    1. JebengOtai

      yela..kdg2 terfikir x best la share info yg x btul..x tenteram hidup..

  11. zulkbo

    salam..
    dulu guna RON97..
    bila dah naik melampau tu
    guna Ron 95 je la..janji
    minyak kereta penuh 🙂

  12. azman

    Murah atau mahal saya tetap perlukan minyak untuk kereta…bukan tak kisah,kalau kita bising2 pun..kita beli juga,cuma fakta blogger tu mungkin salah,ahh entah lah..he3..

    1. JebengOtai

      yela..btul x yah nk fikir sgt..sbb dh janji RM1.90..hehe

  13. shraqs

    Tak sanggup aku kalu hari2 nak isi RON97. Pokai dibuatnya 🙂

  14. faizfakhirin

    maknanya harga RON 97 mengikut harga smasa dunia? Jika mengikut harga dunia, mcm mana pengiraan convertion yg dibuat untuk mendapatkan harga RON 97?

    1. JebengOtai

      yg dlm graf tu ialah harga minyak mentah..jika harga minyak mentah naik..maka naik lah harga RON97 dan RON95..tp RON95 maintain diapungkan pada RM1.90 sbb diberi subsidi..

      pada ketika harga minyak mentah naik pada mac 2012, harga RON97 dinaikkan sehingga RM 2.90..RM 3.41 ialah unjuran harga tertinggi @ ceiling untuk RON95..

  15. titan

    mahal ke murah. kena beli gak. cari aje duit lebih. Jadi, takde masalah nanti tang nak membayar.

    1. JebengOtai

      yela..kalo duit ade mcm bro mmg x der prob..hehe

    2. Denaihati

      betul tu bro, asyik sibuk dgn subdisi je org kita ni. sebokkan cari duit lebih, naikkan ekonomi yg lebih penting.

  16. onlajer

    mahalke murah ke isi tetap kena isi,tak sangup aku nak menapak ke tempat kerja

    1. JebengOtai

      yela..x larat..nk nek bas lambat la plak..huhu

  17. sha

    saya nak RON yg murah tak kisahlah ia RON 95 ke RON 97. hehehehe ..pd hal RON 97 tu lebih berkualiti berbanding RON 95.. aduyaiiii

    1. JebengOtai

      ron95 pon kualiti gak..kureng skit jer..ehehe

  18. iza

    Assalam…
    Lepas Pilihanraya nanti, kita sama2 tengok harga minyak.
    Dulu memang guna RON97 tapi terpaksa guna RON95 la, janji kereta boleh jalan..

      1. kepak ayam madu

        lps pru BN menang minyak naik rm2.70(pru12) PR menang minyak turun rm1.70, mana 1 pilihan anda?

        1. JebengOtai

          adekah subsidi lain ditarik?? bgaimana utk beri pendidikan percuma?..gaji minimum 1.5k?
          tol percuma?..

          agak mustahil..

  19. segalabenda

    dah bertahun dah pakai minyak RON 95…tak mampu dah nak pakai RON 97

    1. JebengOtai

      yg ni pon kira dah ok dah..kalo ikut harga pasaran semasa mmg payah gak..

  20. Din

    lah murah sangat….
    tapi 1 liter tu berharga sangat..
    jangan lah membazir minyak~~

    1. JebengOtai

      yela..guna utk urusan penting shja..len2 naik public transport..

  21. chii

    setakat ni..xde nk bising2 sgt memandangkan jarang isi minyk kete/moto..almaklumlah..lum ada transport sendri.ehehe

    1. JebengOtai

      time chii dh ade trnsport sedniri x tau la brape agknya harga RON95 nnt..hehe

      1. SuhairiDotCom

        Itu sudah tentu la mahal sbb kereta makin byk kt Malaysia ni. Rata2 sebuah rumah sekarang ada 3 buah kereta.

        1. JebengOtai

          berkemungkinan besar makin mahal..tp maybe time tu dah ade kereta hybrid atau elektrik.. 🙂

  22. donnyien

    ramainya komen kat sini..hehe

  23. Mus

    agak slow dalam kira-kira ni bro..

    1. JebengOtai

      sbnarnya sy x kira pon..cume kene fhm konsep harga siling,harga lantai, harga semasa dan harga apungan.. 🙂

  24. beckhr00y

    Diaorang nak harga dua2 tu x jauh beza kot

    1. JebengOtai

      kalo dua2 subsidi mmg rugi..ade pelancong yg msuk isi minyak malaysia.. 🙂

  25. puteri kasih

    pening kalau nak wat pengiraan..thank you berkongsi info 🙂

  26. arelan

    tapi kalau nak dibandingkan dengan negara pengeluar minyak,kita tetap mahal.barang dahla sume harga naik.gaji dok takat ni je.hmmmm

    1. JebengOtai

      kita keluar minyak tp bkn sumber utama..

      Norway pengeluar minyak ..ttp harga petrol lebih mahal walaupun gaji besar..pikir balik sama ja..

      tp bab gaji tu kita kene attract high tech industry msuk malaysia br gj leh tinggi..malaysia byk industry ringan..sbb tu gaji agak ssh nk naik…

  27. akhiyy

    ouh kirenye ron95 lagi bagus la dr ron97..sbb mahal lagi..

    1. JebengOtai

      xderla.. ron97 yg lebih mahal dri ron95..maybe die x phm apa itu harga siling..sbb tu nmpk ron97 lebih murah..

  28. tehr

    Aku isi je tanpa tahu harga naik atau turun
    Haha

  29. ProfHariz

    Pakai ron95 je. Ron95 mahal sgt tak mampu. Tak kisah lebih mahal atau tak ;p

  30. demand and supply. Kalau bagi subsidi pada RON97 dan bukan RON95 pula, sure harga RON97 meletup pula.
    Kawe rasa Kementerian pastinya akan lihat pergerakkan harga di pasaran. Jika lebih baik subdidi RON97, then mereka sure akan buat begitu. Cuma skrg ni, byk petrol station yg tak offer RON97 lagi terutamanya Petronas.

    1. Jebeng Otai™

      jika mereka nk subsidi ron97..pastinya lebih byk wang dibelanja utk subsidi..tp elok juga wat camni..kbykkan org luar pki ron97 sbb lebih murah dri negara depa..

  31. hafidz

    memang pakai RON95 saja. dan aku akan pastikan menggunakan minyak dengan cara cermat. fuh~

  32. akubiomed

    Kerana bajet ketat terpaksa mengunakan RON95. 🙁

  33. bukit gambang

    betul jugak bila baca post tuan, agak mengelirukan harga petrol ni.

    1. JebengOtai

      skali tgk mmg mengelirukan..ttp jika kita fhm konsep harga siling, harga lantai mesti phm nya.. 🙂

  34. en.umy

    ape jadinye kalu rakyat luar isi minyak ron95..or diesel..same je diorang dpt harga subsidi…knape rakyat sndiri tak diberi gune pakai ron97 yg jauh lebeh baik dgn harga ber subsidi?? knape x di apungkan skali ron97 nye harga? dan kawal subsidi bile ade naik turun harga pasaran….mcm mase harga pasaran naik..subsidi ron95 juga di naikkan…knape x apply pd ron97 jer?…aku pun pening gak…:p

    1. JebengOtai

      1. stakat ni mmg diorg dilarang isi RON95..mungkin kelemahan penguatkuasaan utk memantau aktiviti ini..

      2. kerajaan x penah pon menghalang beli RON97..jika berkemampuan..tidak menjadi masalah..bg golongn yg berpendapatan rendah..pastinya sukar utk membelinya walaupun harganya diapungkan….

      3. Harga RON97 tidak diapungkan sbb ianya lebih mahal dari RON95..walaupun hanya beza beberapa sen sahaja..katalah harga RON97 diapungkan pada RM2.30..masih ramai lagi yg beli RON95..so duit subsidi boleh difokuskan kepada yg memerlukan..bg yg berduit utk isi RON97, harganya x menjadi masalah..

      4. itulah yg dibuat skang..subsidi mmg telah dikawal..harga RM3.41 itu ialah harga siling yg dianggarkan pada bulan sebelumnya..ttp RON95 lom lgi cecah RM3.41 sbb RON97 masih RM2.90..katalah harga RON95 ialah RM2.70..subsidi yang dikeluarkan hanyalah lebih kurang RM0.30..so, kerajaan dapat jimat berbanding keluar budget utk kedua2 bahanapi..

  35. mahaza2

    “Kerajaan memberi subsidi untuk memastikan RON95 kekal pada harga RM1.90” – kata pak menteri semasa menaikkan rega RON97 pada April 2012. Ada sesiapa boleh beri pencerahan sebab bila tanya kat tweet pak menteri tak jawab lah pulak.

    1. JebengOtai

      btul..kerana harga berdasarkan purata bulan sebelumnya..bulan Mac

  36. mahaza2

    Sebagai Pencerahan :
    Harga Sebenar bukan Harga Ceiling.
    Untuk Rekod bagi RON95:
    Ikut gambar diatas – MAR2012 RM3.41 (subsidi RM0.92)
    Untuk perbandingan : April 2012 RM3.54 (subsidi RM1.05)
    Dec 2011 RM3.16 (subsidi RM0.68)
    Sebarang perbezaan adalah pelepasan cukai oleh kerajaan utuk menjadikan RON95 kekal pada harga jualan RM1.90.

    So, PLEASE GET YOU FACTS RIGHT FIRST BEFORE TRYING TO TELL OTHERS YOU ARE MR KNOWS ALL.

  37. SuhairiDotCom

    Pasal isu matematik ko buat yang minyak RON97 lagi murah dari RON95 kau tau pak menteri tu cakap apa lam berita ari tu? kau tengok x Jebeng? Dia cakap RON97 sebenarnya ada juga cukai kerajaan yang 58@59 sen tu tapi x sebut la sebab minyak tu x dapat subsidi. Sepatutnya RM 2.90+RM0.58=RM3.48
    Macam mana? hehe mana lagi mahal?
    Ko nampak x permainan dia?
    Lebih dlm 8sen kan? HEHEHE

    1. JebengOtai

      mmg mahal RON97 ni..kalkulus sy ambil dri blog tersebut..sy pon x beberapa setuju dgn kalkulus tu..huhu

      mmg x adil guna harga siling dan banding guna harga semasa..mmg lari jauh bro.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.