Setelah menggunakan teori kebarangkalian didalam entri ‘Cara Untuk Menang Nombor Ekor‘ dan ‘Lelaki Kacak Menang Nombor Ekor‘, kadang-kala saya tertanya tanya bagaimanakah pihak bank mengira pinjaman untuk perumahan? Berkali-kali juga saya cuba mencongak tetapi jumlah akhirnya jauh tersasar. Berbeza dengan pinjaman perumahan, pinjaman bank untuk membiayai kenderaan agak mudah difahami. Kali ini saya cuba mengurai bagaimana kalkulus untuk pinjaman beli rumah oleh pihak bank. Walaupun begitu jumlah akhir bayaran kalkulus ini tidak termasuk insurans dan cukai-cukai berkaitan. Ia hanayalah jumlah prinsipal dan faedah sahaja.
Formula
r = Interest rate
P = Jumlah pinjaman
N = Jumlah tahun bayaran.
Pak Abu ingin membeli sebuah rumah yang dijual di Langkawi pada harga RM 130,000. Pak Abu membayar pendahuluan sebanyak RM 13,000 dan tempoh perjanjian bayaran balik ialah 30 tahun.
Kadar BLR semasa
= 6.6% setahun
Kadar faedah untuk sebulan ialah :-
r = (6.6/100)/12 bulan
r = 0.0055
Jumlah pinjaman – ‘downpayment’ :-
P = RM 130,000 – RM 13,000
P = RM 117,000
Jumlah tahun bayaran ialah :-
N = 30 tahun x 12 bulan
N = 360 bulan
Jumlah yang perlu dibayar setiap bulan :-
= ((6.6/100/12) * 117,000) / (1 – ((1 + (6.6/100/12)) ^ (-30*12)))
= 643.5 / ( 1 – 0.13882 )
= 643.5 / 0.86118
= RM 747.23
lepasni dh leh wat kira2 sendiri bayar ikut kemampuan.. 🙂
Sudah ada formula untuk pengiraan bayaran bulanan perumahan pinjaman senang untuk buat pengiraan. Nanti boleh convert ke dalam Excel Sheet.
kalo nk pki excel lagik senang..pki formula ni jer.. 🙂
= PMT(6.6/100/12,30*12,117000)
Aku tak guna blr bro…bank islam tak de blr…tp rega dia bila total…mak datuk ehhhhh
yela..cuma terjamin time ekonomi gawat..sbb blr konvensional leh berubah2 ikut bank..huhu..
kalo mkin kurang x per…tetiba mkin tambah beza time wat agreement dulu..huhu
Kalkulus ni boleh dijadikan panduan asas untuk mengira bayaran bulanan pinjaman perumahan. 😀
Semakin hari semakin mencabar untuk orang muda memiliki rumah sendiri..
btul..tp kalo muda dan baru nk bina keluarga..beli lah rumah kecik2 dulu.. 🙂
ohh bagus gak entri nie.boleh la kira2 nti..:)
sbnarnya ade sequel lepasni..tu yg dok explain formula kira2 ni..
Terbaik utk baru yg usha rumah mcm aku ni bro 🙂
jgn lupa anggaran insurans dan cukai..lebih kurng RM150-200
tp kalo byr downpayment 20%…insurans dh x pyh.. 🙂
hehe..siap ada formula lagi tu..
yela..snng nk kira..x sush mana pon..hehe
baguih ada formula ni..tapi bro apa maksud ^ tu…
tu mksdnya kuasa.. kalo 2^2 = 2 kuasa 2..hehe
macam ni rupanya. terima kasih sudi berkongsi. teringat subjek Ekonomi Kejuruteraan dulu, hampir2 nak fail haha
hehe..bile kite ingt blik subjek yg dulu rasa ssh mcm sng jer..huhu
Ini ke formula yang diguna dalam kalkulator pengiraan pinjaman perumahan dalam laman web bank tu? Pening pala nengok fomula tu.
aah cara calculation konvensional..kalo islamic dgn rate2 yg berubah2 caranya len.. 🙂
boleh jadi rujukan pada masa depan..
aah..sng kalo ade per2.. 🙂
sendat nak mengira jumlah yang besar sampailah waktunya nak beli rumah dok mencari rumus matematik nanti
hehe..xper2 simpan utk budget2 nnt.. 🙂
mmg tak mampu nk beli rumah…so,xpikir lagi psl loan ni sume..hehe
hehe…xper2 utk info jer.. 🙂
menarik info ni..da bleh start wat kira2 utk beli rumah da pasni..
yela..planning awal tu yg terbaik.. 🙂
thanks bro, lepas ni aku boleh la kira rumah aku plak, seronok baca ni
sama2..mula terkial2 jugak nk kira camne..dh tau senang jer..huhu
kebetulan lagi cari informasi tentang pinjam beli rumah
postingannya bisa jadi referensi buat saya