Baru-baru ini,kita telah digemparkan oleh masalah ekonomi salah satu negara zon euro iaitu Greece.Berpunca dari sifat tamak dan amalan rasuah,Greece kini kian muflis.Berbalik dengan tajuk ‘Gaji Minimum’,aku amat tertarik dengan artikel dari NeutralDaily :-
Isu gaji minimum telah menjadi satu isu yang amat penting di Malaysia pada ketika ini disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi akibat kenaikkan harga barang dan lain-lain lagi faktor.Baru-baru ini dalam budget,kerajaan telah menaikkan gaji kakitangan awam yang sedikit sebanyak memberi impak kepada pekerja-pekerja swasta.Kesan langsung dari kenaikkan gaji kakitangan awam ialah harga barang dan makanan melambung naik dengan mendadak.Ini amat menyulitkkan mereka yang bekerja di sektor swasta.
Kita juga perlu berfikir,adakah wajar menaikkan gaji pekerja tetapi kurang mahir seperti yang terjadi di Greece sehingga kurang berdaya saing?Adakah menaikkan gaji sehingga RM1100 dapat menyelesaikan kos sara hidup yang meningkat?Pada pendapat saya,tindakan menaikkan gaji besar-besaran juga boleh mengakibatkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara Malaysia.Jika kenaikkan gaji tidak dikawal dan dihalusi,nilai matawang ringgit yang diterima adalah sama pada waktu sebelum kenaikkan gaji malah lebih malang jika perlu berbelanja lebih disebabkan harga barangan yang naik seiring dengan kenaikkan gaji.
Walaupun begitu, standard gaji minimum yang seimbang dengan ekonomi semasa disokong oleh bekalan sumber keperluan harian seperti makanan amatlah penting bagi membela nasib rakyat terutama golongan yang bekerja bagi menyediakan keperluan penting kepada keluarga masing-masing.Kita tidak mahu ada dikalangan kita memiliki gaji pokok sebanyak RM350 dan tinggal dibandar diwaktu kita menggapai Wawasan 2020.Banyak keburukan serta timbul masalah gejala sosial berpunca dari ekonomi keluarga yang tidak kukuh.
Berikut adalah cadangan apa yang saya fikirkan dapat meningkatkan ‘nilai’ gaji yang diterima samada pihak kerajaan ataupun diri sendiri selepas pelaksanaan gaji minimum dapat dicapai.
Cadangan
- Membuka lebih banyak lagi kedai konsep 1 Malaysia atau juga kedai yang mempunyai produk tanpa jenama kerana penjenamaan melibatkan 30% harga sesuatu produk.
- Mengurangkan pihak ketiga dalam pengedaran barang keperluan atau membeli terus dari pengusaha,petani dan nelayan.Jika sesuatu produk mempunyai 3 peringkat pengedar dan setiap pengedar menambah RM0.50, kita dapat berjimat sebanyak RM1.50.
- Kupon-kupon percuma yang ditawarkan oleh pusat membeli belah sedikit sebanyak boleh mengurangkan jumlah perbelanjaan keperluan harian.
- Perancangan awal sebelum membeli barangan keperluan.Kurangkan membeli barang yang kurang diperlukan.
- Menggalakkan usaha pertanian dan penternakan sebagai sumber makanan utama negara di mana pengimportan makanan dari negara luar amatlah merugikan kerana nilai matawang yang berubah-ubah dari masa ke semasa.