Sejak menulis entri ‘Cara Untuk Menang Nombor Ekor‘, saya mendapat respon yang berbeza-beza. Ada yang menyokong dan ada yang mengatakan ia sekadar gimik tajuk entri yang diminati para lelaki judi yang tidak kacak. Walaupun sebenarnya formula itu boleh dihasilkan lelaki kacak kerana tiada rawak yang benar-benar rawak kerana 4 digit nombor tersebut telah pun ditetapkan berjumlah 10,000 kombinasi. Jika berjaya tidak mustahil lelaki kacak menang nombor ekor.

Sebagai contoh duit syiling. Duit syiling dilemparkan dan akan jatuh pada lantai memaparkan salah satu permukaan syiling samada kepala atau ekor. Jika dicatitkan kesemua lemparannya, kita boleh meneka kebarangkalian permukaan duit syiling yang jatuh ke lantai menghadap keatas. Walaupun begitu, 10000 kombinasi bukanlah sedikit tetapi kemungkinan untuk nombor ekor tersebut keluar sebagai hadiah utama adalah tidak mustahil. Membentuk formula perlu menimbangkan segala maklumat seperti data nombor-nombor terdahulu, tarikh dan sebagainya yang boleh digunakan untuk meningkatkan peluang memenangi nombor ekor 4D dan sebagainya.

Adalah lebih baik duit yang digunakan berjudi itu disimpan dan dilaburkan ke tempat yang lebih baik seperti pelaburan emas yang boleh dipelajari didalam ‘ Teknik Pelaburan Emas Lelaki Kacak‘ , supaya duit yang kita makan itu halal dan tiada keraguan.

Jebeng Otai™

26 Replies to “Lelaki Kacak Menang Nombor Ekor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge