Ketika membeli rumah, Pak Abu telah melakukan kira-kira didalam entri ‘Kalkulus Pinjaman Beli Rumah‘. 5 tahun kemudian Pak Abu telah melakukan kira-kira sekali lagi. Dia telah membayar RM 44,833.80 tanpa tunggakkan untuk pinjaman beli rumah yang telah dibuat. Walaupun begitu baki 25 tahun untuk bayaran tersebut adalah satu tempoh yang panjang. Anak-anaknya yang meningkat dewasa disamping kos perbelanjaan yang meningkat dari hari ke hari. Mujurlah isterinya membantu sedikit sebanyak beban yang ditanggung.

Didalam kesugulannya memikirkan masa depan keluarganya, dia disapa oleh seorang lelaki kacak yang pernah menerbitkan rumus ‘Cara Untuk Menang Nombor Ekor’.Aneh sekali bagaimana lelaki kacak ini boleh menghidu masalah Pak Abu. Lelaki kacak ini mengeluarkan sekeping kertas dan pen untuk memberi jalan kepada Pak Abu tentang permasalahan ini.

Jumlah bayaran yang dibuat :-
= 5 x 12 x RM 747.23
= RM 44,833.80

Bayaran pokok yang telah dibuat :-
= RM 1283.12 + RM 1370.42 + RM 1463.65 + RM 1563.23 + RM 1669.58
= RM 7350.00 , bayaran pokok yang telah dibuat setelah 5 tahun

* mengikut jadual pembayaran di Property.Net.My

Pak Abu terduduk dan terkejut kerana bayaran pokok hanyalah setakat RM 7k sahaja walhal dah keluarkan wang lebih dari RM 40k. Lelaki kacak itu menenangkan Pak Abu yang tercengang seketika.Bersambung..

Jebeng Otaiβ„’

13 Replies to “Kalkulus Faedah Dan Pokok Pinjaman Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge