ETP : NKEA Sawit

Semua orang sudah terbiasa dengan pencapaian dan pendapatan Petronas dalam cari gali minyak dari tahun ke tahun. Tetapi berapa ramai yang tahu pencapaian dan harga semasa minyak sawit? Sebelum ini, didalam entri ‘Aku Anak Felda‘, saya menekankan bahawa FGVH memang boleh berjaya disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kajian, pengurangan kos logistik, tenaga kerja dan sebagainya.

Transformasi
Berbeza sebelum ETP dilancarkan, tuaian sawit akan dihantar ke kilang untuk diproses dan diperah minyaknya sebelum dijual. Ketika proses ini, buah sawit muda akan bercampur dengan buah sawit yang sudah masak. Gaji pekerja berdasarkan bilangan tandan sawit yang dituai. Kesannya, perahan minyak kurang kerana buah sawit muda tidak mempunyai minyak yang banyak dan ini merugikan kerana hasil jualan minyak kurang dan perlu membayar lebih untuk gaji pekerja tersebut.

Tunas
Program Tunas ini menempatkan seorang pegawai MPOB untuk memantau perjalanan dikilang-kilang yang memproses minyak sawit dan menetapkan standard perahan 20.75% berbanding sebelum ini, kadar perahan ialah 19.7% sahaja. Pegawai-pegawai ini akan memeriksa buah sawit samada mempunyai buah yang muda atau tidak. Jika terdapat buah sawit muda, pegawai ini akan mengenakan denda kepada kilang. Pihak pengurusan semestinya akan menyerap denda tersebut kepada pekerja-pekerjanya kerana gagal mematuhi peraturan tersebut.

Pendapatan
Walaupun bezanya hanya lebih kurang 1% sahaja dari perahan sebelum ini, ia sebenarnya meningkatkan pendapatan kerana tuai sedikit tetapi hasil minyaknya banyak.

Sebgai contoh :-


Harga Semasa Minyak Sawit March 2012, 1 tan = RM 3,366.24

Sebelum ETP
Tuaian 5 tan sawit boleh menghasilkan :-
5,000 x 19.7% = 985 kg minyak masak

Pendapatan
= 0.985 x RM 3,366.24
= RM 3,315.75

Selepas ETP
Tuaian 5 tan sawit boleh menghasilkan :-
5,000 x 20.75% = 1,037.5 kg minyak masak

Pendapatan
= 1.0375 x RM 3,366.24
= RM 3,492.47

Beza tuaian = 52.5 kg minyak
Beza pendapatan = RM 176.72

JebengOtaiβ„’
mmg byk membantu pekebun kecil,peneroka..sbb tu sy yakin FGVH leh berjaya.. πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 31 Comments

  1. JebengOtai

    peneroka felda leh dpt 10-15 tan ikut musim..peningkatan RM350-500 tu..huhu

    1. SuhairiDotCom

      Alhamdulillah la bro sebab dapat rezeki lebih πŸ™‚

      1. JebengOtai

        sblum ni x terfikir pon cara ni..tp Malaysia mmg excellent dlm kajian berkaitan sawit.. πŸ™‚

        1. SuhairiDotCom

          Malaysia terbaik bro babΒ² kajian sawit ni. Baru lumayan hasil sawit πŸ™‚

          1. JebengOtai

            dh berpuluh tahun Malaysia dalam pertanian sawit ni..mmg expert la.. πŸ™‚

  2. tehr

    Memang tak boleh ambil mudah tu
    Kalau mahu pendapatan tinggi, kena la ikut aturan

  3. akubiomed

    Orang tua saya pernah bercerita buah sawit yang dikumpul ditepi ladang selalu kena sapu pada ketika minyak sawit tengah mahal.

    1. JebengOtai

      btul bro..satu guni biji sawit yg lerai tu jer dh dekat rm200..huhu

  4. Din

    susah betul klpa sawit ni kalau nak dijadikan minyak…
    tapi berguna untuk elakan pncemaran alam sekitar..

    1. JebengOtai

      ade..dlm laporan nkea depa ade wat kajian biofuel..mmg harga minyak sawit meningkat la lpas ni..

  5. titan

    bab felda ni, aku tak reti nak komen. Sebab aku tak faham.

    1. JebengOtai

      hehe..xper bro..ni sbgai info jer.. πŸ™‚

  6. rahman

    nasib peneroka felda di negara kita sentiasa terbela. kena bersyukur. kadang kadang aku tengok kehidupan mereka lebih baik dari penduduk di bandar. perasan tak kita, kebanyakan warga emas felda lebih ramai yang telah mengerjakan haji berbanding dengan warga emas yang tinggal di kawasan bandar.

    1. JebengOtai

      itulah hasil perancangan tun abdul razak dahulu..kalo x der felda bagaimana agknya nasib lebih 100k peneroka skng ni?

  7. akhiyy

    hahaha..aku same macam titan..tak faham ape2..dah cube untuk fahamkan tapi tataw nak komen pasal ini..huhu

    1. JebengOtai

      yeke..hehe..tu hasil perahan minyak dari sawit..ade peningkatan setelah etp dijalankan..

      depa skng dh work smart..aku kagum dgn malaysia punya kjian berkaitan sawit..mmg advance dri negara2 len..

  8. KiD

    untung laaa… ermmm.. bapa mertua saya ada jaga kebun sawit

    1. JebengOtai

      owh..try la tanya satu bulan leh dpt brapa tan..hehe

  9. azura

    saya pun bukan anak felda… tak tahu soal felda cuma yang saya tahu seorang peneroka 10 ekar tanah dan akan di warisi oleh anak lelaki pertama…itupun kawan saya anak felda yang kata kalaulah peneroka itu tiada anak lelaki maka tanah felda itu akan diwarisi oleh adik lelakinya…

    1. JebengOtai

      xder la..mcm kes mak n ayah saya..tanah peneroka (datuk)..akan diberi sama rata @ pon faraid..

      tp kebiasaanya samarata..jika anaknya 10,dibgi 10 lah.. πŸ™‚
      tp tanah ni x leh dijual..hanya hasil tuaian shja yg dpt tiap2 bulan..kalo satu bulan 10 tan..leh dpt 6k..tolak upah suma leh dpt bersih 3k..dptlah sorg 300 πŸ™‚

      1. azura

        oh…kawan saya mak ayahnya peneroka jadi belum pun ada yang mewarisi…tq for info

  10. mrs.yie

    secara jujurnya saya tidak faham apa2 tapi dapatlah juga sedikit pengetahuan dalam entri yg bro buat ni.. :)walaupun tak banyak,sikit pun jadi..

    1. JebengOtai

      dpt info skit ok la..dri kecik lagi sy dh ikut ayah sy pi tuai kelapa sawit ni..huhu

      kalo nk diikut peladangan ni simple jer..sbb tu byk estate2 leh untung byk…tu la ape yg FGVH nak lakukan..utk memajukan felda plantation ni supaya lebih efisien..

      p/s: felda ade 2 jenis..plantation (sistem ladang)…dan sistem peneroka

  11. zik

    yang penting ia menguntungkan… tak menentu jugak perolehan kelapa sawit disini.. mungkin baja pun kurang..

    1. JebengOtai

      btul..ia bermusim sbnarnya..jika buah byk..mmg msyuk juga..bila x der buah mmg ssh juga peneroka @ pekebun sawit..

  12. muazfaris

    wah pening kepala baca..sbb tak pahamm….hehe

    1. JebengOtai

      yeke..kalo ade yg x fhm sy leh tlg explain kan..

  13. yas

    aku pun anak felda bro…tp aku tak ambik tahu sgt mende2 nih…nak2 bila ianya dah dipolitikkan…harap2 dgn info ko aku boleh tau jugak sesikit

    1. JebengOtai

      pada mula aku pun samar2 camne program etp ni leh bantu peneroka & pekebun sawit yg lain..sbb dri dulu lgi telah dididik oleh penjajah xleh buat mcm ni sbb akan rugi..

      setelah sekian lama kajian dibuat..mmg cara ni paling menguntungkan sbnarnya..kita sbnarnya sgt maju dlm pertanian..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.