Rasa amat terkejut dan terkilan berbagai-bagai dakwaan diutarakan oleh tokoh-tokoh sepeti Ku Li diatas isu penyenaraian FGVH di bursa saham. Walaupun saya adalah generasi ke-3 anak peneroka Felda, tetapi saya merasakan kenyataan dibuat oleh tokoh itu adalah mengelirukan.
The proposed Felda Global Ventures Holdings (FGVH) listing will endanger the future of settlers as they risk losing their land assets, Tengku Razaleigh Hamzah has said.In an interview with Harakahdaily, the Umno politician said that once the listing took place, land belonging to FELDA settlers will be exposed to the open market.Once exposed to the open market, he claimed that “anyone” could buy up shares at any amount if they could afford it, and that this will result in settlers losing their land assets if shareholders were to sell their share. KL-Today.com
Tanah Rancangan
Seperti kita tahu, Felda diasaskan oleh Tun Abdul Razak untuk merancakkan pembangunan Malaysia. Tetapi berapa ramaikah yang tahu Felda sebenarnya terbahagi kepada dua tanah rancangan? Yang pertama tanah rancangan Felda yang diterokai oleh peneroka dan kedua ialah tanah rancangan Felda yang tidak berpeneroka atau menggunakan sistem ladang seperti estet.
Aset yang diperdagangkan oleh FGVH ialah tanah rancangan yang tidak berpeneroka ini iaitu sebanyak 340,180 hektar. Tiada pengambilalihan tanah-tanah peneroka ini malah, diberi pula saham-saham awam FGVH kepada para peneroka. Saya amat terkilan dengan kenyataan demi kenyataan hanya sekadar untuk meraih ‘trafik’.
Kecewa
Itulah saya boleh gambarkan media-media politik masakini yang tanpa segan silu ‘ copy paste ‘ sahaja kenyataan sesuatu pihak tanpa menyelidik dan usul periksa. Apa yang saya dapat gambarkan blogger-blogger ini tidak penah memegang sabit mengait kelapa sawit apatah lagi mengutip bijian sawit yang bertaburan ditanah.Tidak adil kita mengatakan Felda sudah muflis pada masa yang sama barangan kegunaan harian dan makanan banyak menggunakan hasil tuai pokok kelapa sawit dari tanah rancangan ini.
Gambar = Tehtarikbersamayb
anak felda..ramai sy kenal2 kebanyakan mrka berjaya malakar kejayaan.
bangga dgn pencapaian mereka..utk kebaikkan negara juga..
Aku pun sama, anak felda generasi ke-3 juga. Memang rasa terkilan juga dengan kenyataan yang dibuat yang boleh kita tengok dalam mediamassa tempatan. Tambahan pulak dah nak dekat pilihanraya nih. Paling sakit hati, anak jati felda sendiri yang buat provokasi mengatakan penyenaraian FGVH akan membawa kerugian dan tanah rancangan peneroka sekarang mungkin tergadai. Jangan buat kenyataan melulu tanpa usul periksa
Btul..slama ni kiter berdiam diri psl isu2 felda ni.. It’s time to take our stand..
Bkn meraih trafik..ttp perkara ni benar..mcm2 tuduhan liar utk mengaut undi..
skrg lawa lawa rumah felda
Berterima kasih kpda kerajaan..byk faedah diberikn kpda peneroka..
Syukur sgt2..
“Apa guna kita marah orang yang jahil…jika kita marah kita lebih jahil dari pihak tersebut..”
agreed.. aku slalu berdoa supaya Allah tunjukkan sesuatu kpd mereka yg tak pernah bersyukur tu… taw complaint jer, kekadang yg byk complaint tu bkn nyer anak felda pun… suka jd batu api jer.. politik nyer pasal, dosa pahala belakang citer.. melayu… melayu… sedarlah…
aah..yg komplen bkn anak felda sendiri..anak felda byk yg dah berjaya..walhal yg slalu dok komplen ni x kemana..jgnlah jdik dengki..mereka dulu pon bknnya sng
malah atuk sy sendiri penah ambil gula di koperasi semata2 untuk jual dgn harga murah utk membiayai perbelanjaan pelajaran anaknya..mereka bkn dari org2 senang..
bro utk rumh bro ker hee cntik..
uih xdak la..tp kalo msuk felda kebykkan rumah hampir2 camni la..
p/s: umah sy tgh renovate..hehe
aku bukan anak felda. aku anak seorang guru. yang dah bersara. hehe..
🙂
Ada juga anak felda yg kembali ke kampung halaman dan teruskan usaha dibuat oleh generasi sebelumnya. Dan lebih berjaya berbanding ketika mereka di bandar
pengurusan ladang sngt fleksibel..ade dikalangan peneroka meraih 7k sebulan..dgn syarat tidak upah org lain la.. 🙂