Top 5 Homestay in Langkawi

Pulau Langkawi merupakan destinasi yang begitu popular di Malaysia. Lebih-lebih lagi banyak kemudahan serta tarikan pelancong dibina di pulau ini. Sempena cuti sekolah, ribuan pengunjung telah berpusu-pusu ke Pulau Langkawi. Menurut rakan saya, sejak penubuhan LangkawiHomestay.net terdapat lebih dari 50 homestay telah direkodkan di websitenya sehingga kini walaupun projek website itu baru genap berusia 1 tahun. Ini merupakan entri pertama saya yang menggunakan ranking ‘top 5’ dan ini hanyalah pendapat peribadi saya semata-mata.

1.Bumi Langkawi Homestay
Bagaikan rumah sendiri. Inilah yang saya boleh gambarkan kemudahan didalam homestay Bumi Langkawi. Terletak di antara pekan Kuah dan Pantai Cenang, ia merupakan tempat yang strategik untuk para pengungjung ke Langkawi. Homestay ini berbeza antara homestay lain di Langkawi kerana ia menyediakan 4 bilik berhawa dingin dan 2 bilik air yang sesuai untuk bilangan ahli keluarga yang ramai. Kadar harga RM350 (10-15 orang).

2.Sue Homestay
Apartment 3 bilik dan terletak berdekatan dengan pekan Kuah. Homestay ini pula sangat sesuai untuk mereka yang gemar membeli belah di pulau bebas cukai Langkawi. Apartment ini turut menyediakan kolam renang awam yang berdekatan dengan homestay. Kadar harga RM150-250 (8-10 orang).

3.Nany Homestay
Hiasan dalaman yang kemas dan bersih membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk menginap. Walaupun sedikit jauh dari pekan Kuah dan tempat menarik yang lain, ia agak berbaloi dan sesuai bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan dapat merehatkan minda dari bebanan kerja dan lain-lain lagi. Kadar Harga RM200-250 (8-10 orang).

4.Kuala Muda Homestay
Homestay ini menjadi pilihan utama kerana lokasinya berdekatan dengan pantai. Warna dan hiasan yang agak moden menambah lagi tarikan homestay ini. Homestay ini mempunyai 3 bilik dan kemudahan lengkap yang lain seperti televisyen dan kelengkapan untuk memasak. Kadar harga RM350 (8-10 orang).

5.Walid Raja Homestay
Pemiliknya gemar mengadakan promosi yang agak menarik perhatian. Sehinggakan memberi penginapan dan pengangkutan percuma kepada pengunjung yang selalu menginap di homestay Walid Raja. Mempunyai 4 bilik dan homestay ini mempunyai kemudahan Wifi untuk para pengunjung yang memerlukan kemudahan internet ketika di Langkawi. Kadar harga RM250-350 (10-15 orang).

 Penginapan homestay budget di Langkawi boleh didapati di LangkawiHomestay.Net 

JebengOtai™
Tip2 untuk melancong ke Langkawi dengan budget yang ciput ialah pi ramai2 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 25 Comments

  1. anif

    Uishh.. Bagus ni! Kalau melancong dengan keluarga yang ramai boleh gunakan perkhidmatan homestay!

    1. JebengOtai

      btul2..lagik jimat sbnarnya kalo pi ramai2.. 🙂

  2. Mus

    senanglah kalau nak melancong ke sana nanti

    1. suri

      serkarang ni kan musim cuti sekolah jom bwk anak2 jalan2 heee

    2. Jebeng Otai

      kt langkawi mmg byk tmpt menarik..pulau nya pon kecil..amik cuti 2-3 hari leh pusing satu pulau..

  3. chii

    menarik gak..insya Allah ada rezeki..nk gak ke lngkawi sebab sampai skrg ni..x sampai2 pun lagi ke sana 🙁

    1. Jebeng Otai

      pergilah..dlm malaysia mmg byk tmpt2 menarik.. 🙂

  4. suri

    wah banyak pilihan blh di pilih ikut kemampuan masing2.. yg dekat yang mudah tu harus di cari hee

    1. Jebeng Otai

      utk panduan mencari penginapan yg seswai utk yg dh bekelurga..x semestinya dh kawen x leh melancong..kan2 🙂

  5. suri

    admin orang langkawi ker?

    1. Jebeng Otai

      sy org johor..tp suka gak jalan2 ke utara 🙂

  6. hafizmd

    cantik Bro JO…aku siap bookmark page ni utk rujukan nanti2…

    harga tu kira ok sgtlah utk pakej ramai2…terbaik!

    1. Jebeng Otai

      kalo nk wat reunion kat langkawi pon ok gak..sbb bile dh ramai..kos akan jdik ciput.. 🙂

  7. iza

    Assalam..
    Biasanya kalau ke langkawi, sewa kat belakang apa namanya tempat tu? underwater world? Lupa dah..

  8. titan

    dah lama gila aku tak gi langkawi nih..bilalah ada masa ye..

  9. budakserius

    Huh.lma jugak tk pegi langkawi nih.

    1. JebengOtai

      yeke?..pi la untuk bercuti..best woo.. 🙂

  10. Mekar

    hehe..best Langkawi ni. Sya selalu ke sana sebab ada rumah di sana.

  11. hasniza

    utk tarikh 23 mac in, out 25 mac ada x yg 3 bilik, mohon maklumbalas segera tq

  12. nazri

    Rasanya sekarang dah banyak homestay di langkawi ni…saya pun baru pergi langkawi stay dengan Eylizar Homestay..dia punya service bagus semua pakej ada termasuk tiket cable car,tiket underwater world dan juga kereta sewa, semua saya serahkan pada mereka..dan mereka ada banyak homestay dan juga apartment…pada saya eylizar is the best so far di Langkawi..rasanya kena update blog ni…anyway thanks for share…tq

    1. jebengotai

      mmg dh lame x update, stakat ni yg sy tau lebih 80 homestay dah..cepat jer bertambah..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.