Sesiapa yang mempunyai Iphone ketika membaca entry ini pasti akan tersenyum kerana Iphone bukan sahaja gadjet yang bagus malah ada para pengeluar aksesori Iphone telah merekabentuk aksesori untuk kamera gadjet tersebut. Aksesori ini mampu meningkatkan ‘kuasa’ dan fleksibiliti gadjet ini ketahap yang lebih tinggi. Stelah membincangkan ‘Mobile Photography‘ disini saya paparkan ‘ Top 5 Aksesori Kamera Iphone Β Terhebat ‘.

OWLE Bubo
Diperbuat daripada aluminium padu, aksesori ini mempunyai 2 pemegang untuk memudahkan pengguna mengambil gambar. Ia juga dilengkapi dengan 37mm lensa macro yang boleh ditukar ganti serta ‘mounting’ untuk tripod dan mikrofon.

Kogeto Dot
Mengambil gambar panorama sememangnya sangat mengasyikkan kerana kita dapat melihat pemandangan keseluruhan sesuatu kawasan itu. Dengan alat ini, pengguna boleh mengambil gambar panorama seluas 360 darjah tanpa perlu memusingkan kamera untuk mengambil gambar tersebut.

SLR Mount
Bagi mereka yang mempunyai kamera slr, Iphone boleh dipasang dengan lensa dari slr hanya menggunakan aksesori ini. Hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian tetapan, Iphone boleh menggunakan lensa ini untuk mengambil gambar dengan jelas.

Camera Phone Lens
Lensa Makro, 2x Telefoto dan Fish Eye sememangnya satu kemestian bagi mereka yang meminati fotografi. Lensa-lensa ini boleh dipasang dengan mudah kerana tapak lensa ini berunsur magnetik. Ia boleh dipasang dan ditanggalkan bila-bila masa sahaja tanpa perlu membuat pengubahsuaian pada Iphone.

6x Fixed Optical Zoom Lens
Terdapat perbezaan antara zoom lensa optik dan zoom digital. Gambar akan menjadi ‘pecah’ jika menggunakan zoom digital tetapi aksesori ini dapat membantu pengguna memfokus sesuatu objek yang berada jauh dari pengguna.

Jebeng Otaiβ„’

sumber : PCWorld

20 Replies to “Top 5 Aksesori Kamera Iphone Terhebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge