Sejak kebelakangan ini saya mula dilanda kesibukkan kerja di pejabat dan juga membantu rakan niaga Butik M7 mengiklan, menjual dan membuat perancangan bagaimana ingin berkecimpung dengan lebih serius dengan perniagaan secara online ini. Ketika ini saya akui saya tersilap langkah kerana sambutan yang diterima agak menggalakkan. Pada masa yang sama saya perlu membuat tugasan yang diberikan di pejabat. Amat memenatkan jika kita perlu menghantar pakaian yang dibeli secara online melalui kurier atau pos. Kita sebenarnya tidak perlu berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan ini. Bagi perniagaan online seperti menjual pakaian ini, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mempersiapkan diri sebelum memasarkan produk yang ingin kita jual dan pada masa yang sama kita boleh bekerja seperti biasa. Strategi ini hanyalah idea saya sahaja. Mungkin ada idea rakan-rakan blogger yang boleh dikongsi bersama untuk menceburkan diri dalam perniagaan secara online.

tip perniagaan

Smugle belakang opis dgn Vanfery & Mat Yaya

Tips Perniagaan Online :Memilih Pembekal

Salah satu faktor yang perlu difikirkan. Memilih pembekal yang boleh memberikan harga terbaik untuk kita sebelum kita dapat menjual produk-produk yang berpotensi. Sebenarnya jika kita mempunyai modal kita boleh membeli dengan banyak produk yang dikenalpasti boleh dijual. Selain itu beberapa faktor lain seperti margin keuntungan, jarak lokasi pembekal, variasi produk, kumpulan sasar dan lain-lain lagi harus dipertimbangkan.

Tips Perniagaan Online : Memilih Penghantar

Baru saya tahu, kita boleh meminta PosLaju untuk ‘pickup’ parcel atau bungkusan pelanggan dari premis kita tetapi perlu mempunyai akaun untuk proses mengambil dan menghantar. Cara begini sangat bagus kerana kita tidak perlu pergi Pejabat Pos yang tentunya sesak pada waktu puncak, ataupun kourier yang terdekat. Kita juga boleh meminta mereka untuk datang ke pejabat kita untuk memudahkan semua proses penghantaran produk kepada pelanggan. Jika tidak berminat dengan Poslaju, kebanyakkan syarikat kourier ada menyediakan perkhidmatan ‘pickup’ parcel ini. Cara ini memang menjimatkan kos ‘tidak sedar’ seperti minyak petrol, masa dan lain-lain.

Tips Perniagaan Online : Pemasaran

Berbagai cara boleh dipraktikkan untuk memasarkan produk. Dari Facebook sehinggalah projek 100 tshirt dragon yang ingin saya berikan kepada komentator paling tegar bermulanya pada bulan Ogos ini. Komentator paling banyak akan dihadiahkan sehelai t-shirt M7 Dragon yang pernah ditaja oleh saya pada Giveaway JebengOtai yang lepas. Pemasaran yang baik dan cekap boleh menarik minat sesiapa sahaja. Bermacam-macam taktik lagi seperti menggunakan Adwords, affiliates, tawaran ‘dropship‘ dan sebagainya untuk melariskan jualan. Sebenarnya kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana taktik yang betul boleh menarik perhatian ramai. Salah satu menjadi kriteria menjadi orang berjaya ialah pandai menguruskan masa kerana masa tidak menunggu kita. Kita sudah tentu tidak mahu yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran.

Jebeng Otai™
Tagged with:
 

93 Responses to Tips Perniagaan Online

  1. yeah.. leeza dah boleh komen erk.

  2. akubiomed says:

    Bentuk perniagaan dropship menarik juga.

  3. rahman says:

    penat.. takpe bro.. yang penting hasilnya berbaloi 🙂

  4. titan says:

    ko jual kat pasar malam pun boleh maa. harga mahal pun..kalau kain bagus..promosi bagus..ayat kacak..rm100 sehelai pun leh jual maa..

  5. zool says:

    bagus perniagaan online ni..
    saya masih terkial-kial ni

  6. cikgu naman says:

    paling penting ‘USAHA’ kan?

    dan berdoa

  7. Juan says:

    tahniah bro, bergerak selangkah lagi

  8. anif says:

    Maju selangkah lagi nampaknya. Kena fahami selok belok perniagaan ini untuk terus maju.

  9. smp3lembang says:

    Semoga Berhasil PErniagaannya tuan, berusaha dan berdoa

  10. syahrilhafiz says:

    wah bisnes ko ya bro.. semoga terus sukses dalam perniagaan
    perkara macam ni nanti2 biasa la.. ehehe
    hmm dan2.. boleh mintak pos laju ambilkan. akaun apa tu?

  11. Mummy Akmar says:

    Wah! Tahniah…
    Teringin jugak nak buat online business..tapi taktahu apa.. Huhuhu

  12. Mak lagenda says:

    mak x pernah meniaga online nih so mmg zero la bab tips2 nih..Tumpang ilmu jebeng lg ada la. Moga semakin bertambah rezeki jebeng seiring dgn usaha gigih yg dlakukan ya..

  13. hafizmd says:

    Ambe nak kasi tips mmg tak tau..tp ambe doakan JO n the geng berjayalah hendaknya…ameen

    p/s-nak meniaga, tak perlu pejabat cantik segala bagai, belakang opispun boleh jalan =) terbaik!

  14. Izzuddin Fauzi says:

    Dalam business nie… Pembekal tu aku boleh ibaratkan sebagai Isteri kedua… Pembekal pula tak boleh stuck dengan satu pembekal… 🙂

  15. puanbee says:

    Doorship senang ..

  16. budakfelda says:

    nak buat ni kena cekal lagi waktu nk hantar by pos hehehe..:)
    aku ada pengalaman skit dalam hal nie..:)

  17. Blog Asyraf says:

    Tips perniagaan yang menarik bro..

  18. Blog Asyraf says:

    Pernah terfikir, suatu hari nanti macam nak buat perniagaan online jugak..huhu..

  19. Blog Asyraf says:

    Pasal kena ada akaun tu macam mana eh? masih tak faham..

    • jebengotai says:

      register akaun dgn kurier atau pos laju..lepas tu call diorg utk pickup brg..bila ade akaun sng nk kira2..xyah la nk bg duit time die pickup..huhu

      • Blog Asyraf says:

        Owh, mudah jugak kalau macam ni..terima kasih 🙂

      • irsah says:

        Cuma bro, pengalamn dengan pos nih, kena folo up juga melalui talian. sebab pernah berlaku dalam beberapa bulan yang lepas dokumen penting lewat sampai 6-7 hari. kalau sekali takpe juga, sampai 3-4 kali garu kepala sekejap. perlu pantau. Bagi kurier memang takda masalah, cuma kena banyak survey kerana harga masing2 berlainan. mahal sikit janji kustemer happy.

  20. sop says:

    pastikan bagi perkhidmatan yg terbaik
    pormosi buah mulut paling terbaik..:)

  21. hatiputera says:

    Perniagaan online kalau kena caranya boleh mendapat order secara mendadak dengan tiba-tiba.

  22. wandisini says:

    tips dan idea yang sangat baik. thanks bro

  23. onlajer says:

    memang betul pos laju akan ambil depan pintu

  24. faizfakhirin says:

    dropship perniagaan paling senang, tapi byk risk. tp smua bisnes ada risk.

  25. eiela says:

    setuju bab masa tuh, kena pandai bhgi. saya pun kelam kabut, calendar sentiasa ada kat meja tkt tlepas deadline. baru tau jgk psl pos laju tuh kat sini.

  26. shraqs says:

    Buat bisnes sampingan ni memang bermusim ( ada naik & turun ). Kalau kena time sibuk ngan kerja hakiki pastu bisnes pun kencang, boleh haru biru dibuatnya kalau tak diurus betul2… btw, selamat berjaya ngan bisnes bro.

  27. puteri kasih says:

    tips yang sangat berguna memandangkan dah ramai yang buat perniagaan online 🙂

  28. Mamat says:

    btul2..perniagaan online mmng sangat untung dan senang..
    skrg gunakan fb je dh senang nk dpat sale..

    Adab & Perkara penting semasa melakukan persetubuhan…
    http://www.mamat.my/2012/03/adab-adab-berjima-menurut-islam.html

  29. Shack says:

    kalau kena caranya memang lumayan kerja ecommerce ni..

  30. Kulanzsalleh says:

    idea yang baik.. kalau dipraktikkan dengan cara betul, mesti memberikan hasil yang baik juga..

  31. Nadot says:

    t-shirt untuk pengomen paling tegar ade size 3 ke, 4 ke 5 XL tak? kaalau ade, saye komen tiap2 saat..hohoho

    BEst nye leh niaga on9. try b4 ni kejap, ok je, tp makin malas sbb wat sorg2…hehehe

  32. Izwanyusof says:

    kalau nak mintak poslaju datang tu kena ada company dulu ar ek? registered?.. sebab tempat aku praktikal ni pun,kilang yg memg company la kan. nak post surat memang ada poslaju datang amik sampul tu.

  33. Jaerul says:

    Berminat juga nak buat perniagaan secara online,..

  34. iAwani says:

    bagi saya, strategi marketing paling asas sekali ada spiritual marketing. Boleh tulis buku pasal hal ni untuk explain panjang.

  35. Oh! budu says:

    banyaknye baju. thanks for the tips

  36. Buat fanpage lepas tu jual kat fb pun masyuk bro 😀

  37. dennis says:

    Memang banyak ragamnya. cz memang jual Kain Pasang via online gak huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge