Tips Perniagaan Online : Pengurusan Stok

Sambutan dan jualan Butik M7 ketika ini amat menggalakkan. Walaupun nampak lancar tetapi terdapat beberapa masalah yang boleh dikatakan agak besar berlaku ketika menguruskan perjalanan Butik M7. Salah satu cabaran yang saya hadapi pada ketika ini adalah didalam pengurusan stok. Almaklumlah ilmu perniagaan begitu cetek dan kekangan modal memperlahankan perkembangan perniagaan online ini. Selain perlu pandai menguruskan hal-hal berkaitan keluar masuk pendapatan, pengurusan stok juga amatlah penting. Perniagaan pakaian boleh dikatakan agak rumit berbanding perniagaan yang lain. Manakan tidak, terdapat berbagai-bagai jenis saiz yang perlu disediakan dari saiz S hinggalah ke saiz XXL, jenis rekaan, pakaian lelaki dan perempuan supaya permintaan pelanggan dapat dipenuhi. Saya menyedari risiko ini sebelum terlibat separa serius dalam Butik M7. Walaupun begitu penilaian potensi jualan produk pakaian M7 sangatlah tinggi sehinggalah saya berubah fikiran dan sanggup menyahut cabaran memulakan perniagaan ini. Berbagai tips perniagaan online yang saya dapati. Ianya sedikit sebanyak membantu jualan dan promosi Butik M7.

Tips Perniagaan Online : Microsoft Excel

Tips ini bukanlah diambil daripada sesiapa. Ini adalah eksperimentasi diri dan pengalaman sepanjang saya dan rakan-rakan menguruskan perjalanan Butik M7. Semua sudah tahu perisian Microsoft Excel serta cara penggunaanya. Selain melakukan kira-kira, saya menggunakan perisian ini untuk menguruskan stok dengan lebih lancar. Kita boleh memantau stok, mengemaskini pakaian yang perlu di beli serta jumlah keseluruhan kos dan keuntungan yang kita dapat. Malah kita boleh memantau prestasi jualan secara bulanan menggunakan graf dan petunjuk yang lain. Rugi saya katakan jika penggunaan perisian ini pada tahap minimum sahaja. Kita tidak memerlukan perisian hebat yang kosnya jauh lebih mahal.

Tips Perniagaan Online : Kelemahan

Walaupun begitu, sehingga kini saya masih tidak dapat menghubungkannya dengan database secara online. Rakan-rakan yang lain perlu menghubungi saya untuk memantau stok dan membuat tempahan. Cara sebegini memakan kos tidak sedar kerana menggunakan panggilan telefon dan pesanan ringkas. Ketika ini apa yang saya dapat fikirkan ialah menggunakan Google Doc. Perkongsian fail antara rakan mungkin boleh membantu saya, rakan-rakan malah bakal-bakal dropshippers yang lain. Sehingga kini hanya seorang sahaja yang menjadi agen khas saya. Beliau telah menerima sehelai hoodie M7 Drive sebagai upah mencari pelanggan membeli pakaian di Butik M7.

tips perniagaan online
Aaron Aziz pon pakai woo.. 🙂
tips perniagaan online
bhgian belakang lak..
Jebeng Otaiâ„¢
kain sweater ni mmg best la.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 82 Comments

    1. hatiputera

      cantik sweater tu.

      1. hafizmd

        betullah! nice sweater ni…teringin pulak ambe…hehe

  1. Hairul Hissam

    Ms excell mmg banyak membantu kerja2 mengira. Tapi kalo nak lebih power, kena guna perisian accounting/stok. Cuma duit je la….

    1. jebengotai

      boleh gak bro pki excel..kene pandai connect setiap workbook..ala2 database..cume sgt complicated..huhu

  2. tehr

    selamat maju jaya, bro
    molek juga guna google doc yang percuma tu
    hehe

  3. muazfaris

    wowow, bro ade wat bisnes butik ke, baru tau..

  4. hatiputera

    wahh.ada butik yer.pelan-pelan bro. semoga berjaya dan tabah.

    1. jebengotai

      planning dulu bro..ade rezeki leh bkk satu nt..

  5. Shack

    good job and good luck bro…

  6. Mummy Akmar

    Tahniah Bro.. suka baca pengalaman bro untuk online business ni

    1. jebengotai

      terima kasih..msih dlm pembelajaran 🙂

  7. shraqs

    Bagus tu bro,.. buat perkongsian macam ni. Berguna pada rakan2 yg ingin buat business nanti

    1. jebengotai

      experimrnt jer..nk guna mysql tu mmg ssh la..huhu

    1. jebengotai

      bj ni popular sbb aaron aziz pki 🙂

  8. Bang Iwan

    Saya juga kalau membuat laporan keuangan selalu pakai Ms .Excel

    1. Blog Keperawatan

      Tentunya sahabat-sahabat yang terjun dalam dunia perniagaan secara online tips dalam pengurusan stok ini akan bermanfaat, karena dengan mengetahui akan jumlah stok kita bisa memperkirakan barang yang terjual dan juga barang yang masih belum terjual

  9. Nadot

    bestnye ade bisnes sndiri yg best
    good luck n smoge trus maju eh 🙂

  10. onlajer

    pergh model gangster kl tu hehe

  11. hafizmd

    Excel, kalau pandai guna, mmg byk kelebihannya. Moge terus sukses ye JO walaupun byk rintangan =)

    1. jebengotai

      trus belajar dan belajar lagi.. 🙂

  12. iza

    Assalam..
    Moga terus berjaya..

  13. wandisini

    arini jual stock baju je…lama-lama boleh jadi dealer spare part M7 lak

    1. jebengotai

      mcm tau2 jer..hehe..tp sy lebih minat wilkinshaw dari australia.. 🙂

  14. Shasha Mohamed

    Wow! Aaron Aziz pakai tu! Satu promosi hebat. Patut diwar2kan gambar ni, sales pasti meningkat ni….
    Good luck semoga jebengotai lebih maju dalam biznes M7!

    1. jebengotai

      terima kasih..harap2 sama2 maju dlm bisnes juga.. 🙂

  15. anif

    Optimumkan penggunaan perisian & teknologi yang sedia ada. Baru nampak manfaat teknologi terselindung! 😀

    Semoga berjaya! Amin.

    1. jebengotai

      setuju..kita guna x sampai 100% potensi teknologi..

  16. lewisdotmy

    semoga bisnes bertambah maju

  17. auc dot com

    wah… moga segala usaha akan membuahkan hasil yg berlipat kali ganda

    1. jebengotai

      aah..usaha tangga kejayaan.. 🙂

  18. Mak lagenda

    Good luck beng..moga sukses lg dgn 1 lg cabang perniagaan. Mmg susah nak online biz berkaitan baju2 nih

    Btw, cayaaaaala Aaron ajis jd model baju M&!

    1. jebengotai

      terima kasih..mak x mahu ke order baju M7 utk abang tersyg..hehe..baru smart skit.. 🙂

  19. Leeza dayasari

    mogo misi terlaksana, berjaya dicapai.

  20. Sobri Mansor

    M7, menarik je nih.

  21. puanbee

    good luck dengan bisnes , jarang ada butik untuk pakaian lelaki yang di monopoli oleh org kita … insyallah boleg berjaya tu

    1. jebengotai

      mudah2an puan bee..kalo x cuba mmg x tahu leh smpai mana..hehe

  22. keretahitam

    Suka tengok dan dengar member ada perniagaan sendiri,harap sukses…teringin juga buat bisnes secara maya…ada line ke bro JO?..

    1. jebengotai

      line?..ade2..berminat ker bro 🙂

  23. zool

    best tu meniaga online ..
    semoga bro berjaya..
    sambil berharap dapat baju free…

    1. zool

      Mengurus stok memang penting dalam meniaga ni.. tips baik guna google doc dan excel tu.. saya masih guna buku untuk keluar masuk..

      1. jebengotai

        masih diperingkat percubaan..nmpknya integrasi antara google doc ngn microsoft berjalan lancar..segala rumus masih sama doi google doc..

  24. puteri kasih

    eh aaron aziz jadi model eh 🙂

    good luck JO…semoga terus sukses 🙂

  25. irsah

    One step closer JO…. ur there already..

    1. jebengotai

      kene usaha keras lagi bro..yg pnting jgn putus asa.. 🙂

  26. daddydee

    Tahniah tuan. Semoga terus maju jaya.

  27. zik

    semoga suksess bro…. 🙂

    1. jebengotai

      tq bro.. sama2 sukses selalu.. 🙂

  28. Eizil

    Mantap bro, semoga segalanya berjalan lancar dan perniagaan berkembang maju…

  29. anjangman

    Smart baju nie..semoga berjaya dgn bizness ni J.Otai.Brp harga sehelai..

    1. jebengotai

      bju murah jer..sweater ni mahal skit..hehe

  30. Juadah

    dah lama tak guna excel utk kerja kira2. dulu zaman kerja ofis selalu guna. sekrg agaknya dah lupa.

    Semoga sukses dgn bisnesnya JO

    1. jebengotai

      terima kasih..sy pon masih belajar lagi..hehe

  31. zuan

    menarik! aku minat nk business, tapi smpai skrng xtau business jenis apa nak join in.. thanks for the tips

    1. jebengotai

      kdg2 bisnes ni mmg ikut apa yg kita minat..kalo minat kereta ngn tshirt..biz ni mmg sesuai..

  32. jefry

    pakai maju M7
    mesti comel macam aaron aziz..huhuhu

  33. cik tom

    cantik sweater…berapa harga ek?

    1. jebengotai

      mmg cantik..harga die 250 jer.. 🙂

  34. Hafizul

    Hehe..terbaik la ada model mcm tu..memang seronok kan berniaga nih..dulu masa jaga akaun, pernah juga guna excel ni…hehe..memang terbaik excel bila buat akaun…senang..

  35. akubiomed

    Wah lawalah sweater yang digayakan oleh Aaron Aziz.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.