Banyak juga pengalaman yang saya dapat ketika menjalankan perniagaan butik M7 ini secara online. Sebelum ini, saya agak keberatan untuk meniaga secara maya ini adalah disebabkan salah satu perkara yang pada saya amat penting sekali iaitu pembungkusan. Perkara yang pada saya amat leceh dan perlahan sebelum boleh dihantar ke pejabat pos atau kurier yang lain. Jika tersalah pilih material yang digunakan pastinya pembungkusan produk akan nampak selekeh dan tidak tahan lama. Saya fikir ianya penting kerana walaupun kita menghantar menggunakan sampul prabayar pos laju, tetapi sampul itu tidak dapat memuatkan lebih dari 3 helai baju untuk sampul bersaiz kecil dan lebih 5 baju untuk bersaiz besar. Ia sebenarnya tidak praktikal untuk situasi tertentu. Pembungkusan juga merupakan perkara yang termasuk didalam kos tersembunyi yang jika tidak ambil kisah akan menyebabkan kita kerugian wang ringgit, masa dan tenaga.
Pembungkusan : Mailing Bag
Jika kita sudah kehabisan sampul prabayar bersaiz kecil, kita terpaksa menggunakan sampul bersaiz besar. Ini amat merugikan kerana untuk 500g kebawah cas yang dikenakan adalah sebanyak RM6.00 manakala sampul prabayar bersaiz besar pula adalah RM10.00. Jika untuk seorang pelanggan mungkin tiada masalah, bagaimana pula jika kita perlu membuat penghantaran yang banyak pada satu-satu masa. Belum lagi dicampur dengan kos minyak dan lain-lain kos yang terlibat semasa penghantaran dibuat. Sedar tidak sedar, kita pula yang akan guna duit perbelanjaan harian kita untuk menampung kos tersembunyi seperti ini.
Pembungkusan : Kalis Air
Salah satu kelebihan pembungkusan ini adalah kalis air. Walaupun saya ada alternatif lain menggunakan sampul kertas, tetapi ianya tidak tahan lama dan mungkin akan terkoyak akibat terkena air ataupun benda tajam. Gred plastik yang saya gunakan tidak begitu tebal, tetapi ianya mampu memberi perlindungan dari air, lutcahaya dan paling penting sekali senang untuk disimpan. Kos yang diperlukan juga tidak terlalu mahal iaitu 100 helai berharga RM44.00 termasuk penghantaran. Menggunakan pembungkusan selain sampul prabayar mungkin dapat menggalakkan perkembangan perniagaan secara online kerana ianya rendah kos dan tahan lasak.
Jerung besar menjadi cabaran bro… Tips yang jarang diambil berat. Pastikan diambil kira semasa perancangan. Thks share.
mmg pening gak cabaran jerung besar ni..huhu
jerung besar tu pasar2 raya besar ke apa hehe
A ah…Apemenda jerung besar tu… Haha tak paham..
Mana nak dapat plastik kalis air ni…
jerung besar = dealer besar yg kaya raya..sy ni ikan bilis jer..hehe
betul tu bro..kos tersembunyi paling orang abaikan…
waa berniaga ea……. moga berjaya n terus sukses.
semoga sukses juga.. 🙂
Betul tuh.. kena banyak tahu pasal pembungkusan
online busines nih..
yup..utk elakkan kos berlebihan..
semoga terus sukses dalam bisnes online bro.
harap2 mcm tu la.. 🙂
Hm.. idea baik tu… nanti akan dilaksanakan kelak
sng dan mudah..mmg praktikal.. 🙂
perkara yg harus dititik berat dlm online business..kalau setakat tangkap muat..customer x puas ati ngan packaging…mmg itulah 1st n last..tp kalo packaging cntik.nnt dia leh rekomen pd kawan2 yg lain gk kan 🙂
nampak mcm mudah..tp x semudah yg disangka 🙂
jerung besar tu ape?
konflik chii..dealer besar vs dealer kecik mcm sy..kompem ikan bilis kalah..huhu
owh ok..baru faham term ni..ehhe
Wah. bagus juga tips ni nanti nak guna kalau buat perniagaan online.
mmg kene guna bro..abg poslaju pon suka sbnarnya..hehe
Macamana rupa plastik tu selepas diisi dengan barang dan sedia untuk dipos?
Boleh saya tengok gambar dia?
Terima kasih jebengotai 😉
owh plastik die mcm diatas..sama mcm plastik nationwide..cuma die kosong jer n ade tape utk tutup bungkusan..
aku tak pernah busineess on9.. tapi pernah rasa post baju ni la.. dlu tlng belikan jersi di padang besar…then post kat member.. leceh tul..
mmg leceh..pening gak kepala camne nk bungkusnya..
Bro beli kat mana ya sampul plastik ni? Order online juga ke ya?
kat lelong ade jual yg mcm ni..tp kat fb ade jual gak jenis yg ade pocket..utk letak form pos laju..
berguna kpd saya yg juga menjalankan perniagaan online (ecommerce)..tq
sama2..mmg mudah sbnarnya..hehe
best kalau dapat berniaga online ni
kalo kene gayanya..mmg best bro..hehe
bungkusan yang cantik mempengaruhi pelanggan untuk terus membeli..tahniah Butiq M7. M7 tu stand for ap bro?
entah..mungkin tiada apa2 makna.. 🙂
terima kasih bro berkongsi pengalaman ni
sy pon masih belajar lagi..hehe
semakin heibat menguruskan biz nampaknya beng nih. Kdg2 benda mcm ni mmg diluar perhitungan peniaga.
aah mak..margin untung jualan kecik..so kene amik berat mende2 kecil ni..walaupun kecil..lama2 jadik bukit..rugi2..huhu
Dengan tampilan bungkus barang yang kita pasarkan akan semakin menarik bagi para pembeli dan juga bisa meningkatkan angka penjualan.
Pembungkusan yang baik dan menarik juga bisa jadi trade mark tersendiri bagi suatu produk sahabat
aah..sy pon terfikir utk buat trademark sendiri kat bungkusan plastik tu..hehe
memang menarik la,, bagus gak wat niaga online ni
cuba la..leh jdik dropshipper sy lak..hehe
memang perlu dikira semuanya dalam jualan
tak pasal2 nanti hilang modal
btul tu cikgu..kalo mantap kalkulasi mmg leh dpt untung byk…huhu
teringin nak buat bisness online tp x der produk dengan x berani mencuba.. hehehe
btul bro..kene hati2..kalo x yakin better jgn cuba..tp bila dah ngam..mmg kene pulun habis..hehe
emm pk pun rasa ada jugak ideal mcm saudara sop tu..tapi rasa tak yakin lagi..hehe..takut pun ada..
Pembungkusan dan juga caj perlu kena ambil kira dulu kalau taknak keuntungan dari jualan baju terusik. Peeubahan harga caj oleh courier pun boleh peningkan kepala kita jugak
yela..bila keadaan dh terdesak..mereka akn cas harga tinggi..penah skali sy kene cas rm 30 sekilo walhal satu helai tshirt x sampai pon sekilo..
macam karung plastik untuk simpan soalan akhir semester kat student..mmg thn lasak gamnya pun bukan senang utk tertanggal..
rasanya mmg serupa..tp utk exam tu lebih tebal skit rasanya..
Kadang-kadang terdeku apabila menerima barang yang dipesan secara online apabila melihat cara pembungkusan ambil mudah oleh penjual.
Nasib baiklah barangan yang diterima tidak mengalami masalah.
seronok berniaga…lagi la kalau niaga online.. =D
Dari pembungkusan juga pelanggan dapat menilai sesuatu produk samada dilakukan bersungguh2 atau bergantung pada barang yg dihantar saje.
Kena ambik kira juga kos ni JO. Nnti rugi pula kamu..
btul..pki beg ni leh tahan gak la..30 sen sehelai.. 🙂
Jerung besar???emm biasa la tu bro..persaingan yang meguji tahap kekuatan perniagaan..nanti bila dah ada saingan, mana tahu dapat kenak pasti kelemahan…emm palstik kalis air tu memang kena letak nanti kena ujan tak pasal2 rosak dan rugi..hehe
mmg kedap air..sng nk pki lak tu..
betul. benda ni memang penting maa..
aah bro..hehe
pembungkusan memang penting dalam bisness online kan…good luck JO semoga terus berjaya 🙂
terima kasih 🙂
betul jugak kan tu jebeng otai..
kalau nak post kain songket mcmn pakeging die plak..
leh x gune plastik keras tu..
sebab kain songket sensitif..
boleh..nk ag bgus pki yg ade buble wrap.. 🙂
hebat baju M7 , nak tempat jugak boleh tak?
boleh2..hehe
Insya-allah dengan segala cabaran dan rintangan “jerung besar” pun buleh di jinakkan… berbalik kepada strategi dan tumpuan asal perancangan… dan jangan mudah hilang fokus.. berdoa dan bertawakal setelah kita benar2 berusaha mencari jalan terbaik… insya-Allah akan berjaya…
salah satu cbran getir yg sy hdapi berdepan dgn jerung besar ni..
Sabar bro. J.O.. dulu 1st time sy bisnes jual burger kt tempat sy blajar jual burger bilik ke bilik pun byk cabaran, jerung2 besar jerung kecik pun ada yg mai kcau,siap ada pgadohan lagi dgn jerung2 ni.. Xpa la bro bersabar dan kena buat Plan B or topup skit plan semasa.
huhu..yela..diorg pun nk crik rezeki gak..mungkin rasa mcm x adil modal diorg besar..huhu
Bole x bagi link kat nk beli sampu plastik mcm kat atas tu… Tq 🙂
Salam,
Saya baru buka kedai online, baru2 nak belajar..
kat mana sy boleh beli plastic packaging tu?..
tkasih..