Sebelum ini kita telah berbincang berkenaan dengan salah satu alat penjimat minyak yang terdapat dipasaran dan persoalannya adakah alat ini mampu menjimatkan minyak seperti yang didakwa oleh para pengeluar ? Dari pemerhatian dan pembacaan saya, tiada satu pun alat penjimat minyak dipasaran dapat menjimatkan penggunaan minyak yang telah dikupas didalam entri sebelum ini.

Disini saya ingin berkongsi sedikit tips penjimatan minyak tanpa mengubahsuai enjin kenderaan dan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli perkakasan penjimat minyak :-

Pandu Perlahan ( 90km/j)
Kebanyakkan kenderaan telah direka dan ditetapkan penggunaan minyak pada kadar optimum adalah pada 90km/j. Penggunaan minyak meningkat dengan mendadak jika kita berterusan memecut lebih dari kadar tetapan pada sistem kenderaan. Malah ia juga dapat mengurangkan risiko kemalangan di jalanraya jika kita memandu dengan perlahan.

Tekanan Angin Dalam Tayar
Tekanan angin didalam tayar memainkan peranan yang penting dalam penjimatan minyak. Jika tekanan angin kurang didalam tayar, ia akan meningkatkan daya geseran dan menyebabkan peningkatan penggunaan minyak. Akan tetapi jika terlalu tinggi pula, ia akan menyebabkan tayar tidak mencengkam dan menyebabkan kenderaan mengambil jarak yang jauh untuk diberhentikan. Tekanan yang tinggi juga boleh menyebabkan tayar rosak disebabkan pembentukan benjolan di tayar. Kita perlu mengikut piawaian standard tekanan angin tayar hadapan dan tayar belakang seperti yang tertera didalam manual kenderaan.

Bersihkan Penapis Angin
Pembakaran yang lengkap didalam enjin memerlukan udara sebagai agen pembakaran. Jika laluan dalam sistem pembakaran dihalang oleh habuk, udara tidak dapat masuk kedalam enjin sepenuhnya dan pembakaran menjadi tidak lengkap lalu menghasilkan asap yang banyak. Kuasa enjin menurun tetapi penggunaan minyak meningkat dan jika berterusan kita terpaksa membayar lebih untuk membaiki kenderaan. Terpulang kepada penggunaan kenderaan sama ada membersihkan sendiri penapis angin atau menghantar pusat servis berdekatan.

Memecut Dengan Cermat
Salah satu tips yang boleh dipraktikkan dengan mudah iaitu memecut apabila perlu. Kebiasaannya pemandu termasuk saya sendiri akan memecut ketika lampu isyarat hijau dihidupkan. Tindakan ini boleh meningkatkan penggunaan minyak kerana tetapan elektronik pada suntikan minyak pada gear rendah adalah lebih tinggi dari gear yang lain. Tindakan ini merugikan diri sendiri.

Rim Sport dan Tayar
Cantik dan menarik.Berbagai-bagai rekaan rim sporty yang terdapat dipasaran. Dari saiz 13′ hinggalah 20′. Memang benar penggunaan sport rim boleh menstabilkan kenderaan dan memberi lebih cengkaman berbeza dengan rim standard yang dibekalkan oleh pengeluar kereta akan tetapi daya cengkaman yang tinggi juga boleh meningkatkan penggunaan minyak. Penggunaannya juga tidak perlu dan cukup dengan tayar standard yang ada.

Beban Kenderaan
Mengurankan beban kenderaan juga dapat membantu menjimatkan penggunaan minyak. Barang-barang seperti kasut, baju dan lain-lain yang tidak perlu dan diletakkan didalam kenderaan boleh dikeluarkan untuk mengurangkan bebanan kenderaan.

Kenderaan Kompak
Sebelum memilih kenderaan, kita perlulah mengenalpasti tujuan penggunaan kenderaan tersebut. Selain itu kos-kos yang berkaitan seperti minyak, servis,tayar,bateri dan lain-lain perlulah difikirkan juga. Pemilihan kenderaan kompak ketika membeli kereta mempengaruhi pebelanjaan kita membeli bahanapi untuk kenderaan. Penggunaan minyak kenderaan kompak adalah kurang dan menjimatkan berbanding kenderaan yang mempunyai kapasiti enjin yang lebih besar disebabkan berat dan saiz yang berbeza.

Pengangkutan Awam
Tidak dapat dinafikan penggunaan kenderaan awam lebih menjimatkan berbanding dengan kenderaan persendirian. Kita tidak perlu membayar tol, bahanapi, servis kenderaan, tayar dan lain-lain lagi. Walaupun begitu pilihan ini masih tidak praktikal dinegara kita kerana masih banyak perlu diperbaiki dalam sistem pengangkutan awam. Namun begitu kerajaan bertungkus lumus memikirkan cara sistem pengangkutan awam yang lebih efisien.

JebengOtai™

15 Replies to “Tips Penjimatan Minyak

  1. Jika kenderaan kekal “standard” dan pemanduan adalah seperti yang disyorkan, tentunya penjimatan maksimum boleh diperolehi.

    Namun begitu, ironinya pemilik kereta biasanya sanggup mengorbankan semua itu asalkan kenderaan mereka kelihatan cantik!
    anif recently posted..Bila Hujan Tak Perlu Bayar Tol!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge