E-booster : Alat Penjimat Minyak Canggih

Hubungan tegang Iran-Amerika ketika ini semakin memuncak. Manakala kumpulan Euro pula mengugut untuk mengenakan sekatan ekonomi keatas negara itu walhal Euro sendiri berdepan krisis hutang-hutang ahlinya. Pada ketika entri ini ditulis, harga minyak sudah mencecah $101 setong. Dunia kini kembali mengalami krisis bekalan kenaikkan harga minyak mentah untuk memenuhi keperluan harian penduduk diserata dunia.

Dengan kenaikkan harga minyak ini, sering kali saya terbaca di akhbar berkenaan dengan berbagai-bagai jenis alat penjimat minyak dipasaran kini. Ada yang menggunakan prinsip magnetik, wap minyak, pusaran angin dan berbagai-bagai lagi teori yang dikatakan mampu menjimatkan petrol dan bahan api yang lain. Benarkah alat ini dapat menjimatkan minyak? Pada pendapat saya yang berdasarkan ilmu kimia dan dan elektrikal yang cetek, alat-alat ini tidak memberi kesan terhadap penjimatan penggunaan minyak malah ada diantaranya mungkin menyebabkan kerosakkan yang lebih besar kepada enjin kereta atau kenderaan.

E-booster
Produk ini menggunakan konsep gas hidrogen yang dihasilkan melalui proses elektrolisis air didalam bekas plastik yang diletakkan didalam enjin. Gas hidrogen merupakan salah satu gas yang mudah terbakar dan mempunyai sumber yang banyak di Bumi. Didalam aplikasi ini, gas yang terhasil akan disalurkan ke enjin ketika pendikit minyak dibuka. Gas ini akan bercampur dengan udara untuk membantu pembakaran didalam enjin.

Mengapa ia tidak berkesan ?

  • Gas yang dihasilkan amatlah sedikit.Proses elektrolisis air untuk mengeluarkan hidrogen memerlukan sistem yang lebih efisien dan bukan hanya sekadar 2 plat logam sahaja. Ia perlu melalui berbagai peringkat sebelum dapat digunakan untuk pembakaran.
  • Selain itu, penggunaan ‘spark-plug’  iridium didalam sistem ini boleh menghasilkan air didalam enjin. Didalam silinder enjin, tekanan amatlah tinggi dan bahan iridium ini menjadi pemangkin kepada tindak balas kimia antara Hidrogen dan Oksigen. Air ini akan terperangkap didalam enjin dan akan menghasilkan karat serta menyebabkan kerosakkan besar didalam enjin.
  • Kadangkala kita terlupa mengkaji kelemahan sistem ini. Salah satu diantaranya penghasilan gas yang berbahaya seperti NOx dilepaskan ke alam sekitar. Gas ini terhasil kerana didalam udara sekeliling selain hidrogen dan oksigen terdapat juga gas-gas yang lain dan salah satunya ialah Nitrogen. Gas NOx ini lebih merbahaya daripada CO kerana gas ini boleh menghasilkan hujan asid yang mebawa kerosakkan kepada bangunan, hidupan akuatik akan mati dan sebagainya.

Adalah wajar untuk menggunakan alatan yang diuji oleh SIRIM atau badan-badan yang bertauliah untuk menguji keberkesanan sistem ini. Sehingga kini tiada satu pun alat penjimat minyak yang benar-benar menjimatkan penggunaan minyak.

JebengOtai™
Entri ini hanya untuk perkongsian ilmu dan tiada niat untuk menjejaskan perniagaan atau urusan hidupan seharian sesiapa. 🙂

Sumber bacaan : Popular Mechanics

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 13 Comments

  1. Denaihati

    terima kasih info yg baik n penting.

    1. JebengOtai

      tmbahan info..

      Penjual alat penjimat minyak mendakwa tidak perlu untuk mengubahsuai kenderaan dan ini adalah tidak benar. Hidrogen lebih mudah terbakar 10x berbanding petrol, sistem penyalaan dan pembakaran perlu disetting semula untuk mengelakkan masalah knocking pada enjin.

      Knocking = bahanapi terbakar dulu sebelum pusingan piston menjadi lengkap.

  2. Juan

    aku setuju dengan apa yg ko tuliskan ni

  3. Jebeng Otai

    kdg2 kesian juga kalo kene tipu bulat2 camtu sj.. 🙂

  4. ohcikgu

    hoho..semua jenis kereta boleh kerr??

    1. JebengOtai

      xsume..perlukan sistem nyalaan..cuma dlm iklan die ade tertera enjin diesel..huhu

      aneh juga..

  5. Emmet

    wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! 😀

  6. apaajanews

    macam macam ye…dulu top pasal jet turbo x, sampai kalau dibuang minyak enjin…enjin masih mampu berjalan

    1. JebengOtai

      pergh…dsyt nya..huhu..kalo minyak dibuang bgaimana turbo tu berfungsi..aneh bkn..huhu

  7. abu

    DR Hisham keluarkan produk ini berdasarkan ekperimen dia bertahun, setelah yakin ianya boleh dipasarkan barulah dijualkan. Kalan benda ni tidak selamat sudah tentu akan dihalang penggunaannya. Penulis blog ini pulak menulis berdasarkan pemikiran akal dan logik sahaja tanpa kajian pun, kalau setakat main cakap sahaja dengan ilmu yang sikit, awak adalah salah seorang yang patut digelar ‘ tong kosong’

    1. jebengotai

      ianya bukan logik akal..ia telah diuji oleh EPA US dibawah akta mereka…diuji diatas dynamo dan bukannya testimoni pelanggan..

      oh ya testimoni bukan kajian saintifik ya.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.