Secara jujurnya saya akui bahawa saya amat kagum dengan keberanian negara Iran yang berani menentang komplot Kesatuan Eropah dan Amerika untuk mengenakan ’embargo’ keatas ekonomi negara itu. Salah satu tindakan beraninya pada beberapa hari yang lalu adalah menghentikan sepenuhnya dagangan minyak mentah ke negara England dan Perancis. Secara tidak langsung harga minyak dunia naik secara mendadak kerana lebih 20% keluaran minyak sedunia dihentikan serta merta.

Berbagai laporan dibuat oleh media barat yang mendakwa Tehran berhasrat membina senjata nuklear daripada menggunakan sepenuhnya potensi tenaga tersebut dalam penghasilan elektrik kuasa. Tanpa berbincang lebih lanjut, ugutan demi ugutan diutarakan untuk menyerang dan mengancam keselamatan Iran. Apa yang pasti, tindakan ini tidak membawa faedah dan menyukarkan keadaan semasa di Kesatuan Eropah yang masih bergelumang dengan isu hutang Greece dan anggota-anggotanya yang lain.

Apa yang pasti, Israel takut dengan perkembangan pesat Iran dari segi ekonomi hinggalah teknologi. Menentang menggunakan proksi telah lama digunakan oleh Israel bagi menyekat mereka atau mana-mana negara yang menentangnya. Inilah dinamakan ‘keadilan sejagat‘ yang dikatakan oleh salah seorang tokoh terkenal di negara kita.

Kita tidak mahu sebuah lagi negara Islam di hujani bom dan peluru hanya kerana tidak sependapat atau mengikut telunjuk mereka. OIC perlu memainkan peranannya untuk mebela salah satu anggotanya kerana kebanyakkan sumber minyak berada di negara anggota OIC. Tidak dapat dibayangkan jika mereka semua bersatu menghentikan pengeluaran minyak dunia..

JebengOtai™

Bahan Bacaan lain : Oil-Price.Net

9 Replies to “Minyak Oh Minyak

  1. negara2 arab mmg kaya dengan minyak…rasanya kalau semua bersatu hentikan dagangan minyak ke negara eropah..mmg susah la dorang kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge