Teknologi Ringkas Menjana Pendapatan

Rata-rata masyarakat Malaysia kagum dengan kemajuan dan perkembangan pesat negara Jepun sejak peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Saya akui mereka merupakan masyarakat yang tabah dalam menghadapi segala rintangan didalam kehidupan mereka seperti mana ketika Jepun dilanda tsunami baru-baru ini. Hairan dan kagum bercampur baur kerana mereka tenang menghadapi dugaan yang agak sukar dicari dikalangan masyarakat Malaysia. Entri kali ini bukan menceritakan tentang semangat kental mereka tetapi berkenaan dengan penggunaan sesuatu teknologi untuk menjana pendapatan masyarakat setempat.

Baru-baru ini saya dibawa melawat ke sebuah taman tema yang agak popular di Jepun, Nagashima Resort. Sepanjang hari saya bermain-main permainan di taman tema tersebut sempena rakan sekerja, Nakanishi yang ingin berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu. Setelah puas bermain ‘ White Cyclone ‘ dan ‘ Steel Dragon ‘, saya dan rakan-rakan pergi ke satu tempat pertunjukkan cahaya di Lavana tidak jauh dari Nagashima Resort. Pada awalnya saya berpendapat hanya limpahan cahaya LED dipasang pada hamparan rumput, akan tetapi ia menjadi menarik diiringi dengan alunan muzik yang bertemakan perubahan 4 musim di Jepun. Terpegun sejenak bagaimana mereka boleh terfikir menggunakan teknologi ringkas sahaja dan boleh menarik ribuan pengunjung ke kawasan terpencil tersebut. Apapun jika inisiatif menggunakan teknologi ke tahap optimum, mungkin kita dapat sesuatu yang baru dan manfaat dari penggunaannya.

Gambar di sini.

JebengOtai
kagum2.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 6 Comments

  1. titan

    jepun memang kacak. kagum aku.

  2. chii

    seronoknya dpt peluang ke jepun..
    mcm ict gak eh..cuma bezanya ada di iringi muzik..mesti menarik suasana time tu kan

    1. jebengotai

      mmg serupa..yang vclip tu area yang sync ngn muzik..lebih kurang besar padang bola.. 🙂

  3. akubiomed

    Saya baru sahaja pergi i-city di Shah Alam untuk melihat pokok cahaya LED disana.

    1. JebengOtai

      kalo minat photography boleh jadikkan spot yg seswai utk amik gmbr..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.