Arigato Gozaimasu , Sayonara

Setelah hampir sebulan saya di Jepun, kini saya menanti untuk pulang kembali ke tanah air. Rasa sedih menyelubungi pada hari-hari terakhir kerana banyak kenangan dan pengalaman yang saya dapati di Jepun. Walau apa pun hidup perlu diteruskan dan saya akan menyimpan kenangan ini sebagai khazanah berharga dalam hidup saya. Hidup di perantauan sedikit sebanyak mengubah persepsi saya terhadap orang asing bak kata pepatah ‘ Tak kenal maka tak cinta’ .

Kita tidak boleh membuat sesuatu kesimpulan hanya dari khabar tanpa menyelami intipati sebenar disebalik sesuatu perkhabaran atau isu-isu yang dibangkitkan. Rata-rata rakyat Malaysia mudah mempercayai sesuatu khabar angin yang tidak tentu kesahihannya dan kadang-kala boleh mengundang seribu satu masalah kepada masyarakat yang lain sebagai contoh paling ketara ialah isu Felda yang jatuh bankrap. Saya tidak pasti dimana asasnya perkara ini berlaku kerana hasil sawit semakin lama semakin melambung naik manakan logiknya Felda boleh jatuh bankrap. Tiada satu badan yang mengusahakan pertanian didunia ini yang menyerupai Felda.

Saya akui Felda menaikkan negara Malaysia dalam membina sosio ekonomi masyarakat setempat. Penyenaraian Felda ke Bursa Saham boleh memacu ekonomi negara ketahap yang lebih tinggi. Produk-produk berasaskan minyak sawit ketika ini sangat banyak dijual dan kita sendiri tidak menyedari produk yang digunakan mengandungi minyak sawit yang dituai oleh peneroka-peneroka ini.

JebengOtai™
kadang kala kita perlu membuat kajian terperinci terhadap sesuatu khabar angin yang timbul..ada juga yang benar tetapi ada juga yang jauh menyimpang dari fakta. berhati-hatilah 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 20 Comments

  1. titan

    ko watpe kat jepun? jalan-jalan ker?

    1. JebengOtai

      training bro..company antar stdy kat sana..huhu

  2. chii

    Seronoknya dpt timba ilmu kt jepun..walaupun kejap..chii yakin..byk kenangan kn…

  3. JebengOtai™

    yela..peluang dtg sekali..bkn selalu kita dpt.. 🙂

  4. tehr

    wah, best dapat kursus sampai ke jepun
    kalau nak terus maju mesti terus belajar, kan
    tahniah dan selamat kembali

    1. JebengOtai

      terima kasih..selagi hidup mmg kita kene belajar 🙂 dan jgn putus asa..

  5. akubiomed

    Walaupun kita pengeluar minyak sawit terbesar dunia masih tidak cukup bekalan minyak masak sawit tempatan. Ditempat saya setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli 1 kampit minyak masak sahaja.

    1. JebengOtai

      ayah saya penuai buah sawit..skang ni musim hujan..ssh nk kuar pi kerja..maybe sbb tu kot..lgpun sawit x selalu buah..dia ada season dia.. 🙂

    2. dnoBiz

      rasanya bukan tak cukup kot bro…
      sebab kat tempat aku takde masalah la pulak.. beli boleh ikut suka je..

      1. JebengOtai

        itula..pelik juga kan..kat tmpt sy x pernah pon short supply minyak sawit ni..maybe ade yg sembunyi kot..

    3. nurmisnan

      Biar betul brother 1 kampit saja. Kalau sebtol minyak
      pun tak boleh ker?

      1. JebengOtai

        ssh kan nk memasak..bg yg meniaga pula byk masalahnya.. 🙂

  6. alieza dayasari

    best ak di jepun….
    teringin nak pergi…
    sayonara …. hehehehe

    1. JebengOtai

      best sgt2..walaupun kagum dgn kemodenan diorg..tp lagik best kat Malaysia sendiri..

  7. dnoBiz

    mungkin ada yang saja nak burukan FELDA…
    Ps : sayonara Mataishimasho… 😀

    1. JebengOtai

      yela..FELDA byk beri sumbangan..hairan ada yg x hargai

      p/s: suki 🙂

  8. nurmisnan

    Aku bangga dengan pencapaian FELDA skrg.

    anyways, welcome back brother..

  9. yas

    Waahhh dah lepas kat jepang…syok makanan kt sana bro? Tp kalau sewa apt okeh je kot…bole masak sendiri…tapi jenuh jugak la kann….hehehe

    1. JebengOtai

      Xleh msk bro..apt xdak dpor..diorg suka msuk microwave..huhu

      p/s : diorg wat nsik goreng pki microwave..diorg x reti goreng2 mcm kiter..huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.