Teknologi Hijau

Genap seminggu saya berada di Bandar Omihachiman.Bermacam-macam pengalaman saya dapat semasa saya berada di sini.Dari makanan hinggalah kepada aktiviti sosial penduduk-penduduk negeri “Dewa Perang” ini. Hachiman bermaksud ‘Dewa Perang’ dalam kepercayaan Shinto dan Omi ditambah bagi mengelakkan kekeliruan kerana tulisan kanji bagi Hachiman dengan Yahata di Fukouka adalah sama. Entri kali ini tiada kaitan dengan sejarah bandar ini, akan tetapi penerapan teknologi hijau didalam kehidupan masyarakat setempat disini. Mereka sangat menitik berat hal-hal penjagaan alam sekitar sehinggakan bas transit yang mengangkut penduduk ke tempat-tempat lain akan mematikan enjin sebaik sahaja menunggu di lampu merah. Bagi saya ia adalah sesuatu yang baru yang saya alami.

Omihachiman City

Saya beranggapan pihak berkuasa dan pihak-pihak yang berkenaan telah berjaya mendidik masyarakat setempat bahawa betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Dalam kekaguman melihat semangat mereka, tiba-tiba muncul idea yang agak luar biasa dan saya merasakan ia berpotensi menjana pendapatan. Bagaimana ?

Dengan kenaikkan harga kos arang batu dan gas asli bagi menjana elektrik, kita sepatutnya sudah lama melabur dalam teknologi hijau seperti sistem elektrik yang dijana oleh sel solar.Seperti yang kita tahu,tenaga ini adalah tidak terhad dan jika kita menggunakan tenaga ini sepenuhnya,kita mungkin dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan sebagainya.

Dana Pelaburan Teknologi Hijau
Pelaburan mirip kepada ASB atau pelaburan yang lain, cuma ia digunakan untuk melabur di sektor teknologi hijau.Sebagai contoh, kita boleh memasang modul-modul sel suria di atap-atap rumah di taman perumahan. Jika ia berjaya dipasang keseluruh rumah di satu-satu taman perumahan ,kita dapat menuai kuasa solar dan pada masa yang sama para penduduk disekitar dapat mengurangkan separuh penggunaan elektrik. Lebihan kuasa yang deperolehi pula disalurkan semula ke dalam grid elektrik. Dengan ini ia mampu mengurangkan beban kapasiti janakuasa elektrik TNB pada masa yang sama dengan lebihan elektrik ini kita boleh menjualnya kepada pembekal atau pengguna yang lain.

Keuntungan pelaburan ini terbahagi kepada dua. Pertama, penduduk atau pelabur dapat mengurangkan bil-bil semasa penggunaan elektrik. Secara tidak langsung,kita mempunyai fleksibiti kewangan kerana penjimatan tadi. Kedua pula, penjualan elektrik kepada pengguna lain atau pembekal dapat menampung kos penyelenggaraan dan dibahagi sama rata kepada pelabur-pelabur sebagai hasil pulangan pelaburan. Walau apa pun cadangan ini mungkin boleh diperbaiki untuk kebaikkan kita bersama.

JebengOtai
Idea gila tetapi jika dipakai mungkin boleh menghasilkan sesuatu 🙂

 

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.