Nama gadjet ini hampir menyerupai nama motor ‘jipang’ kepunyaan ayah saya tetapi ianya jauh sekali menyerupai motosikal. Gadget terbaru Sony DSC-RX100 ini merupakan sebuah kamera yang amat unik dan berbeza dari kamera ‘mirrorless’ seperti Fujifilm X1Pro. Ia merupakan kamera kompak ‘high-end’ yang mempunyai kawalan manual (manual mode) sepenuhnya dan beberapa fungsi baru yang mampu menarik perhatian peminat fotografi.
Sensor
Berbeza dengan kamera kompak yang lain, saiz sensornya merupakan yang paling besar diantara semua kamera kompak dan kamera ‘mirrorless’ yang terdapat di pasaran masakini. Sensor yang besar mempunyai kelebihan kerana ia mampu mengurangkan ‘noise’ gambar yang ditangkap kerana walaupun megapiksel besar tetapi jika luas permukaan sensor kecil ia pastinya mempengaruhi kualiti gambar yang dihasilkan.
Manual Mode
Mod ini digunakan untuk memberi peluang kepada pengguna memberi sentuhan kreatif kepada gambar yabg ingin dihasilkan. Dengan kawalan bukaan dedaun lensa (aperture) sehingga F1.8, pastinya dapat menghasilkan efek ‘bokeh’ yang menarik dan mampu menangkap gambar didalam keadaan pencahayaan yang kurang baik. Didalam mod ini juga, pengguna boleh memilih ‘shutter speed’ untuk mengambil gambar objek yang bergerak laju malah mampu menangkap imej percikan bunga api di waktu malam.
Control Ring
Fungsi terbaru daripada Sony ini memang istimewa. ‘Control ring’ ini memberi sensasi kamera DSLR kepada pengguna. Ia boleh ditetapkan sebagai mengawal zoom, ‘aperture’, ‘shutter speed’ dan lain-lain fungsi terbina kamera ini. Berbeza dengan Fujifilm X1-Pro, fungsi ini lebih ‘versatile’ dan sememangnya dapat memudahkan pengguna mengambil gambar tanpa perlu menekan butang kawalan untuk mengawl tetapan yang dikehendaki.
RAW
Berbeza dengan siri kamera kompak konvensional, kebanyakkan gambar disimpan didalam format JPEG. Berbeza dengan DSC-RX100, kamera ini mampu menyimpan gambar didalam format RAW sama seperti Canon G12. Bagi pengguna biasa format ini tidaklah begitu penting, tetapi bagi jurugambar pula format RAW adalah perlu untuk menghasilkan gambar yang cantik setelah di ‘edit’ didalam perisian seperti Photoshop dan sebagainya. Ini kerana format ini menyimpan data 100% sama seperti ketika gambar diambil kerana jika menyimpan dalam format JPEG, kualiti gambar akan berkurangan atau ‘loss’ dan tidak bagus untuk di’edit’ didalam perisian.
Pengganti DSLR?
Untuk dibandingkan secara spesifikasi, adalah tidak adil kamera ini dapat menggantikan DSLR. tetapi oleh kerana saiz dan fungsi mirip kepada DSLR, ia boleh dikatakan mampu menggantikan DSLR didalam situasi tertentu yang memerlukan kamera DSC-RX100 ini beraksi seperti ‘moment’ yang tidak disangka-sangka berlaku didepan mata. Saiznya kecil dan diperbuat daripada aluminium membuatkannya tahan lasak dan mudah untuk dibawa kemana sahaja berbanding dengan DSLR yang turut dilengkapi lensa Carl Zeiss yang begitu sinonim dalam dunia fotografi. Ianya juga sesuai untuk peminat fotografi yang tidak mempunyai budget untuk membeli set DSLR dan lensanya yang agak mahal harganya. Dijangkakan ianya berharga RM 1.5k keatas.
Sumber : Dpreview
dh keluar kat malaysia ker??
rasanya blom ag..berminat ker?? 🙂
malas beli. kamera yang ada ni pun tak terpakai sangat. haha..
owh dh ade kamera x leh wat per la…tp kalo minat apa salahnya..hehe
Aku memang minat bab mcm nih.. .tapi mana lah aku mampu nak beli. ..
Kalau ada rezeki memang takkan lepaskan peluang nak angkat DSLR satu.. .
dslr sentiasa menjadi idaman..
Pakai kamera fon je bro.hehe.tu je yang mampu dulu. 🙂
hehe..yela, cuma kamera hp x leh wat slow shutter dgn control aperture..
kalo utk biasa2 leh la..
rupanya banyak lagi rupanya function2 kamera yang aku tak tahu
mmg byk bro..kene amik kelas bru leh jdik sifoo..hehe
Tu memang tak boleh ubah la bro. hehe.
Kamera ni canggih la bro. Aku suka jenis compact tapi ada lens+setting suma 🙂
sama la…nak beli nikon x berpeluang lagi
btul..rasanya utk peminat tegar fotografi..x yah nk budget tinggi.. 🙂
beli jangan tak beli…
betul2.. 🙂
Heibat gak ciri2 camera ni yeh?
mmg hebat..beza dgn dslr xleh nk ganti2 lens jer..huhu
ha ah rx singgit harga pun lebih kurang sama dgn harga moto itu
tp kalo touch skit2 mahal moto tu..antik 🙂
‘sensasi dslr’ memang itu yang menarik sebenarnya. Walaupun kategori kompak, tetapi feeling semasa menggunakan ‘control ring’ yang menyerupai kamera dslr adalah tarikan buat saya.
btul2..berbeza dgn kamera len yg leh kawal satu function dngn ctrl ring ni..kamera ni leh set 7 function..menarik kan.. 🙂
Macam best jer…. hiiii….
kecik senang bawak. saya ada dslr.. nikon. huuu besar sikit.
kdg2 kalo mls nk bwk dslr leh bawk kamera ni..hehe
1.5 K keatas, lebih kurang DSLR basic la, tapi Sony ni compact ada ring lagi, tu cun tu.
mmg cun bro..spesel skit.. 🙂
kamera nmpk simple tapi cukup klasik..hai kami tgok jer nari sini.sy pakai hp jer bro hee..
x tau ag ni..kalo dh smpi malaysia nk try2 dulu kat sony..hehe
sesuai utk i bawak pi event.. takdelah gabak sangat.. 😉
x cun kalo gedabak sgt..hehe
Hehehe… Orang rajin pegi event silakan beli ya 🙂
btul..leh snap suka suki..hehe
Kamera bagus buat blogger ni! 😀 Cuma harganya tak tentu murah!
aah..harga leh tahan..berbaloi rasanya dgn features yg diberi.. 🙂
Harga kena tau gak………
lom kompem..tp dlm 1.5k keatas..huhu
wahh hebat..tapi takpelag..guna camera tepon je..hehe
hehe..asal leh tangkap gmbr..
ciri – ciri kamera yang menarik, tapi tengok harga…fikir byk kali juga kalau nak beli
jika berkemampuan boleh difikirkan semula.. 🙂
1.5k? tambah sket lg..leh dpt dslr 😀
tp dslr kene bli lens..yg ni x yah..hehe
saya pun join juga contest seo lelaki kacak ni…singgah2 lah blog saya yer 🙂
boleh..apa salahnya.. 🙂
salam bro, ko buat review ni terus aku rasa mcm nak beli, serius bro
nk try apply kat sony la sponsor..mana tau dpt utk hadiah wat kontest ker..hehe
oh selamat membeli belah gadget terkini yer
harap2 leh bli la..hehe
cik tom just guna kamera kat hp je sbb mmg jenis xsuka amik gmbr..hehe
ps: eh blog ni ada adjust theme blog ke?? rasa cik tom singgah kali ni lain… rs lagi wider width blog n xde sidebar… ke perasan cik tom je?? huhu…
Anyway kan best kalau ada fon yang leh catch photo dengan kualiti best 🙂
mmg ssh nk crik tu..hnya sedikit jer yg leh hasilkan foto menarik..
xla..ade yg sy off sidebar..utk view gmbr lebih menarik @ masukkan byk info.. 🙂
mahal juga ni untuk sebuah kamera kompak
memang tak terbeli la aku ni…
sesuai harga dgn prestasi nya.. 🙂
Malaysia Price berapa bro??
x sure..kat rega dalam euro 600..maybe sini 1.5k keatas..
Skrg banyak betul camera compact yg berkeupayaan mcm DSLR. Kecik lagi dan senang nak bawa ke sana ke mari. Lama2 tak laku DSLR 😀
ikut keadaan..kamera ini xder hotshoe..so xleh nk psng flash lak..huhu
wah,, ade org sponsor ke promote kat blog ni.. hahaha.. masyuk!
nk crik sponsor la ni..hehe
mana tau sony nk sponsor ker..mmg best la..
Emm berapa harga ni..macam menarik jer…
xpasti ag jual kat malaysia berapa..anggaran dlm 1.5k keatas.. 🙂
Ada rezeki nnti ingat nak beli juga compact camera yg berciri DSLR. Mudah nak bawa ke mana2. maklum la sya suka berjalan
btul…xperlu nk bwk equipment yg berat2..bwk kamera ni pon dh cukup..
alamak..macam best kamera ni..
dah terbeli nikon lah pulak..nasib2~~
kamera ni nmpak mmg best!
mmg hebat dah terbaik..cuma xder hotshooe..xleh nk pasng evf ngn flash..
sekarang nak cari yang waterproof