Paparan Skrin Lutsinar

Perlumbaan teknologi elektronik terkini semakin menjadi-jadi. Berbanding ketika satu masa dahulu banyak negara ingin menghasilkan senjata dan kelengkapan untuk memusnahkan satu sama lain sehinggalah trend berikut berubah kepada perlumbaan baru siapa yang lebih hebat menghasilkan gadjet berteknologi yang popular dan mendapat sambutan ramai. Setelah Samsung memperkenalkan skrin AMOLED yang efisien tenaga dan memberikan paparan yang menarik, kini Samsung membangunkan paparan skrin lutsinar yang tidak memerlukan pencahayaan latar (backlit) tetapi hanya cahaya biasa untuk menerangi paparan skrin lutsinar ini.

Kelebihan
Salah satu kelebihan utama paparan ini adalah jimat tenaga. Ia tidak memerlukan tenaga untuk pencahayaan latar. Apa yang paling menarik ialah potensi penggunaan skrin ini seperti kedai-kedai, ‘vending machine’, paparan informasi di stesen dan bermacam-macam lagi kegunaan. Berkemungkinan juga ianya akan dipasang di cermin hadapan setiap kenderaan untuk kemudahan navigasi, video call, maklumat terkini kemalangan dan kesesakan yang boleh membantu pemandu membuat keputusan serta merta. Setelah di pamerkan di CES 2012, paparan skrin lutsinar ini mendapat sambutan ramai dan mereka yang menantikan gadjet terkini tidak sabar-sabar untuk menunggu keluaran produk terbaru berasaskan teknologi ini.

Selain itu juga, jika teknologi ini dipasang pada cermin kenderaan pengangkutan awam seperti bas, lrt  dan sebagainya, pasti boleh digunakan untuk memasarkan produk atau penyampaian maklumat terkini dengan hanya melihat tetingkap kenderaan tersebut. Ia memberi kebaikkan dalam sektor pelancongan kerana informasi tempat-tempat menarik dapat dipaparkan secara terus.

paparan skrin lutsinar

Jebeng Otaiâ„¢
bestnya..kalo wat main game ag gempak..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 55 Comments

  1. zool

    Skrin lutsinar ni bagus letak kat pejabat.. senang boss nak monitor pekerja.hehehe

    1. JebengOtai

      haha..ye x ya gak kan..tp bos pon x leh tgk bukan2..hehe

      1. tehr

        haha
        jangan2 bos yang lebih2

        1. onlajer

          tak boleh nak ngular baca mangga nie

        2. faizul

          lepas ni banyak la permintaan nak guna monitor gedabak balik sebab takut boss nampak aktiviti kita dari jauh. 🙂

          1. JebengOtai

            rasanya bos pon nk pki blik gak sbb die pon x leh nk bukak mcm2..hehe

  2. shraqs

    Jimat space utk iklan. 🙂

    1. JebengOtai

      btul..kalo ade interaksi dgn pelanggan gerenti leh lakunya barang yg dijual..

  3. Hafizul

    Wahh makin canggih jer sekarang ni..tak terikut nih..hehe

    1. JebengOtai

      mmg canggih..x tahu la mcmane 2-3 tahun ag..huhu

  4. nurmisnan

    Cool.. memang bestlah Samsung smart nih..
    tengah berangan bila dapat grab satu. har3

  5. aimannajmy

    salam.. first time singgah sini time blogwalking huhu.. samsung berlumba-lumba untuk menjadi penyedia paparan skrin terbaik dunia.. nampaknya future tech yang salu tengok kat filem hollywood bukan lagi lakonan huhu

    1. JebengOtai

      wslm.terima kasih kerana sudi singgah..kbykkan teknologi skng hasil inspirasi org dulu.. 🙂

  6. titan

    tak leh beli lagi. aku sibuk. kang beli, sape nak tengok..

      1. titan

        mana bleh. baik aku bagi ain maisarah..

    1. tehr

      beli je, bro
      tak sempat tengok, bagi kat aku
      haha

      1. titan

        mana boleh bagiii..nanti fatin yayana marahh..

        1. JebengOtai

          tamaknya..mana satu ko pilih ni..ain atu yaya?..hehe

  7. Hairul Hissam

    wah .. ini dah mcm teknologi kat citer dalam movie nie… mmg bagus tu.. jimat elektrik…..

    1. JebengOtai

      hmpir sama mcm cerita iron man.. 🙂

  8. Juan

    serius best giler teknology nih

  9. puanbee

    haiyark .. gambar tk keluar lak ..line tnet buat hal .. nak baca komen dan lihat blog kawan2 tk lepas

    P/s : maaf lepas geram

    1. JebengOtai

      mmg geram la kalo kene mcm puan bee..sabar2

  10. onlajer

    bagus kalau ada kat rumah, boleh pantau anak2 buat apa

    1. JebengOtai

      btul jgakkan..xdernya akses laman web yg x spttnya..

  11. mak lagenda

    Blh plak derang ni pikir dan cipta camni punya produk kan?? Hisy..makin maju teknologi,makin ketinggalan kita2 nih..hu hu hu

    1. JebengOtai

      yela..sbnarnya byk lagik..kdg2 rasa mcm jauh tertinggal pula..

  12. Denaihati

    banyak teknologi dah dapat direalisasikan, dah bukan dlm filem sains fiksyen je.

    1. SuhairiDotCom

      Satu je belum dan tak akan ada. Time jump,time shift dan sewaktu dengannya. Hehehe

      1. JebengOtai

        time jump mmg xpt nye..tp space jump boleh 🙂

  13. yatie awang

    semakin cangih sekarangkan? nak letak kat rumah jugak lah hehee

    1. JebengOtai

      mmg sesuai..nk2 kalo pasang screen saver aquarium..nnt org ingt aquarium btul2.. 🙂

  14. sollehahn

    giler ah samsung nih…macam2 idea…

  15. iza

    Assalam..
    bestnya tengok teknologi ni..
    berkembang pesat.

  16. cik tom

    makin lamamakin cggh..xsmpt nak catch up..

    1. JebengOtai

      yela..lama2 tertinggal rasanya.. 🙂

  17. Mohd Isa

    memang gempak kalau dapat satu ni…

  18. yas

    Kawan aku pi Jepun pernah tgk depa pasang movie kt belakang cermin mpv depa…siot jerrr mmg stylo giler laa…

    1. JebengOtai

      yela..tp nnt kereta belakang lak yg tgk..hehe

  19. arelan

    hohoho…kalau kuar kat market malaysia,ntah mampu ke tak la nak beli.wuuuu

    1. JebengOtai

      huhu..mungkin bila dah smass production jdik murah agaknya.. 🙂

  20. Juadah

    Makin lama maakin maju dunia..dunia ku…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.