Schedule Posts

Hairan juga bagaimana ‘columnis’ atau pengarang majalah tidak kehabisan idea untuk mengisi ruangan didalam suratkhabar atau majalah keluaran mereka. Setelah membaca entri ‘4 Tips Dapatkan Unlimited Idea Untuk Blog’ dari blog Umarfaruq.com ternyata ia bukannya sesuatu yang mustahil untuk menghasilkan satu entri setiap hari. Walaupun begitu, setelah berjaya mendapatan banyak idea untuk entri yang bakal ditulis, timbul pula satu masalah yang lain iaitu bagaimana ingin menguruskan idea dengan baik.

Mengurus idea
Catit dan menulis dengan spontan dapat menjana dan mengembangkan idea. Ada ketika ia seperti membuak-buak di fikiran kita. Apa saja yang terlintas dengan mudahnya jari jemari menaip papan kekunci. Setiap olahan seperti sempurna dan tiada cacat cela. Jika kita mengamalkan catitan ringkas idea yang telah kita fikirkan, pada pendapat saya ia boleh memudahkan kita menulis entri kerana untuk memanggil idea itu semula adalah lebih cepat berbanding memikirkan idea baru.

Schedule Posts
Kita tidak perlulah mengeluarkan kesemua idea atau entri pada hari yang sama. Sebagai penulis , kita berkemungkinan kekeringan idea dan pada satu tahap boleh menjatuhkan semangat untuk terus berkarya. Apa yang saya cadangkan ialah menggunakan fungsi terbina WordPress iaitu ‘Schedule Posts‘. Kita boleh menulis pada hari ini dan memaparkannya pada hari yang lain. Fungsi ini sangat membantu blogger menguruskan blog agar sentiasa ‘update’ dengan entri terkini.

Kebaikkan
Masa adalah emas. Pengurusan masa yang cekap amat penting bagi seseorang blogger yang sibuk dengan tugasan harian, keluarga dan urusan lain. Jika kita menggunakan fungsi ‘Schedule Posts’ tersebut, kita tidak perlu khuatir dan risau sewaktu kita bercuti, outstation dan sebagainya. Ia juga mengurangkan tekanan kita dan dapat memikirkan idea baru yang lebih baik dari sebelumnya. Kelebihan yang lain ialah kita dapat melawat rakan-rakan blogger atau ‘blogwalking’ dengan lebih kerap kerana kita telah pun sedia menyiapkan beberapa entri untuk hari keesokkannya. Kita juga dapat melakukan 5S untuk mengemaskini blog kita samada perlu ‘backup’,mempertingkatkan kelajuan dan lain-lain lagi.

Jebeng Otaiβ„’
you fail to plan, you plan to fail.. πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 62 Comments

  1. Umar Faruq

    Super like this entri!! Memang sangat berguna.. Kalau ada idea susah jugak kalau idea tu berterabur..

    Terima kasih bro. Tunggu entri respon dari aku.. πŸ˜€

    1. JebengOtai

      kene organize dgn baik bru dpt menghasilkn ‘sesuatu’..huhu

      1. cik tom

        cik tom mmg dr awal blogging guna schedule post..kl pi jln2 mana dh siap2 bt entry utk seminggu..hehe…

        cuma awal tahun 2012 ni tahun kemalasan cik tom..so xbyk entry cik tom buat..

      2. Izzuddin Fauzi

        Aku gagal nak apply teknik blogging pelik2… Sebab masa semakin sempit πŸ™

          1. sjiehan

            xreti la nak schadule pos… guna plugin apa?

  2. zuan

    masa tu sumber yang paling susah nak dpt.. πŸ™

    1. JebengOtai

      btul2..masa x kan tunggu kita..so rancang dgn baik..

  3. tehr

    aku masih juga sukar untuk keluarkan satu entri setiap hari
    ada juga harinya terbabas
    huhu

  4. anif

    Pengurusan masa kena tip top, idea perlu konsisten baru boleh berjaya dalam hidup & berblog! πŸ˜€

  5. titan

    aku dah penat nak update macam-macam. haha..

  6. bardboo

    selalunya idea datang masa tengah busy tak sempat nak online..bila dah depan laptop, terus blank..

  7. yas

    Sekarang aku suka buat draft entri pas tu klau dh ok masuk kt schedule post…masa dh jd kurang sikit dh skg bro…

    1. JebengOtai

      sama aa bro…kdg2 x leh nk wat per..kene pikir cara len pula..

  8. hatiputera

    idea tu ada cuma nak olahkan idea tu kadang-kadang jadi berterabur.jadi aku tulis jer apa yang terlintas…hahaha

  9. hafizul

    Ya betul tu..sy pun kadang2 sampai tak tahu nk karang apa..last2 keluarla entri yang tak bermakna dan membosankan..effectnya, traffic makin hari,makin slow..InsyaAllah akan buat Schedule Posts….TQ atas maklumat ni…

    1. JebengOtai

      bile dh wat scheduled post..leh slalu blogwalkig..pastu trafik pon akn naik.. πŸ™‚

  10. SuhairiDotCom

    Selalu aku guna schedule post ni πŸ™‚
    Tapi ade juga miss atas faktor peribadi. Hahaha

    1. JebengOtai

      tu yg x dpt dieelakkan la..tp maybe schedule post leh membantu bila keadaan x diduga..

  11. akubiomed

    Setakat ini jarang sekali buat schedule post kerana tidak berkesempatan tetapi respect dengan bro mempunyai senarai post yang banyak.

    1. JebengOtai

      idea byk..tp nk olahkannya tu ssh gak la..huhu

  12. hafidz

    aku pun tengah belajar kembali dalam pengurusan masa untuk berblogging. maklumlah, semakin lama semakin sibuk dengan urusan peribadi yang lain. fuh~

    1. JebengOtai

      kalo berjaya uruskan mmg best la..kerja pon jln..blogging pon maintain jer..

  13. Kamal Mustafa

    Wah KM suka entri nie. Ilmu yang berguna. KM pun selalu tercari-cari idea bila nak buat post di blog.Terima kasih coz kongsi ilmu.

  14. onlajer

    ntah aku tak pasti sangat ,kadang idea berlambak tapi masa nak buat tu yang tambak

  15. akhiyy

    terbaik la..btul jugak tak pernah terfikir untuk guna schedule post..

  16. Hafizul

    payah tak nak buat Schedule Posts ni?

    1. JebengOtai

      x ssh sgt..setting kat publish immediately @ pilih tarikh bila nk di publish..

  17. Din

    kalau saya…suka tulis blog ikut sedap je..
    kalau baca memang mengarut pun ada gak…
    kadang2 lepas tulis tak baca pun…hehe

  18. ProfHariz

    Aku memang buat cara ni save draft dulu. Kalau nak siapkan terus memang sakit πŸ™‚

    1. JebengOtai

      yela..nak2 kalo entry yg agak heavy..mmg byk kene research..

  19. mrs.yie

    jadual macam tu memang saya tak boleh nak ikut la..apa yg ada dalam kepala saya, saya akan tulis je..lepas tu saya baca semula dan edit apa yg patut.. πŸ˜€ then, publish je la tanpa banyak pikir..

  20. azman

    Idea ni kekadang datang bila kita tak ready.Masa datang tengah naik motorlah,tgh berak pun ada..saya selalu ambik point idea jer…kdg taip terus tanpa yang terlintas.

    1. azman

      *kdg taip terus apa yang terlintas.(pembetulan)

      1. JebengOtai

        sama la bro..slalu dpt time drive @ naik motor..nk catit mmg x leh..

  21. Amirez

    blog aku banyak draf tak siap. entah bila nak siapkan semua draf tu

    1. JebengOtai

      maybe kene fokus kot..kalo dpt fokus kat entri, mmg leh siap nya

  22. Kalau time cuti maybe boleh kawe guna schedule post sbb banyak masa utk menulis. Kalau hari2 biasa ni.. apa yg dapat ajer lah πŸ˜‰

    1. JebengOtai

      kalo dpt prepare seminggunya entry mmg leh cuti lama la..hehe

  23. shraqs

    Ide datang tak kira masa dan tempat. Manfaatkan teknologi yang ada, etc smartphone – guna utk buat note. Itu yang aku amalkan. πŸ™‚

    1. JebengOtai

      btul2..sy tgh cuba2 guna note kat s2..tp mcm ssh la plk..

      advantage hp yg ade qwerty..x semak sngt nk tulis..

  24. Cikgu Hairul

    Saya pernah terbaca satu tips, buat kalendar entry. Bila dah ada draf idea, masuk terus dlm kalendar. Tapi macam memeningkan je.. Hahaha

  25. suri

    bro titan update wet jer tak bosan hee..sambil2 mkn cendol heee

  26. suri

    klu telus ada idea tu bestkan meleju er..tpi klu kering idea mau gak garu kepala berkali2

  27. arelan

    kalau la ada masa yang cukup & larat nak update hari2 memang best.wuuuuu

  28. Juadah

    Utk blog personal sya cukup malas nak update sbb tak tau nak tulis apa. Skrg asyik layan blog makan2 ni aje.

    pst : semoga diberi kekuatan utk sya membahagi masa dgn adil kpd kedua2 blog sya

  29. Mus

    banyak juga dah draft dalam simpanan.. tunggu masa nak publish jer..

  30. alieza dayasari

    Terima kasih… best entri.
    ermmmm leeza nk keja top komentor di blog ni lah.
    heeeeeeee

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.