Semakin berusia semakin banyak asam garam yang ditempuhi dalam menjalani kehidupan seharian. Begitu juga dengan Blogger. Dugaan dan cabaran setiap Blogger adalah berlainan dan unik untuk dihayati. Ada yang dapat kawan, kekasih, adik angkat seperti Ammar dan pengalaman baru yang tidak boleh didapati dalam kehidupan seharian. Malah ada juga yang kehilangan kawan dan sahabat gara-gara berbeza idea dan persefahaman berkenaan dengan sesuatu isu.
Permulaan
Saya amat meminati dunia pembikinan laman web ini. Pada awalnya saya tidak tahu menahu adanya sistem CMS untuk membantu pengurusan laman web dengan lebih cekap. Saya hanya membina laman web menggunakan html sahaja dan rekaan saya tidaklah begitu menarik ketika menggunakan Microsoft Frontpage. Experimentasi pon bermula, saya mempelajari mereka bentuk laman web hanya menggunakan Photoshop dan hanya kandungan statik. Saya menjadi bosan dan hampir berputus asa kerana saya memang gagal dalam ‘design’. Ketika melayari internet saya terjumpa CMS dan barulah saya faham apa kegunaannya. Pada ketika itu Joomla sangat popular, dan terus saya muat turun untuk mempelajari bagaimana menggunakannya. Sedikit demi sedikit saya pelajari dan akhirnya saya menjadikan desktop buruk saya sebagai ‘dummy’ server untuk saya buat ujikaji.
Projek Pertama
Projek Komuniti Bekas Pelajar ini ditubuhkan pada akhir tahun 2004. Pada ketika ini saya menggunakan sistem CMS Joomla untuk membantu pengurusan maklumat ahli. Ia merupakan projek pertama yang tidak begitu berjaya dan hanya mampu bertahan selama 2 tahun sahaja. Saya akui ianya datang dari kesilapan saya kerana membuat projek ini seorang diri dan pada waktu sama mengumpulkan maklumat lebih dari 10,000 pelajar. Projek ini sememangnya amat mustahil dilakukan berseorangan kerana pada ketika itu ramai berminat dengan media sosial seperti Friendster dan Myspace.
Projek Kedua
Setelah lama menyepi dari dunia ‘blogging’. Projek kedua pula berkait dengan Projek Bekas Pelajar juga, cuma saya mengecilkan skop kepada rakan-rakan satu tingkatan sahaja. Kali ini saya menggunakan CMS SocialEngine yang hampir serupa dengan Facebook. Pada mulanya ia berjalan dengan sangat baik, rakan-rakan banyak membantu tapi lama kelamaan masing-masing menjadi sibuk menghadapi peperiksaan dan lain-lain perkara. Projek Kedua terbengkalai juga akhirnya. Ada juga saya menjalankan projek kecil di hosting percuma berkenaan dengan download, mp3 dan sebagainya. Tetapi kekangan ‘firewall’ tempat belajar menghalang saya bergiat aktif.
Projek Ketiga
Kegagalan dari dua projek terdahulu sememangnya tidak menghalang saya bergiat aktif didalam dunia ‘blogging’. Kerjasama antara rakan Bumilangkawi.com untuk membina laman web homestay dan tempahan online sememangnya saya nanti-nantikan kerana ianya mempunyai objektif yang jelas yang dapat membantu saya meletakkannya sebagai ‘target’. Pengalaman baru saya perolehi seperti pemasaran produk di Adwords, integrasi dengan Facebook dan Twitter dan juga berjaya meletakkan Homestay BumiLangkawi di peta Google Map. Bukan sahaja pemasaran berjaya tetapi produk yang disediakan Homestay Bumilangkawi sememangnya sangat selesa dan berbaloi untuk diduduki. Mengikut statistik laman web Bumilangkawi mempunyai ‘bounce rate’ tinggi yang rata-rata tidak ramai blogger yang suka.
Projek Keempat
Merupakan salah seorang rakan yang berminat dengan kejayaan Homestay Bumilangkawi sehingga menjadi bualan dikalangan pemilik homestay di Pulau Lagenda itu. Ia berbeza dengan projek yang lain, projek kali ini tidak akan mengenakan cas atau bayaran kepada pemilik homestay. Penyenaraian dibuat dengan percuma yang sememangnya menentang kaedah konvensional. Pelbagai usaha telah dibuat dan tidak disangka ‘page speed’ untuk LangkawiHomestay.Net lebih tinggi dari JebengOtai.com.
Projek Kelima
Projek terbaru saya di JebengOtai.com. Merupakan cabaran terbesar saya setakat ini. Antara cabaran utama seperti skop penulisan yang sangat meluas, idea yang berterusan dan kritis untuk menarik minat pembaca. Usia JebengOtai.com sudah hampir mencecah sebulan sejak berpindah daripada domain Co.CC. Dugaan mendatang harus ditempuhi dengan memperkayakan ilmu ‘blogging’ dan pada masa yang sama berusaha memberi manfaat kepada yang lain.
mmg byk pengalaman..bkn mudah nk senang.. π
Bila sudah menjadi blogger.. akan tetap jadi blogger! π
yela..sperti dh sebati dlm diri.. π
salam..
page speed YS SLOW tu saya tak lepas
lagi bagaimana nak mendapatkan A
hebat anda boleh lepas keduanya..
sebagai blogger saya memastikan
dapat updated sekurangnya 1 entri
dalam masa 2 hari..kalau lebih tu
bersyukurlah..
Bab Blogwalking terpaksa
saya kurangkan untuk mengurangkan masa
terlalu lama depan komputer..sakit mata
la pulak sekarang nih..adehh!
sbnarnya idea depa mmg hbt..idea dri bumilangkawi dgn langkawihomestay..
depa laju sbb depa wat landing page..mmg laju la.. π
wah… bro byk belajar dari pengalaman…
tak pernah mengenal erti putus asa…
tahniah bro..
bro guru kat langkawi ke?
x la..slalu travel kat sana..hehe
Bro boleh dikatakan hebat kerana bermula dengan Joomla. π
joomla best sbb byk plugin..yg x bestnya terlalu kompleks..hehe
that is your ‘one piece’ bro! π
bru lpas grand line..lom lg dpt one piece.. π
one piece mungkin income yg maintain tiap2 bulan..best2x π
memang banyak pengalaman tu, bro
memang otai
byk lgik yg perlu sy belajar dri rakan2…mmg x mudah tp sy akan cuba..
terima kasih juga kepada rakan2 yg byk membantu menyokong blog ni.. π
Macam2 projek dah buat…mmg pro lah kan bab2 design web ni..pengalaman berharga tu Jebeng..
sy design mmg fail..kalo kita design dari awal mmg kita xder masa utk blogging..skng ni pilih simple2 leh fokus kat blogging.. π
terbaik la..mcm2 projek da dijalankan..pengalaman lalu bnyk mengajar kan…
cerita dan pengalaman yg menarik..all the best ye
pengalaman setup blog dan mcm2 lg…walhal ambik jurusan yg berlainan..huhu
aku tahu..ko boleh. hoho..
boleh mmg boleh..tp kene menuntut ag…hehe π
wah hebatnya…tak sangka ammar ada abg angkat sehebat ni…nnt boleh la jd coach ammar ye..hihi…
x hbat sgt bandingan blogger len..ada yg ag hbat.. π
perhh tidak putus asa telah membuah kan hasil..tahniah!!..prijek 5 tuh semoga berjaya!
tq bro..projek 5 ni mmg ssh..tp akn cuba juga..:-)
fuyooo..terbaiklah…patutlah domain pun jebengotai…hik hik.mcm saya pulak…hanya belajar pasal cms ni basic je..org buat blog sye buat blog..tp sye tak tahu konsep dan etika blogger dgn cara yg betul..
hehe..tu nama jer..x otai mana pun..
tp blog bukitbesi pon hbt juga.. π
semoga berjaya.ternyata anda seorang yg kuat semangat dan tak mudah mengalah..:)
terima kasih kerana menyokong sy.. π
ok tq JO…nama betul siapa nanti nak publish artikel ni dekat blog saya ok…boleh kan
pki nama JebengOtaiβ’ pon ok..hehe
nanti email artikel ke [email protected] ikut syarat k…tq
sy dh emel..xdpt ker??
Phewww…ni dah boleh dikira mcm org lama jgk ni. Bnyk ilmu yg di simpan. Diam2 ubi berisi nmpknya jebeng nih. Patut la nama ‘jebeng Otai’ Huhuhu..
P/s: lately ni, mak slalu dpt kunjungan dan komen dr bro jebeng. So, mak nk ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen di blog mak yg x seberapa tuh yea. Bertambah 1 lagi kawan baru mak..:)
sama..mmg sy lawat hari2 π
p/s: cuma x dan nk bc entri belakang2..ade ms sy bc ya..
as salam bro,
terbaik! nampaknya, bro JO makin maju dalam arena blogging. tahniah! tahniah sekali lagi dgn PR2 yer…
moge terus sukses
terima kasih…bantuan dari rakan2 juga π
1st time mendarat dsini…..hebat2//sehebat nama tu…..
terima kasih..slamat dtg ya.. π
otai ni orang kedah ka?hehe
sy org selatan..hehe
Ooo orang IT jugak la ni…hehe..jebeng oatai baru lagi ke dalam dunia blogging?Nampak gaya macam orang lama dah…
sy bkn org IT..sy Elektronik.. π