5S Dalam Blogging

5S merupakan salah satu metodologi pengurusan produktiviti yang sering digunakan didalam sesebuah organisasi untuk menyelia kawasan kerja dengan tersusun dan yang penting sekali dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja. 5S itu merujuk kepada perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, dan Shitsuke. Ia dinamakan 5S kerana kesemua awalan perkataan tersebut bermula dengan huruf ‘S’. Sebagai seorang blogger kita juga perlu mengamalkan 5S dalam rutin harian ber’blogging’. Ini kerana ia dapat meningkatkan potensi penggunaan blog tersebut.

Seiri (Sort)
Menyisihkan perkara-perkara yang tidak diperlukan seperti gambar, kod, widget,plugin dan sebagainya. Iklan-iklan yang tidak diperlukan juga boleh dibuang. Bahagian komen yang banyak mengandungi spam boleh juga dikemaskinikan. Entri-entri yang telah buat adalah lebih elok jika disusun mengikut kategori yang tertentu. Kemaskini ini adalah penting untuk memudahkan ‘navigasi’ pengunjung didalam blog kita.

Seiton (Stability)
Setiap fail yang diupload disusun mengikut bulan dengan teratur. Secara ‘default’ WordPress mempunyai fungsi ini untuk memudahkan kita melakukan penyusunan fail dan ‘folder’. Bagi yang tiada kaitan pula kita akan asingkan ditempat lain. Apabila sudah teratur, kebaikkannya sudah tentu ketika menjalankan proses ‘backup’. Fail mudah dipilih untuk melakukan proses tersebut. Jika kita ingin menukar ‘hosting’, sudah tentu ianya dapat dilakukan dengan pantas dan mudah.

Seiso (Sweep)
Sapu atau bersihkan blog. Hapuskan semua kod-kod yang tidak diperlukan didalam ‘theme’, penggunaan widget dan plugin yang tidak diperlukan dan lain-lain lagi faktor yang boleh memperlahankan kelajuan ‘loading’ blog. Iklan yang berlebihan juga boleh dikurangkan agar kemas dan teratur. Selain itu juga pangkalan data WordPress haruslah disemak dan sentiasa dalam keadaan yang baik. Melalui Google Webmaster, kita boleh menyemak ‘broken-link’ dan menyelesaikannya satu demi satu. Jika ianya dibiarkan pasti ia akan mengundang masalah kemudian hari.

Seiketsu (Standard)
Piawaian juga amat penting bagi menguruskan blog kita. Contoh seperti penggunaan Smushit untuk mengecilkan saiz gambar dan  meminimumkan penggunaan ruangan web, Cloudflare untuk kawalan bandwidth dan lain-lain lagi. Selain itu juga piawaian dari segi jenis, saiz dan aturan huruf juga penting untuk mengelakkan pengunjung bosan dengan tulisan yang bercampur aduk dan penulisan yang mengelirukan. Jika ianya diamalkan, ia akan menjadi ‘trademark’ atau identiti tersendiri seperti Nizamghazi yang penulisannya agak unik.

Shitsuke (Sustain)
Rutin yang berterusan dari hari ke hari boleh mengurangkan risiko dan masa mengemaskini blog kita. Hasilnya kita boleh tumpukan masa yang berkualiti untuk menghasilkan entri yang bagus. Bukan sahaja dalam blogging, tetapi dalam kehidupan seharian kita tidak akan tergesa-gesa, lemah semanagt dan sebagainya kerana blog kita sentiasa dalam operasi yang terbaik.

Jebeng Otaiâ„¢
budaya kerja orang jepun.. 🙂

Gambar : Google

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 70 Comments

  1. JebengOtai

    hari2 kat kilang kene wat 5s..blog pon kene 5s gak..hehe

    1. JebengOtai

      org kita x suka guna..tp sbnarnya bgus..huhu

      1. Izzuddin Fauzi

        Memang tak sempat nak guna… Apa yang ada tu kira ada la… 🙂

      1. Izzuddin Fauzi

        Tau tak pe SMART – Pakai Thesos 🙂

  2. Aelfi

    graduate jepun dah guna definisi bahasa jepun dalam blogging.hehehe.btw,nice.dah tick note untuk info ni.

    shitake tadak ka?

      1. Izzuddin Fauzi

        Orang tau bahasa jepun – aku tak tahu 🙂

  3. ProfHariz

    Jika kita boleh buat 5s dalam blogging memang hebat ! Hahaha

  4. titan

    aku tak faham. haha.. konsep aku..redah dan cencol. haha..

    1. Aelfi

      cencol tu ayat baru ke?hahahaha.troll.

    2. MDHAFiZ.NET

      konsep ni paling best.. . hahaha. ..

  5. bardboo

    teringin gak nak buat 5S ni di blog…tapi rasa macam dah serik je nak main2 dengan kod semua bagai tu..kang terus blog tak dapat akses balik macam hari tu..huhu…

    1. JebengOtai

      hehe..kalo tkut nk sentuh koding..kite 5s yg len.. 🙂

      1. suri

        suri bgtu..tapi apa2 pun mesti tbyer pd pkar.kita godek nnti salah pulak bagai heee, naik haru nnti

  6. Hmmm.. tafsiran yang menarik dan sesuai bagi 5S blogging. Bolah jadi panduan bagi semua blogger. Well said!

    1. JebengOtai

      olahan dri sy..kalo dpt digunakan bgus la..hehe

  7. shraqs

    Mana2 konsep yang sesuai utk kebaikan boleh diaplikasikan di blog, even 5S. Ingatkan gomen je yang banyak amalkan 5S ni… 🙂

    1. JebengOtai

      kunci utk 5s ni disiplin..kalo leh disiplin rasanya leh wat semua ni..

  8. azman

    Masa aku kerja kat kilang jepun(1995)..benda2 mereka praktik he3…Boleh appy kat blog..or mana2 organisasi pun,yg penting nak buat.

  9. akubiomed

    Hendak cari theme yang ada ciri 5S. 🙂

  10. vanfery

    ye kuasa 5s…semuanya ditangan anda…

  11. iza

    Assalam…
    Pertama kali kenal dengan 5s masa kerja kat kilang SONY 8 tahun lalu. Dan last sekali tengok 5s ni masa tolong hubby kemaskan meja di office nya…
    Bagus juga kalau jadikan amalan harian walau di mana sahaja kita berada.

    1. JebengOtai

      btul2..rumah,kenderaan..mmg kemas dan teratur jer.. 🙂

  12. onlajer

    aku tiap kali masuk kilang jepun mesti safety officer selit tajuk 5s

  13. yas

    Kalau kilang ex Jepun pun biasanya still guna akan4s dan 5s nih…hehehe leh apply gak dlm blog..:)

    1. JebengOtai

      hehe..anggap blog sbgi tmpt kerja..mesti bolehnya..

  14. suri

    salam..
    terus fikiran ligat masa hadiri sesi ISO beberapa thun yg lepas

  15. suri

    setiap blog mesti ada peraturan yang admin tentukan..harp2 apa kurg blh di kemaskini kembali ya.

  16. cik tom

    kat mn2 pn aplikasi 5s..esp. kalau ada geng audit dtg jenguk..hehe

    1. JebengOtai

      ia sbnarnya method shja.utk memudahkan proses kemaskini..

  17. arelan

    saya yang grad jepun & skarang keje company jepun pon tak berapa nak ingat apa itu 5S tapi yang penting,kena amal kan la walaupun tak tau maksud setiap satu tu.hehee

    1. JebengOtai

      hehe..bgus amalkan..nk ‘kemas’ pon ade caranya..hehe

      1. arelan

        aku main bedal je.janji kemas & teratur.hohoh

  18. tehr

    memang seronok kalau blog kita sentiasa dalam keadaan baik

    1. JebengOtai

      yela..nk kuarkan idea pon senang jer.. 🙂

  19. Din

    mmm…memang mantop lah blog kalau camni..
    apa2 pun saya lebih sukakan worpress..sebab kemas dan laju..

    1. JebengOtai

      btul..yg penting ia teratur…snng nk buang mana2 yg patut…

  20. sollehahn

    tak pernah terfikir plak 5S boleh praktik dalam blog…huhu

    1. JebengOtai

      boleh sbnarnya…5s x kira tmpt kerja..kawasan tmpt tinggl pon bleh.. 🙂

  21. Hafizul

    Emm ilmu yang berguna…sy stress giler bila blog tak update..hahaha..ni semua sebab pengurusan masa tak betol la..aduhhh…

  22. Juan

    blog aku ni pon banyak widget, tapi x pasti mana yg nk dibuang, cloudflare ni aku x tahu la nak guna macam mana

    1. JebengOtai

      aku dh x guna cloudflare dah..kdg2 asyik offline jer..kalo dh nk buang widget..gmbr2 ker leh dioptimizekan supaya saiznya kecil.. 🙂

  23. Juadah

    Oh..nampaknya kena muhasabah diri utk menggunakan 5S dlm berblog ni. Barulah ada kemajuan dlm berblog ya dah jebeng

    1. JebengOtai

      5s ni mmg snang utk kita backup file2 yg penting..kalo byk file yg kita x guna mungkin ambil masa..

  24. akhiyy

    oo..ini lah yang dinamakan 5 s..ok2

    1. JebengOtai

      aah..kalo dh bekerja mmg kebykkan amalkan 5s ni..

  25. faiz

    wah..mmg blogger berdisiplin…bley pergi jauh..

  26. puanbee

    banyak nak kena proses blog puanbee tu ..

  27. mak lagenda

    umangaiiii..kena rajen2 la godek2 blog pasni. Kena praktikal 5S tuh.

  28. Mus

    rajin buat 5S..
    1 S lagi jangan lupa.. S = Solat

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.