Bangkang Dari Longkang

Sebut sahaja pelawak hebat seperti Johan RajaLawak, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pasti ramai yang kenal dengan mereka. Gaya bersahaja dan tidak kering idea membuatkan sesiapa sahaja pasti tertawa dengan persembahan yang dibuat oleh mereka. Mereka telah membawa pelbagai watak untuk menjayakan setiap persembahan mereka. Kali ini, mereka telah membawa watak yang luar dari kebiasaan mereka dengan menyentuh keadaan semasa dan sebilangan rakyat di Malaysia melalui Youtube di dalam ‘channel’  ‘Bangkang Dari Longkang‘.

Kecam
Walaupun lawak yang dilakonkan bersifat umum dan tidak menyentuh mana-mana pihak, pelbagai kecaman dihamburkan kepada mereka. Ada diantara penyokong-penyokong tegar sebuah NGO telah membuat ‘fanpage’ untuk memboikot Johan RajaLawak hanya kerana berbeza pendapat dan idea dari mereka. Ada juga yang menuduh mereka menerima duit dari pemerintah untuk membuat video tersebut. Jika ia dilihat dari segi hiburan pastinya ia suatu jenaka biasa, tetapi jika dilihat melalui sudut yang lain pula ada yang terasa hati. Sehingga kini ‘Bangkang dari Longkang‘ telah menghasilkan 4 sketsa untuk di tonton. Jom ‘Like’.

Jebeng Otaiâ„¢

komedi gelap..agak pedas 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 74 Comments

  1. chii

    heheh..jd isu gak video ni kan. x pasal2 johan raja lawak kena kecam oleh sesetengah pihak.

    1. JebengOtai

      yela..kesian gak kat dia..tp ade jugak yg menyokong Bangkang Dari Longkang ni..

    2. MDHAFiZ.NET

      harun salim backik kan umno.. . hehehe.. . memang tak ar.. .

  2. Din

    artis-artis kita patut bfikir dulu sbelum buat video yg mnyentuh org lain..
    tak pasal-pasal ke kecam..kesian…

    1. JebengOtai

      mungkin mereka ada niat nk sedarkan org ramai..reverse psikologi..melakonkan semula apa yg mereka buat..

  3. anif

    Dalam berlawak & sinis ada yang terasa.. Apa pun anggap sahaja ia sebagai hiburan. Buat apa mahu stress sangat! 😀

    1. JebengOtai

      yela..tp series mmg kelakar sketsa diorg ni.. 🙂

  4. Aelfi

    kesian johan,sampai kena boikot dengan orang2 yang taksub nak berpolitik.

    1. JebengOtai

      yela..xpsl2..beza lak kes erykah badu..bermati-matian diorg defend kebebasan berkarya…tp bile kat artis sendiri x lah diorg pertahankan..

  5. Affan Ruslan

    Buat lawak tapi kalau ada masuk sikit isu2 politik dan seangkatan dengannya, memang ada org akan melenting. Kadang2 idea datang secara spontan atau mungkin diorang takde motif tertentu, tapi penonton yang tengok fikir lain.

    1. JebengOtai

      yela..kita x leh nk paksa2 penonton fikir mcm mereka..ade yg ok,ok la..kalo yg x ok, tu yg byk dislike..

  6. akubiomed

    Menarik video dan diselit dengan mesej walaupun dilakon secara lawak.

  7. vanfery

    ini adalah pelawak2 bijak negara kita…
    ini adalah kerja mereka.. “menghibur”
    jadi kan lah ia satu hiburan..pikir mudah..
    just see and enjoy…

  8. Juan

    giler ah video ni punya dislike banyak giler, hehe

  9. onlajer

    kejap aku nak tengok dulu pastu aku pusing kat kepala aku baru aku berani keluarkan fatwanya

  10. azman

    Bagi saya lawak ni..sekadar lawak,tapi jika ada yg ambik serius terserah.

    1. JebengOtai

      yela..sbb ia umum sj..walaupun ade certain part yg leh dikategorikan ade double meaning..huhu

  11. sollehahn

    diorang buat komedi utk hilangkan stress orang, tapi ada plak orang yang stress dgn komedi diorang…hahah…ironik

  12. kepak ayam madu

    johan cakap bos dia sempoi… mungkin sketsa ini arahan dato AC Mizal…

  13. tehr

    lawak sindiran ni kalau kena gaya dan topik
    boleh kekal lama
    macam cara p ramlee tu
    sampai sekarang masih ramai yang suka menontonnya

    1. JebengOtai

      aah la..mungkin dh selalu tgk agaknya.. 🙂

  14. muazfaris

    wah first time tgk .. tapi cam agak tergantung je video ni.. cam tetibe je muncul kat utube.

    1. JebengOtai

      ade ag siri sblumnya..yg ni feveret sy..huhu

  15. mrs.yie

    oleh kerana johan ini begitu popular makanya isu ini boleh timbul..kalau nak kata alasan yg membenci johan ni dek kerana video tersebut menyindir BERSIH baru2 ni,kenapa tidak SALAM PANTAI TIMUR juga di beri kecaman yg sama padahal rancangan salam pantai timur itu dah bertahun2 menyentuh soal politik bagai..kenapa tidak menjadi isu? hehe..saja la diorang tu terasa sangat dengan sketsa yg di lakonkan johan tu..johan kan ramai peminat tak kira bangsa,perbezaaan fahaman politik..ataupun dialog2 dalam video tersebut tak boleh di terima langsung kepada mereka yg terlibat dengan bersih. mungkin terkena atas batang hidung sendiri barangkali..hehe..sebab tu lah marah sangat..haha

    1. JebengOtai

      ye btul..sapa yg makan cili die yg terasa pedasnya.. 🙂

  16. nizamghazi

    Keterbukaan adalah suatu feel yang mesti orang-orang Malaysia gunpakai. Saya tahu ada pro dan kontra. Johan memang lawak tapi sometimes terlebih ;P

  17. hatiputera

    kena lebih open minded,,anggap itu hanya sebagi hiburan.tak perlu peningkan kepala memikirkan pasal isu yang tak jelas…

    1. JebengOtai

      btul bro..utk release tension..xkn nk tgk lawak2 lama..

  18. zool

    itu la..
    sampai lawak camni pun nak dipolitik sampai Johan kena boikot. kesian dia

    1. JebengOtai

      yela..terlalu sempit pemikiran…rasanya lawak berkenaan isu semasa ketika sketsa ini dibuat..

  19. ProfHariz

    Batalkan Hutang Motor Kami. Sempoi ! Hahaha. Gelak aku dengaq bak ang~

    1. JebengOtai

      hehe…ngn hutang kereta skali.. 🙂

  20. Amirez

    kesian pulak cuma Johan je yang dapat nama. pelawak lain tak terkesan pula.

    diorang sebagai pelawak, jadi tak perlu ambik serius sangat pasal ni

    1. JebengOtai

      diorg nk melawak jer..agpon isu yg ringan..endah x endah jer..

  21. azura

    entahlah tak faham akan dunia ini

  22. cik tom

    maybe sebelum buat apa2 lawak perlu pkir sensitiviti mana2 pihak..pe pun jgn cmpr aduk politik dlm lawak..

    1. JebengOtai

      mungkin juga..sbb hal politik..kalo hal agama sy pon ttg habisan2

  23. titan

    la. tak tahu lagi ker. orang kita ni memang sensitifff..

  24. Kawe pun ada jumpa video ni tersebar di FB. Of course, yg makan cili terasa la pedasnya. Cuma, pihak2 yg terasa janganlah terlalu melenting. Kata kebebasan asasi ehhh 😉 Takkan marah. Nanti kena jual.
    Walau apa pun contentnya, celebrity pun ada hak utk side mana-mana parti politik. Bob Lokman dan Aisah misalnya adalah penyokong tegar pakatan pembangkang dan usahlah ada pihak tak puas hati pula. Kita kan demokrasi.
    Yg penting video tu tak gunakan kata2 yg kotor dan lucah dan perkataan yang kasar dan kesat. Mahupun meminta/mengajak org ramai berbuat kejahatan dan melanggar Undang-undang yang ada.

    1. JebengOtai

      mmg setuju bro..sketsa ni mmg umum jer..maybe time die post negara tgh hangat isu demo ni..huhu

  25. Encik Bukit Besi

    sangat saspen tajuk bangkang tu…tak pernah tahu plak pasal ni…isk ketinggalan tul aku…

  26. Hafizul

    yeahhhhh johan terbaik….i like abg johan….hehe

  27. nurmisnan

    terlalu sensitif sgt pun payah juga.. sedangkan
    itu satu gurauan spontan dari mereka.. Penonton
    tak perlu ler ambil serious..

  28. yas

    Berani buat kena la berani tanggung…jgn melenting bila org bising lak udahh….hehehe

  29. arelan

    memang payah la kalau artis dok nak komen benda berkaitan politik ni.kalau sume main ikut je skrip tanpa pikir orang yang menonton,memang kena la bersedia menerima hamburan orang ramai.hmmmm

    1. JebengOtai

      tp rasanya diorg sedar apa yg diorg buat…huhu

  30. puanbee

    boleh tahan kelakar sketsa ni , org yang terasa pun mesti org2 politik je kot , org biasa mcm kita tk de nak terasa apa pun ..

  31. Izzuddin Fauzi

    Hahahaha… Enjoi GELAK! No politikus…

  32. sjiehan

    artis bila masuk politik habis la….

    mmg peminat akan kecam..
    lebih baik neutral~ ehehe

  33. akhiyy

    ouh ini ke video yang menyebabkan rmi org kutuk johan tuh..bru dpt tngk..huhu

  34. segalabenda

    ni lah masalahnya…kata nak jadi macam amerika bebsa bersuara..la ni Johan nak bersuara dengan cara tu..tak tahan pulak depa…apebenda la

    1. JebengOtai

      biasala double standard..die wat boleh..org len wat x leh..huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.