Kadangkala apabila melihat Google Webmaster, kita dapati terlalu banyak ‘error 404’ atau ‘page not found’ direkodkan untuk menjadi rujukan blogger. Jika terlalu banyak ‘error 404’ dilaman sesawang kita pastinya akan menganggu sedikit para pengunjung apabila laman yang ingin dicari tidak dijumpai. Walaupun tiada kesan langsung dengan enjin carian Google, tapi pada pendapat saya ianya seperti pembaziran kerana pengunjung sudah tentu akan meninggalkan laman sesawang kita setelah gagal mendapati hasil carian yang dimahukan. Berbagai-bagai cara untuk meminimumkan masalah ini disamping mengelakkan para pengunjur beredar pergi dari laman sesawang kita. Salah satu cara yang paling mudah ialah dengan mengalih atau ‘redirect 301’ kepada semua ‘error 404’ ke laman utama sesebuah blog. Cara ini paling mudah dan ada yang berpendapat cara ini akan memindahkan ‘link juice’ kepada laman utama kita. ‘Link juice’ merupakan salah satu elemen yang digunakan untuk mengukur PR laman sesawang. Jika kesemua ‘link juice’ itu dialihkan kepada muka hadapan, ianya mungkin membantu menaikkan PR laman sesawang kita. Adakah perkara ini benar?
Error 404 : Duplicate Content
Masalah duplicate content ini kadang kala bukan dari kesilapan kita sendiri. Ada yang tidak disedari dan ada yang disengajakan. Begitu juga dengan cara mengalihkan trafk yang menerima ‘error 404’ ke laman utama sesawang. Jika kesemua keputusan carian ‘error 404’ itu dialihkan, berkemungkinan besar Googlebot akan menerima pautan tersebut sebagai kod 200 atau tiada apa masalah. Lebih memburukkan lagi apabila ‘error 404’ yang berlainan ditujukan kepada laman utama. Masalah ‘duplicate content‘ akan berlaku kerana setiap ‘error 404’ akan mengeluarkan paparan laman utama dan terdedah pula pada patukkan penguin kelak.
Saya telah menggunakan plugin 404 Redirected untuk memantau ‘error 404’ ini. Kaedah yang terbaik ialah dengan memadankan ‘error 404’ dengan ‘page’ yang mirip kepada carian tersebut. Setakat ini beratus-ratus pautan telah direkodkan samada di cari oleh pengunjung atau cubaan mencari kelemahan skrip timthumb untuk cubaan hack. Walaupun tidak 100% automatik, ia sudah memadai untuk meringankan beban menganalisa link untuk dipadankan dengan ‘page’ yang dirasakan sesuai.
kalo ade silap ila betulkn ya.. π
Byk plugin mahu install ehhh… Tapi bukan plugin all-in-one seo sudah ada redirect bagi error 404?
sy xpasti pula..sy cuba install all in one seo..ade tetapan utk paparan error 404..cuma sy x jumpa pula log utk pautan @ carian yg error 404..
erm…betullah tu bro..mmg ade, tp ambe carik2pun tak jumpe tang mana lognye…hihi
Ada di bahagian setting setiap post.
owh..leh test nnt..
kalau error 303 artinya apa yah sahabat, say banyak juga error 303 ini dalam wabmaster toolls saya temukan. Semoga sahabat bisa membantu memberikan pencerahan atas error 303 ini
sy msih mencari2 ag..huhu
Hm.. agak pening juga bila baca hal-hal teknikal ni
yela..tp bila tgk error tu rungsing gak kepala..hehe
HP delete jer secara manual menggunakan google webmaster tool. Masih belum habis lagi.
yups, delete saja
aku pernah buat juga
rasanya dah habis dah dulu
sekarang ni tak tahu la pulak
boleh ke delete? bukan dalam webmaster tu untuk temporary hide je? after certain period akan ada semula error tu..mohon betulkan kalau tersalah info
kalo x silap mmg boleh delete log tersebut dgn menandakan kita dah fix..
tp kalo x fix akan dtg lagik la..
Terima kasih bro JO berkongsi cara2 ni. Ambe kadang2 pening jugak bila melibatkan benda2 camni. Nasib baik ada rakan blogger yg sudi berkongsi tips2 camni. Terbaik!
sy pon masih belajar lagik..hehe
kalau problem ni terjadi kat blog saya memang pening la sebab saya pengguna baru wp.
kalo baru2 ag x pening sgt..bila dh byk entri baru lah rasa sensaranya..hehe
Banyak lagi yang saya tak tahu rupanya….
mmg byk ag error2 yg kita kene tahu..huhu
blog aku ada juga 404 error ni, ada guna plugin redirect tapi masih ada juga
mmg ttp ade..kdg2 berpunca dari wp @ lain2..
Memang kena elakkan benda ni..kalau x..kesian pengunjung yang datang.at least tunjukkan archive website kat page yang error 404 tu..
membantu mereka apa yg mereka carik..
Pernah gna plugin ni.mmg x nengecawakan
btul2..hehe
setakat patukan penguin, gua tak risau lagi. takdenya bernanah. haha..
kita gigit penguin tu balik lak..haha
Memang kena buat sesuatu untuk meminimumkan kesan error 404 ni. Rugi trafik kalau tak diredirect..
yela..biasanya bila kita dpt page 404 ni kita akan terus pangkah jer..huhu
blog sy pun byk jugak page not found..kdg letih gak asyik duk men delete je..huhu
yela..kdg2 leh smpai ratus2..
memang tak pandai la bab ni, nanti kalau terkena kena rujuk sini la..
hehe..kene bookmark tu.. π
tak perasan lak pasal masalah nih….ke den saja buat2 tak perasan…hehe
Sudah buat redirect tetapi sudah tak ingat setting yang dibuat.
memang peninglah tengok macam2 dia masalah yek
Sahabat jebengotai hendak bertanya dalam webmaster tools saya temukan banyak errornya 303…?
Bagaimana cara mengatasinya yah..semoha sahabat berkenan membantu saya terima kasih
sy tidak pasti..jika ade apa2 informasi sy akan beritahu nnt.. π
Terima kasih saya juga sedang mencarinya katanya itu untuk model dalam Handphone tetapi saya juga belum tahu secara pasti.
Terima kasih berkenan membantu mencari tahunya sahabat…
mungkin kod utk browser lama http 1.0 agknya..
memang kena banyak belajar lagi tentang teknikal2 ni
banyak yg tak tahu ni.. mungkin bro leh buat cara2 nak buat redirect ni
kalo nk senang guna plugin..cek log 404 kat google webmaster..copy link dan redirect guna plugin ke page yg relevan..
Bro cuba guna permalink finder pula, bagus juga tu. Nanti saya nak tengok juga plugin 404 redirected ni sebab permalink finder tiada option untuk manual redirect.