Tahniah kepada bro Hairulafiz kerana berjaya mendapat Pagerank 1 atau PR1 bagi blognya baru-baru ini. Ianya bukan mudah dan perlukan masa untuk memperoleh kejayaan manis tersebut. Ibarat menaiki tangga, kita sudah berdiri di tangga pertama. Ada yang mengatakan Pagerank, Alexa dan sebagainya tidak begitu penting. Memang benar ianya tidak memberi impak yang besar pada kehidupan kita. Bagi saya ianya sebagai motivasi, bermain bola sepak didalam padang selama 90 minit jika tiada gol pastinya membosankan. Banyak kelebihannya kita dapat meningkatkan Pagerank laman sesawang kita. Semakin tinggi Pagerank yang kita dapat semakin penting atau popular laman sesawang itu. Pagerank tinggi membolehkan kita menduduki carian utama pada Google. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, sudah tentu ianya memberi impak yang cukup besar dengan kebanjiran trafik yang akan kita terima. Ramai yang risau dan khuatir samada Pagerank akan naik atau jatuh merudum. Pagerank juga dapat memberikan motivasi kepada para blogger.
Tips Meningkatkan Pagerank : Entri Bermanfaat
Entri tutorial, tips ataupun informasi berkaitan sains, agama dan lain-lain bidang boleh membantu meningkatkan Pagerank laman sesawang disamping entri santai yang kita terbitkan. Sekali sekala membuat entri yang mencabar minda, idea dan pendapat juga boleh mnedapat respon yang berbagai bagi banyak pihak. Perkongsian menarik itu apabila dikredit semula kepada kita adalah penyebab PR kita akan berubah naik. Elakkan menyalin semula 100% entri yang kita rasakan menarik. Tidak salah menyalinnya semula tetapi kita perlu meletakkan ‘canonical meta tag’ pada artikel yang ingin diterbitkan.
Tips Meningkatkan Pagerank : Broken Link
Saya tidak berapa pasti dengan ‘broken link’ pada komen juga memberi masalah PR tidak meningkat. Jika terlalu banyak ‘broken link’ pada laman sesawang atau ‘error 404’, GoogleBot akan mengkategorikan laman sesawang kita sebagai laman spam. Terdapat banyak ‘plugin’ percuma seperti ‘Broken Link Checker‘ dan lain-lain lagi. Kelebihan memihak kepada WordPress kerana kita boleh mengesan ‘broken link’ dengan mudah dan cepat. Kadang kala saya memantau ‘Link Exchange’ saya kerana terdapat banyak ‘broken link’ disana disebabkan rakan-rakan sudah tidak aktif blogging ataupun masalah server dan sebagainya.
Tips Meningkatkan Pagerank : Pautan Entri Lama
Meletakkan pautan entri lama pada entri baru dikatakan turut membantu Pagerank kita meningkat. ‘Internal linking’ ini akan menyebakan entri yang kita tulis mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ianya lebih menarik kerana kita mungkin hendak tahu apakah yang diceritakan pada entri yang telah diletakkan pautan. Lebih-lebih lagi jika cerita itu bersiri seperti kisah Titan dan Ain Maisarahnya. Semua orang tertunggu-tunggu kisah menarik yang ingin disampaikan.
Tips Meningkatkan Pagerank : Komen
Rajin-rajinlah meninggalkan komen pada blog atau laman sesawang yang mempunyai Pagerank lebih tinggi dari kita. Tidak ramai blog Pagerank tinggi membenarkan ‘link juice’ mengalir balik kepada blog kita. Blog Otai yang sudi berkongsi meningkatkan Pagerank rakan-rakannya seperti bro Denaihati dan beberapa otai yang lain. Plugin ‘commentluv’ yang digunakan dapat membantu kita meletakkan entri terkini pada blog beliau. Untuk lebih berkesan, komenlah blog yang mempunyai kaitan dengan entri yang kita telah sediakan. Jika blog tersebut menulis entri ‘Harga Minyak Turun’, kita terbitkan entri ‘Harga Minyak Murah’.
Tips Meningkatkan Pagerank : Penulis Jemputan
Saya baru sahaja tahu menjadi penulis jemputan juga secara tidak langsung boleh meningkatkan Pagerank. Ini juga adalah salah satu ‘link back’ kepada laman sesawang kita. Ramai juga rakan blogger telah menjemput penulis jemputan menulis artikel di laman sesawang mereka. Ada juga yang menawarkan wang ringgit bagi entri yang berkualiti yang mampu menarik lebih ramai trafik. Kesemua ini dilakukan dengan konsisten atau berterusan. Semoga segala usaha kita membuahkan hasil dan tidak mudah putus asa dengan segala dugaan.
mmg penting link back ni..huhu
betul tu bro…memang penting…
memang penting, juga untuk penaik ranking di enjin carian.
lg byk backlink lg tinggi % utk naik pr..
pagerank main peranan penting..
harap kali seterusnya boleh naik, masih PR0
usaha tangga kejayaan.. 🙂
saya juga memasang harapan yang sama
aku pening bab pagerank nih. haha..
kdg2 pon terpening jgak bro..hehe
aah pr ni agak memeningkan..kdg2 xtau sgt apa yg diorg tgk..sm dgn seo jgk..
eh, ada update terbaru ka, aku memang memikirkan nak buat penulis jemputan ni kat blog aku nih, ko nak x, hehe
jap nak bagi comment luv ada balik, hehe
boleh juga tu…hehe 🙂
Ramai yang memberi maklumnalas mengenai penulis jemputan dapat membantu menaikkan page rank.
sy rasa ada benarnya..leh dapt back link percuma.. 🙂
PR yang tinggi adalah idaman para blogger
Sebenarnya link yang bagus adalah link yang bersifat one way link atau link kita dipasang diblog orang lain, tetapi kita tidak perlu memasang link orang tersebut.
Ada yang menulis bahwa bertukar link dengan blogger lain (link exchange), sebaiknya yang se-topik dengan blog kita
setuju tu bang iwan..selalu sukar nak dapat link bersifat one way..tetapi kalo dpt mmg untung la..
itu yang mencabar tu, kalau yang blog personal memang senang sebab banyak. kalau blog teknologi, payah juga sebab sikit saja. Yang ada biasanya jarang di update.
Setiap pemilik blog atau pun situs-situs besar sangatlah mendambakan bila situsnya memiliki pagerank yang bagus akan tetapi banyak dari mereka yang tidak tahu bagaimana cara meningkatkan pagerank pada situs-situs mereka.
Moga perkonsian ini dapat menjadi rujukan yang bermanfaat. Terima kasih…
sama2..diharap dapat membantu rakan2..
perkongsian yg baik dan menarik – thanks sbb bekongsi info bro jebeng
sama2..harap leh membantu..
Alhamdulillah HP pun baru jer dinaikkan pangkat ke PR 2. Tahniah juga kepada blogger hairulafiz kerana dapat calit 1 dari google.
tahniah bro..akhirnya membuahkan hasil.. 🙂
tips yang berguna! terima kasih!~
sama2.. 🙂
Google baru update ker page rank baru2 ni? – ketingalan 🙂
google update ranking beberapa hari yang lalu bro azman.
hehe..sy pon bru tahu juga.. 🙂
Terima kasih bro…ini semua adalah tip2 yang diberikan oleh blogger2 otai yang tidak jemu membantu….terima kasih semua…
hairulafis selalulah melawat ke blog rakan blogger dan tinggalkan komen yang berintipati disana. Bagus untuk kebaikan blog jangkamasa panjang.
akan dilaksanakan seperti yang diajarkan…
saling bantu membantu.. 🙂
Tak berapa paham sangat….Heeheheheheh
sy pon paham skit2..hehe
broken link… memang sentiasa dikesan.. huhuhu
terbaik bro..utk elakkan kita dicop spam site lak.. 🙂
tahniah kepada yang naik pangkat. sesiapa yang dah lama blogging tahulah kenapa PR itu penting
btul tu..mmg penting pr ni..
tips yang berguna ni..puteri kekal di PR2…kena usaha untuk naik 🙂
usaha dgn lebih gigih lagi..hehe
begitulah nampaknya..hehe
entri yg bermanfaat tu kadang2 sukar nak uat.
sama la..perlukan masa utk buat entri jenis tu..
AKu tak check lagi pagerank blog aku. Entah jatuh ke? huhuhu
uih…hrap2 naik la bro.. 🙂
tips yang berguna…terima kasih.
sama2..boleh lepas ni naik ke pr yng lebih tinggi.. 🙂
Saya dah kena rejam. Jatuh pangkat hehehehe….Tengah usaha balik.
thank dgn tips yg diberi
nak tanya..apa tu canonical meta tag?
canonical meta tag tu nk bg signal kat bots supaya jgn indeks entry ni..ttp indeks entri yang kita bagi.. 🙂
Kawe ada psg borken link checker dulu.. aduh lembab giler menunggu dia check. Terus tak pakai lagi 😀
yela..kadang2 efek website kita lak..
Info berguna, KM masih pagerank 1. tak bergerak2 laie.
bleh tu bro..ade juga dgr google akan update lebih kerap..
Saya masih lagi PR 1 dari dulu sampai sekarang. Pening juga memikirkan macam mana nak naikkan PR ni.
mungkin bro leh jdik penulis jemputan kat mana2 blog yg pr lebih tinggi.. 🙂
sy pun tgh membuat ujikaji
mari mengkaji.. 🙂
tq for the tips wpun cam susah je sbnrnye… hehe
cuba la..rasanya lama2 x susah dah..
Baru saya perasan. Blog saya telah pun naik PR dari 1/10 kepada 2/10. Yeay! 😎
tahniah bro..leh naik pangkat ag..heheh
tahniah jugak…
jalan2 satt
untuk artikel lain, saya minta tips bagaimana untuk naikkan ranking Alexa pula. Ramai kengkawan tanya saya, tapi saya tak dapat jawap sebab tidak berapa tahu sangat. Thanks bro.
Memang susah juga nak tackle pak google nih…btw dgn usaha2 tertentu insyaallah pasti akan dapat jg yg PR yg diidam2kan….
mmg tips yg bagus!!boleh praktiskan utk pr akan dtg..
pr blog ciktom xberubah2 dr thn lepas..hrp blh meningkt utk akan dtg..huhu
PR blog saya makin merudum akibat kemalasan yang melanda huhu…
thanks untuk tips2 ni…nak install plugin brolen link checker tu la..mesti ada banyak link yang bermasalah..
blog bardboo masih maintain dgn pr2…tapi blog mahligai cinta pula dah dapat pr1..rasa macam pelik pula..padahal jarang sangat2 update blog kedua tu..
Assalam..
Dah lama blog terbiar, entah berapa PR sekarang ni..
ndak boleh dibar lama tu. Ranking jatuh. Alexa juga.
alhamdulilah dapat juga PR1 hehe
Tahniah! Keep up the blogging work.
tahniah berusahalah kita bersama2
Saya masih belum fokuskan PR sebabnya nak konsistenkan menulis entri dahulu. Bagi cantik sikit barulah fikir pasal PR ni.
Almaklumlah, saya bukan reti pun nak tafsir taktik-taktik PR ni.
sangat bermanfaat sekali perkongsian ini. semoga bermanfat untuk semua. terima kasih bro
terbaik bro tips nie..
package lengkap..
JO memang tak lokek ilmukan
pangkat saya dah turun sejak tak berapa aktif blogging
Huhu,. Pr sy tak naik pun lagi,. Sebab kurang aktif berblog kot,. Btw,. Tips yang berguna ni,. 🙂
Terima kasih utk tips seo ne
terima kasih kerana tunjuk ajar. insyaAllah..jika says berkesempatan,memang says ingin jadi penulis jemputan utk blogger lain.
emm suka sebenarnya menjadi penulis jemputan nih..tapi kena bg komitmen yang lebih ler bila karang artikel..huhu..baru ada kualiti…kan2?
ni teknik SEO jugok le ni.
ha?ada kaitan dengan SEO jugak ke?huhu
Tips yang berguna
Terima kasih atas perkongsiannya ini sahabat
Penulis jemputan belum pernah saya lakukan sahabat
Pautan link lama jarang saya lakukan..akan saya coba perbanyak akan tautan lama ini dalam entri terbaru saya nantinya
Broken link bahkan saya tidak lakukan. Langsung mencoba mencari tahu kalau-kalau ada broken link dalam blog saya sahabat..
ooo penulis jemputan boleh menaikkan pagerank pula..kena manfaat kan sebaiknya nih..hehe
terima kasih bro… ilmu yang berguna ni
tips yang berguna..thanks
Nampaknya kena cari penulis terkenal sebagai penulis jemputan di blog saya.
Terima kasih bro…berkongsi info PR ni. Kalau ada contest di blog DH, pasti trafik akan lebih banyak lagi. Lihat saj apada contest iphone 5 gadget impian baru2 ini. Dulu yg saya punya PR1 dan naik jadi PR2. Ini salah satu cara nak meningkat PR dengan menyertai contest yang top.
Kena scan ni broken link, takut2 nanto terlalu byk sangat yg berselindung di blog kita. Ini akan melambatkan proses meningkatkan PR kita.
Terima kasih di atas perkongsian tips …. semoga diberkati… Aamiin….
Terima kasih di atas perkongsi ilmu bermanfaat ini… dapatlah saya belajar cara nak tingkatkan PR untuk blog saya yang masih baru ni…. Terima kasih banyak-banyak tuan….