Baru sudah kebah dari demam sejak beberapa hari yang lalu. Gara-gara meredah hujan lebat kerana ingin pulang ke rumah dengan cepat. Cuaca disangkakan panas ke petang tetapi hujan pula akhirnya. Tetapi ada juga di Malaysia yang menghadapi krisis air. Pelik tetapi benar. Krisis air Selangor mendapat liputan meluas. Sudah menjadi kebiasaan kedua-dua pihak kerajaan mahupun pembangkang menghamburkan tuduhan yang entah betul entahkan tidak. Sehinggakan ada Exco negeri mengambil gambar berdekatan dengan salah sebuah empangan di Selangor menunjukkan paras air di empangan adalah pada tahap maksima dan menggesa Syabas menghentikan spekulasi Selangor menghadapi krisis air. Adakah ini isu yang sebenarnya?
Krisis Air Selangor : Isu Sebenar
Walaupun Exco tersebut mengambil gambar berdekatan dengan empangan, belum tentu beliau mampu atau boleh minum terus air tadahan tersebut. Isu sebenar ialah bekalan air bersih yang terawat. Bekalan air mentah Selangor sudah mencukupi tetapi permintaan bekalan air terawat semakin tinggi. Faktor-faktor pertambahan penduduk, perkembangan perindustrian dan lain-lain menyebabkan permintaan air bersih ini meningkat. Kapasiti loji rawatan telah mencapai tahap maksima dan mungkin akan berlaku lebihan bebanan lalu menyebabkan terputusnya bekalan air di sekitar Selangor. Ringkasnya air terawat tidak dapat memenuhi kolam tadahan dikawasan setempat. Ianya pasti menimbulkan masalah apabila waktu puncak penggunaan air. Masalah seperti tekanan rendah, tiada air dan lain-lain tidak dapat dielakkan.
Krisis Air Selangor : Salah Siapa?
Pencemaran sungai-sungai yang keterlaluan pada saya adalah faktor utama kenapa krisis air Selangor ini berlaku. Loji-loji rawatan terpaksa bekerja keras untuk membersihkan dan merawat air dari sungai sebelum di simpan didalam kolam takungan. Ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum dapat disalurkan kepada pengguna. Semuanya ini adalah disebabkan salah manusia itu sendiri. Tuntutan agama menjaga kebersihan dan kesejahteraan alam sekitar seperti tidak diambil berat dan perlu diubah sebelum ianya menjadi lebih teruk.
Gambar : Semaremas
sabar bro.. puasa-puasa pun kena dikuatkan kudrat menadah air, demi sebuah kehidupan.
yela..kalo x der air mmg ssh jugak nk lakukan aktiviti harian..
Apa khabar ya tauke2 carwash dekat selangor
aiya manyak susah oo..hehe
Sya pun duduk kat Selangor. Tapi sib baik bangunan kediaman kami ni xde lagi masalah berkaitan air.
syukur lah..kalo duduk apartment mmg kene turun naik la amik air..
kena berwaspada lah..haaha
kene tadah air..hehe
Mana-mana tempat pun rasanya menghadapi masalah serupa.. sumber air mentah memang banyak tapi air terawat kurang maka akan timbullah krisis bekalan..
btul..ttp perkara ini telah dijangkakan beberapa tahun sebelum ini..kesilapan melengah2 kan loji rawatan air sungai pahang pun faktor2 juga..
Nampaknya, makin panjanglah isu ni. Kerajaan Persekutuan tak kasi Selangor ambil alih Syabas.
Harap isu ni cepat2 selesai demi kesejahteraan rakyat.
lebih ramai yg sengsara nnt..
selalu pastikan ada stok air dirumah..hehe
kalo rumah dulu2 ada kolah buatan sendiri..huhu
Rumah bandar stock yang ada dekat tangki je, kalau stock air kotak milo untuk anak2 memang lah ada hehe
hehe..kalo air kotak milo leh ilang haus jer..hehe
krisis air di selangor sudah semakin panas.. harap pihak pihak yang berkenaan dapat membuang ego masing masing demi kepentingan rakyat.. susah ooo kalau air takde huhu 🙂
semua urusan terganggu..
Aku bila balik selangor mesti pikir air selalu takda.. huhuhu
nk wat mcmane..msing2 xnk mengalah..hehe
masa tgk berita hari tu. rasanya terkejut sgt,hmmm
spttnya x berlaku..ttp mungkin salah percaturan..
blue print perlu dilaksanakan atasi krisis ini,agenda politik ketepikan utk kesejahteraan rakyat,saya yakin semua tmpt di malaysia ada masalah ini lagilah di kawasan bandar yg mempunyai ramai bilangan penduduk.
btul..kawasan yg padat dgn penduduk dan tumpuan industri..mmg memerlukan air bersih terawat ni..
Risau gile dgr berite pasal ni. Jangan la terjadi. Hope dapatlah pihak2 bertanggungjawab buat something psl bende ni.. huhu
cara terbaik kene bina loji baru..tp tu pon siap dlm masa beberapa tahun ag..
tapi kenapa pihak yg itu tak nak?
kerajaan negeri menuduh syabas x cekap..tp syabas dah kemukakan cdgn ketika mesyuarat ttp x dilayan..
tuding menuding seperti biasa..
Ntah apa sebenarnya krisis derang ni…hope dpt selesaikan dgn segera…utamakan kepentingan rakyat dulu.
btul..tkut pelabur lari juga sbb mslh x dak air ni..
Hairan, kenapa susah sgt permintaan Syabas sukar utk dipenuhi kerajaan negeri.
ntah la..nk berjimat x kene tempatnya..
Takde air mmg satu benda yg sgt2 menyusahkan. Biar xde api,jgn xde air. Boleh buat org hangen woooo
mmg hangin tu..x mandi sehari pon dh rasa x selesa..kalo x der api leh tahan lagik..
setujulah…takde air…semua naik hangin nanti…hohoho
Masa saya duduk Shah Alam (1994-2000)krisis air akan berlaku memang dah diwarkan lama dah,jadi sekarang baru rasa kesan nya….Shah Alam memang pesat membangun jadi kemungkinan juga air semakin berkurangan.
kajian dah dibuat..ttp dikatakan sejak pertukaran kerajaan negeri..projek utk loji air baru ditangguhkan..x pasti pula kenapa..
Biasalaha tu. Lagipun, rasanya byk projek kena tebas dan review balik bila berganti PM baru.
Agaknya begitulah jugak yg berlaku dalam isu ni…huuuh
gohead gostan jer..hehe
nak dekat pilihan raya ni. isu keperluan manusia pun boleh dipolitikan. masing-masing bukan nak cari jalan penyelesaian terbaik, tapi masing-masing cuba menjadi ‘hero’ di mata rakyat
Politik punya pasal 🙂
yela..kalo sepakat mende ni dh lama selesai dah..
Teringat zaman budak2 dulu letak tempayan,besan baldi dekat tepi jalan tunggu tanker air , sampai penduduk kg ugut pak lurah cakap nak tukar parti cap kepala paip, sekarang air paip dah ada cuma tekanan dia je sekejap ada sekejap takde macam biskut jadinya
samala..kene dok tunggu tepi jalan..huhu
terima kasih atas info ni..baru saya tahu krisis air ni sebenarnya melibatkan air yang terawat..
aah..ramai gak yg konpius mslh air musim2 hujan ni..
harap2 isu air nie cepat diselesaikan la sblum masalah ni semakin parah…
btul bro..menganggu urusan harian..
kalau kami rakyat kelantan ke air ni dah biasa sangat.
Mungkin kat selangor ni lain caranya. Apapun dari pengamatan saya, loji ke-Dua mungkin perlu dan mungkin tidak.Tapi untuk naiktaraf kolam sediaada mungkin perlu bagi menambung jumlah permintaaan yang meningkat.
bina kolam dan loji pada masa yg sama..kalo kolam jer tkut kosong x der air nnt..
Aku rasa kesedaran masyarakat tentang kebersihan dan penjagaan sg perlu la dititik beratkan..kekurangan air mungkin berpunca daripada penerokaan dan ketidak tanggungjawaban msyrkat kita pada sumber air..
Setuju. Apa yg Allah sebut tentang kerosakan akibat tgn2 manusia makin menjadi2.
kene amik iktibar..dh lah kene keluarkan belanja besar..
Katanya kerajaan negeri ingin ambil alih SYABAS, kalau betul, harap-2 kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah ini.
Sekarang ini masih berlaku ka masalah ini? maklum la dah 2 3 hari tak tengok berita hehe.
aah..kerajaan negeri kata syabas x cekap..
Saya pernah buat lawatan di beberapa logi air di selangor beberapa tahun lepas. Sebenarnya isu ini tak patut timbul. Ini kerana SYABAS mempunyai logi pembersihan air terbaik di Asia seperti yang didakwanya semasa lawatan tersebut. Oleh kerana ketidakcekapan pengoperasi logi (SYABAS dan PUNCAKNIAGA) maka ia patut diberikan kepada pihak yang lebih layak. Jangan biarkan ia terus bermasalah kerana logi2 tersebut adalah hakmilik kerajaan negeri. SYABAS sebagai operator mestilah bertindak menyelenggara dengan penuh amanah.
loji mmg terbaik..ttp xdpt tampung kapasiti pengguna.. kita dengar MB Khalid kata syabas x cekap..tp apa kata syabas pula..
Saya sendiri berharap isu ni tak berlarutan , sy kan tinggal di selangor , pernah tak ada air 2 hari cukup memeritkan ..
letih jugak tu..kdg2 lori smpi lewat malam..huhu
Masalah ni sudah selesai ka belum ya? tadi tengok tv3 macam dah selesai..tak pasti lah..
TPM suruh buat jugak loji baru supply air dri sungai pahang..harap dh selesai kot..huhu
Owh,harap-2 begitu..hehe..
entah lah harap settle la cepat masalah nih…jangan nak raya nanti nak catu2 air pulak susah lah rakyat kan…
* insyallah esok PM post kan hadiah tuh…busy sikit lately…sori yer..;)
x meriah la raya xder air..hehe
p/s: orait 🙂
ni yg susah bila semua perkara dipolitikkan..nanti yg menjadi mangsa..rakyat jelata gak..harap2 segalanya akan berakhir dgn cepat
yela..isu air tu pttnya dh xyah nk politik,buat jer utk kepentingan rakyat..
aku rasa bro, benda ni terlalu dipolitikkan, bagi aku buat jer la cepat logi rawatan yg baru, kenapa nak dok ulang air sungai dengan empanyan tu, kalau dah buat kan senang, ada backup
btul bro..tp sbb nk jimat x bertempat tu yg dok pi cancel tu..huuhu
oo macam tu citer nya..orang engineer memang handal la..
kita org kampung tak berapa nak paham
hehe..masalh x der air bersih jer..
Isu masalah permintaan rawatan air satu hal yang membazir air pun perlu ambil kira.
Selalu perhatikan ketika ambil whudu untuk solat Jumaat mahu sahaja tegur kecilkan air.
btl..kdg2 salah kita sendiri masalah permintaan ini tinggi..
puteri try klik reply kat komen atas..tapi asyik gi google je..nape eh?
yeke?..nnt sy cuba check..
sy dh check dh..sori2..dh leh komen seperti biasa..
Yang sana cakap sini.. dan disini cakap sana..? Sememangnya jika diberi penerangan macam bro nih ada bukti asasnya. memang terbaik. cuma agak terkilan, media massa kita pun mengambil kesempatan dengan berbagai spekulasi dan bahan rencana. ingatkan politik sahaja.
yela..pttnya sama2 mencari penyelesaian..
Tu la.media massa ambil kesempatan dalam kesempitan ekeke.
Jangan krisis air lagi.. jangan…
ye..jgn..hehe
Gajah sama gajah berperang, pelanduk mati ditengah.
pepatah yg sesuai.. 🙂
air yang tercemar menyebabkan kos merawat air lebih tinggi
btul..memerlukan masa nk proses jgak..sdangkan ramai yg nk guna..
Hmm.. nampaknya ada exco macam tak buat research apa nak ditunjukkan. Macam dah termalu sendiri pulak rasanya.
Tapi tang kebersihan tu mmg saya pun setuju sangatlah. Inikan lumrah manusia kat Msia ni masih tak ramai orang yang nak jaga kebersihan, sungai terutamanya.
kalo exco tu msuk kedalam tangki agihan utk cek air mmg respek la..huhu
exco nak masuk periksa air? takde maknanya. Paling tidak pun diorang akan bagitau ‘maklumat adalah hasil daripada sumber yang boleh dipercayai’. Itu ajelah.
Mungkin juga exco tu tidak ada orang kanan yang faham benda-benda begini.
btul juga..terlalu percaya kat org sekeliling die pon x leh gak..
so far, aku hidup aman damai di banting dan selangor.
area2 kritikal jer kot..huhu
Jadi, area mana yang kritikal eh? maklum la, aku bukan tinggal di selangor..hehee..
yg mempunyai kepadatan penduduk tinggi..leh refer twitter syabas @ web syabas utk info..huhu
harap2 kakak saya katselangor tu ok la hendaknya
mungkin dua tahun ag bru kritikal kalo x amik tindakan sekarang..sbb loji tu bkn hari ni buat hari ni siap..huhu
xleh makan cendol selangor dah titan! hahaha
Krisis air juga terjadi di daerah saya juga sahabat
Ternyata juga di selangor hal tak jauh berbeda terjadi juga. Khususnya adalah krisis air
Bagaimana ia boleh berlaku sahabat? 🙂
memang masalah bila benda camni pon dipolitikkan.hmmm
isu air ni mmg penting..trus buat jer x yah nk politik sgt
bila ade campur tgn politik,habisla….rakyatmangsaaa
btul..pttnya bekerjasama membantu rakyat..isu air ni penting..
Harap krisis air ini dapat jalan penyelesaian segera. Jangan rakyat terheret dengan masalah lagi.Tekanan air di rumahku dah semakin mengecil dan makin halus…aduh..
pergh..kene start wat tadahan tu bro..
boleh ke kita kata…
gajah sama gajah berjuang
pelanduk mati kat tengah2
huhu
rakyat(pelanduk) yg tersepit akhirnya..btul ker cikgu?
apakah ambe ni bakal pelanduk itu???huhuu
mujur x dok selangor dah…. dok lepak kat kampung!! hahaha
yeke?..hehe
tenang dan damai jer kan..hahaha
kerajaan selangor halang bina loji baru untuk mengelakkan kenaikan tarif air, manakala kerajaan pusat dan syabas ingin bina loji baru untuk penambahbaikan… kedua2 nya untuk kepentingan rakyat selangor..
btul2 dua2 membela rakyat..tp mana satu yg pling utama..kalo bil murah air takda pun x ok gak..
pilihan utama ialah air ada dan bil murah lah.. diharap syabas dan kerajaan pusat jgnlah sabotaj rakyat selangor dengan mengurangkan presure air, bil kenalah murah pasal sumber air yang kite dapat pun asalnya Allah beri percuma..
Diharap selepas loji baru dibina tiadalah kenaikan tarif air dan rakyat selangor bole menikmati 20meterpadu air percuma seperti sekarang…..
mmg semuanya Allah bg percuma..dan manusia lah punca kerosakkan..kita yg salah sbb cemarkan alam sekitar..
kita juga terpaksa menangung kos rawatan air tersebut..tiada istilah sabotaj rasanya..kerajaan dah peruntukkan 600 juta utk mitigasi krisis air selangor..300 juta kerajaan selangor dah ambil baik pulih..cuma loji rawatan jer die x mo buat..
oh ya 30% saham syabas milik kerajaan negeri..
kekadang rasa nak maki kuat2 jer dengan masalah air ni kan…kalau elektrik tak ada tak apa lagi…hahahaha
mmg penting..mmg hangin gak kalo x dak..huhu
apa2 pun air memang penting utk kehidupan seharian…