Sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Syukur kerana diberi kesempatan sehingga ke hari ini. Rasa letih juga ketika di bulan puasa ini. Letih bukannya sebab lapar dan dahaga, tetapi letih kerana perlu untuk menjaga pahala kita supaya tidak berkurangan. Ia memang sukar dan menguji diri. Siapa pun tidak mahu penat berpuasa tetapi kurang pahala puasa atau terus tidak dapat ganjaran pahala. Sayang sekali kerana ia mungkin Ramadhan terakhir kita. Berblogging boleh mengisi masa terluang sebelum berbuka. Jika ia memberi 1000 manfaat pastinya dapat balasan yang baik. Tetapi ada dalam sedar atau tidak, kita mendapat dosa melalui dunia ‘online’.

Kurang Pahala Puasa

Kurang Pahala Puasa : Komen Kesat

Selalu juga saya membaca entri dan artikel dari banyak sumber berita politik,hiburan dan bermacam-macam lagi. Disusuli pula setiap entri tersebut menyediakan ruangan untuk pengunjung memberikan komen. Sedih juga tidak kira bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain, komen berbentuk cacian,makian tetap juga ditulis. Saya tidak pasti mengapa ianya berlaku. Tidak salah berbeza pendapat, dari pendapat yang berlainan kita boleh berkongsi idea. Idea yang dihimpunkan pasti boleh menjana sesuatu yang baik.

Kurang Pahala Puasa : Status FB dan Tweet

Saya tidaklah arif memberi hukum malah tidak layak menghukum sesiapa pun atas apa kesalahan disisi agama yang dilakukan sesetengah orang. Tidak salah meletakkan status yang bermanfaat di Facebook, tetapi jika hingga ketahap menyakitkan hati orang lain ia tidaklah wajar. Apa salahnya jika dikongsi entri menarik seperti kisah teladan, tafsir dan hadis malah sejarah Islam boleh disampaikan menerusi Facebook. Jika rakan-rakan turut sama berkongsi pastinya ilmu itu dapat disebarkan dengan berkesan.

Kurang Pahala Puasa : Gambar

Penggunaan gambar sebagai avatar adalah hak masing-masing. Seelok-eloknya gambar yang elok, sopan dan yang menutup aurat. Walaupun gambar yang digunakan ialah gambar orang lain ia tetap menjadi tanggungjawab kita selagi ianya menjadi tatapan orang lain di dunia maya. Agak menakutkan juga jika gambar yang kita muat naik digunakan orang lain untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Harus juga ingat mengingati sesama rakan jika terdapat gambar yang agak ‘kurang sopan’ di muat naik.

Kurang Pahala Puasa : Melakukan Kerosakkan

Menyerang, mengodam dan sebagainya saya kategorikan sebagai melakukan kerosakkan. Rasanya tuan empunya blog tidak pernah melakukan kesalahan kepada pengodam tersebut. Mungkin juga ingin mencuba sesuatu yang baru menyebabkan blog Cikgu Hairul pula yang jadi mangsa baru-baru ini didalam bulan puasa. Tidak patutlah penat payah orang lain membina laman sesawang atau blog digodam sebegitu rupa. Geram juga melihat kelakuan mereka tetapi apakan daya mungkin mereka hebat didalam bidang mereka. Apa pun kita doakan mereka akan sedar dengan apa yang mereka lakukan tidak membawa kebaikkan.

Jebeng Otaiβ„’
sama2 ingt mengingati.. πŸ™‚