PROTON : Apa kata anda?

Beberapa bulan yang lepas Proton telah berjaya melancarkan kereta keluaran terbarunya Proton Preve. Ia dikatakan mempunyai sistem keselamatan, kawalan pemanduan serta kuasa enjin yang sama taraf dengan kereta import keluaran negara luar. Kemajuan ini dicapai setelah hampir 3 dekad melibatkan diri dalam sektor pemotoran. Didalam meniti kemajuan produk baru, Proton juga berdepan reputasi buruk dengan masalah kualiti dan lain-lain lagi seperti yang ditulis oleh rakan-rakan blogger yang lain. Didalam dunia siber ini, segala penulisan yang ditulis tidak pasti samada ianya fakta atau ‘auta’ untuk menuntut hak atau memburuk-burukkan Proton. Pada pendapat saya mungkin ianya ditulis ketika perasaan marah menguasai diri. Siapa yang tidak marah kereta yang mahal dibeli mempunyai masalah pula. Tidak mustahil dalam beribu-ribu kereta yang dihasilkan pasti ada yang tidak sempurna. Namun ia bukanlah satu alasan yang boleh dipegang oleh Proton untuk tidak mengendahkan pihak-pihak yang terlibat. Isu penarikan kereta Toyota, Honda dan lain-lain lagi turut membelenggu pengeluar lain dan bukannya Proton sahaja.

PROTON : Apa kata JebengOtai?

Sudah hampir empat tahun saya menggunakan kereta keluaran Proton. Sepanjang tempoh penggunaan kereta ini tiada masalah besar dihadapi oleh saya. Setiap kali servis saya pasti akan pergi ke Pusat Servis untuk mendapatkan khidmat yang terbaik dari kakitangan yang terlatih. Ibarat jika kita sakit gigi, kita mestilah berjumpa pakar gigi bukannya pakar kulit. Dalam tempoh hampir 4 tahun kerosakkan seperti lampu brek terbakar sahaja yang saya alami. Pada mulanya ada bunyi dibahagian belakang kereta dan saya sangkakan masalah suspensi. Setelah memberitahu kakitangan Pusat Servis tersebut mereka mengatakan hanya tempat duduk belakang tidak di’lock’ dengan ketat. Selepas itu tiada bunyi kedengaran sehinggalah kehari ini.

PROTON : Apa kata pengguna lain?

Petikan berikut saya ambil dari beberapa laman web yang membincangkan isu tidak puas hati terhadap Proton. Antaranya isu kereta Proton yang baru sahaja dibeli tiba-tiba mengalami kegagalan enjin lalu menyebabkan kemalangan. Situasi mencemaskan ini amat berbahaya kepada pengguna. Komentator ini juga menulis telah melaporkan kepada pihak Proton untuk mengambil tindakan lanjut tetapi dikatakan tidak memperdulikannya. Aneh rasanya apabila pengalaman yang ditempuhi beliau amat berbeza dengan saya. Mungkin ada sedikit kesilapan komunikasi atau masalah teknikal yang lain menganggu urusan tersebut. Jika ada masalah sila gunakan saluran 1300-880-888 untuk membuat aduan.

Proton : Apa kata anda?

Proton

Jebeng Otaiâ„¢
betul ker?..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 81 Comments

  1. arelan

    sebagai vendor untuk car maker, memang proton la customer paling hampeh. development schedule paling kejap. pastu tak kisah quality janji dapat supply parts on time. dengar daripada senpai @ senior yang pernah keje proton pon kata, masa awal development memang bagus la keta tu tapi bila dia jumpa material lebih kurang sama tapi harga lagi murah, diorang tukar material. so profit margin jadi lagi tinggi. sebab tu kalau keta, lagi prefer perodua banding ngan proton.

    1. JebengOtai

      mungkin sbb itu kualiti kereta x sama..info bgus ni bro..

  2. faizul

    Ini tipikal luahan hati pemilik kereta Proton kalau kereta ada problem. Cuma saya rasa musykil dan mustahil jika ada aduan yang kritikal macam alirah itu tidak diambil tahu langsung oleh staf proton i-care.

    Apa kata kita dengar dari pihak yang satu lagi kan?

    1. JebengOtai

      btul..ianya melibatkan nyawa..mestilah xleh terlepas pandang..

  3. Cikgu Hairul

    Biasa juga tengok luahan rasa pengguna proton ni. Abg ipar saya juga terkena macam tu. kereta baru beli bermasalah tapi proton taknak bertanggungjawab. Terpaksa ke renault utk baiki enjin baru proton savvy dia. Emmm.. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Proton kena buat sesuatu. Tak boleh lagi berharap kepada sentimen “beli barang buatan malaysia” yang gah suatu masa dulu.

    1. JebengOtai

      mungkin boleh guna saluran lain mcm tribunal pengguna..x perlu keluarkan belanja..

  4. anif

    Saya guna Proton Satria dah 12 tahun. Tukar komponen penting ikut jadual, servis berkala ikut jadual, Insyallah semuanya akan ok.

    1. JebengOtai

      yela..walaupun mahal skit..rasanya berbaloi dan tahan lama..

    2. faizul

      setuju, sebab wira saya pun genap 10 tahun. Dan kalau dimaintain memang boleh tahan lama. Cuma kalau ada kerosakan itu memang adatlah, ini barang buatan manusia.

      Jangan berkira sangat kan.

      1. Actually semua keta kalau dijaga baik-baik dan servis ikut masa takkan ada problem. Kawe punya keta pon dah masuk 8 tahun. Msh hensem di jalan raya.
        Keta tu pon mcm manusia juga – perlu dijaga dan diberi makan secukupnya. Kalau lanyak ajer, masuk ICU pon still KO.
        Those yg geninue ada masaalah dgn pusat servis kereta patut report lah dgn proper channel dan dapatkan nasihat sebaikknya. Semua masaalah boleh diselesaikan insya-allah..

  5. akhiyy

    orang yang merasa mungkin lebih mengetahui..sape tak sakit hati kalo baru beli dah rosak..bukan kereta aje bende lain pun kalo baru beli dah rosak memang sakit hati..cume kne bnyk bersabar lar..org yg jual tuh pun bukan suke pun barang yang di jual itu rosak..huhu..

    1. JebengOtai

      btul..semua jenama x terkecuali..mesti ada yg rosak..ttp x bermakna jenama tu x bgus..

  6. azmanisma

    Saya guna iswara dah 12 tahun..takder masalah besar,tapi kereta generasi baru ni,tak tahu lah pulak ada byk masalah.Proton kena buat sesuatu.

    1. JebengOtai

      setakat ni sy dn adik sy guna kereta generasi baru ni..mmg xder mslh..tp x tau yg lain pula.. 🙂

  7. yas

    Hohohho….de no komen arrr…:D

    1. JebengOtai

      hehe..xper2..pada sy tiada mslh..x tau niat sbnar si pengadu..tiada nama,alamat mahupun email dilampirkan..mmg meragukan..

    2. hafizmd

      eh…komenlah sikit bro yas…hehe =)

    3. chii

      heheh..salah sorg ahli proton :p

  8. zool

    Kesian.. after sale service tu penting..

  9. shraqs

    Personal opinion akulah, faktor nasib memainkan peranan jugak dlm proses jual beli kereta, tak kira baru atau 2nd hand @ local atau import. 🙂

    1. JebengOtai

      mmg bro..kene nasib x baik asyik prob jer..huhu

  10. Incik RestNrilekS

    Salam Alaiyka.

    No komen la. Alirah tu punya marah ada benarnya, tapi kalau dia taip cantik2, InsyaALLAH berbalas. Hehe.

    Satu yang belajar, kalau kita tanya khidmat pelanggan elok2, selalunya kalau ada masalah besar, dia akan cuba layan. Sekurang-kurangnya, kalau masalah tak selesai, hati dua-dua tak la panas. Manusia, macam mana pun kita semua suka yang elok. Berapa kali dah bila ada problem (bukan proton), tanya elok2, siap khidmat pelanggan telefon balik semula tanya masalah sudah selesai ke belum. : D

    Proton kena baiki khidmat pelanggan.

    1. faizul

      betul juga, kalau kita tanya elok2 mungkin kita tidak memanaskan hati orang belah sana pula. Mereka pun tak suka ada masalah2 camni, sebab mereka yang akan malu juga.

  11. daddydee

    Dalam setandang pisang tidak semuanya elok. Terpulang pada nasib lah, janganlah kita terpengaruh. Dalam beribu-ribu buah kereta yang dikeluarkan mungkin ada defectnya juga, nama pun yang tukang pasang adalah manusia mesti masalah. Tapi semuanya boleh bawa berbincang.

    Dalam kes atirah tu saya rasa cam pelik je. Betul ke tidak dilayan?? Setahu saya lah, seorang kawan yang saya kenal, blogger juga, pernah turun ke sampai ke Johor semata-mata untuk cehck masalah yang diadu oleh seorang pelanggan (Pengguna Kereta Exora). Dari KL turun ke Johor nak setel masalah.

    Satahu saya mana-mana pengeluar memang nak aduan yang tepat dari pelanggan untuk meningkatkan mutu mereka pada masa akan datang..

    1. JebengOtai

      mungkin ada mslh komunikasi agknya..alamat dan mklumat diberikan x tepat dsb..ssh juga nk perbaik apa2 kerosakkan..

  12. Norizwan

    saya baru pakai saga FL…tak sampai setahun…takder masalah lagi…saya pelik gak cik alirah complain keretanya tiba2 enjinnya mati…rasanya saya kena hati2 ni…

    1. JebengOtai

      bwk kereta mmg kene hati2..sblum jln jauh pon mmg kene servis @ check walaupun kereta baru..kdg2 salah kita juga..

  13. onlajer

    biasa le der pisang setandan pasti ada sebiji dua yang buruk. cuma sekarang nak juga rasa buatan eropah atau jepun pula hehe

  14. hafizmd

    Proton. Pernah jugak guna kereta satria terpakai. Takde masalah besar, sikit2 biasalah.

    Pasal pengadu yg nmpak marah bebenor tuh, rasanya macam tak berapa logik servis proton tak layan. Mungkin ada masalah komunikasi.

    Dgr katanya, bahagian development proton, MD barunya dari Jepun sekarang…moga bertambah baik prestasinya… =)

    1. JebengOtai

      series?? org jpun mmg terkenal dgn ketelitian die..

  15. suri

    suami dlu pakai proton keluaran pertama pi mana laju jer klu rosak sikti2 htr repair rasanya pastu ok.dah lebih 10 tahun dia pakai.tpi pakai kereta persona ni ada plk ragam skit.. tpi kmi anggap mana ada smua kreta pakai akan elok jer 24 jam huhu…

    1. jebengotai

      yela..kadag2 ok..kdg2 x ok..better pi check kat pusat servis..hehe

  16. iAwani

    erm enjin kereta Proton Waja milik orang rumah saya pula masih ok. Janji service ikut jadual dan pemanduan berhemah. Itu saja. Sebenarnya OK atau tidak bergantung pada penjagaan dan cara pemakaian.

    1. jebengotai

      ye betul..kdg2 kita amik ringan perkara ini..cth mcm minyak hitam 10,000 km atau 6 bulan dari tempoh servis sebelum tu..kdg2 nk jejak 10k km tu mkn 8-10 bulan..mungkin ade efek juga tu..

  17. Din

    jebengotai guna kereta proton jenis apa ya?
    kalau saya..perodua pun sama ok lah jugak..hehe

    1. jebengotai

      sy guna persona..stakat ni ok la..semuanya tip top.. 🙂

  18. Fahmi Raazali

    Kereta Saga BLM milik mak saya masih okey. Tak ada masalah besar pun. Tapi terpelik contohnya, suis untuk lampu kecemasan kereta mak saya telah pun rosak. Sebelum ini okey saja. Rosak sebab tak digunakan agaknya.

    Secara peribadi, saya sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana ahli keluarga seya membeli kereta keluaran proton yang baru. Kalau beli kereta terpakai proton masih boleh diterima.

    1. jebengotai

      yeke?..jika buat aduan mungkin boleh dibaiki rasanya..

      psl x bli kereta proton tu terpulang pada diri masing2..hehe

  19. Mak lagenda

    Mgkin ada kekurangan pihak proton. Like service after sale tu mmg kita tahu la itu kelemahan dia..

    mak pun pengguna proton..alhamdulliah setakat ni xde kerosakan major.masalah kecik2 tu biasalah..

    1. jebengotai

      org kata lah..enjin proton paling tahan berbanding enjin lain..kata2 dari tokeh modifikasi kereta

      die letak supercharger utk campro..enjin ni ssh nk rosak..huhu

  20. Tehr

    Aku tak ada kereta proton
    Aku pakai produa je

    1. jebengotai

      hehe..perodua ok ke cikgu?..hehe

      ayah saya guna perodua juga..stakat ni x der mslh besar juga.. 🙂

  21. puteri kasih

    puteri tak ada komplen tentang kereta proton..setakat kerosakan yang kecil-kecil tu biasalah kan..semua kereta pun akan meragam sekali sekala

    1. jebengotai

      aah puteri..mesti ade mslh nya..mcm ade kes kat china, die bli lamborghini lepastu x leh nk start…lagik haru..

      die geram die upah org suro hancurkan kereta tu didepan pusat jualan lamborghini lepas dh buat komplen dan telah dicheck dan gagal utk diidupkan..

  22. akubiomed

    Saya pengguna Proton GEN2. Ketika kereta didalam waranti, 3 kali tukar penggera CAPTOR kerana kereta dimasuki air hujan. Teruk juga karpet kereta basah hingga boleh diperah.

    Alasan yang selalu diberi pihak Proton kalau ada masalah buat tuntutan waranti. Siapa tidak merasa terkilan kalau kereta baru sudah dibuka dashboard untuk mengenal pasti kebocoran air hujan.

    1. jebengotai

      yela..sepatutnya dlm keadaan terbaik..mungkin ada mslh ketika pemasangan..bro dh wat tuntutan ker?kalo x jalan boleh buat tuntutan tribunal pengguna..

  23. hafizul

    bagi aku, proton preve ni menarik..bonet belakang juga luas..ruang pemanduan juga selesa..yang lain2 aku tak nak komen sebab semuanya komen yang menyokong..haha

  24. Kulanzsalleh

    Dulu aku pernah pakai Satria GTi.. selepas pakai 8 bulan enjin jadi tak lancar.. hantar pusat servis diorang pun susah cari masalah dengan alasan teknologi enjin baru.. kereta hampir seminggu di sana, baru dapat kesan part yang rosak ialah throttle body..
    selain tu aku pernah juga pakai Iswara AB dan Wira.. dua jenis ni kalau baru tak banyak masalah besar..

    cuma Iswara kakak aku saja yang pernah ada problem.. pakai 3 bulan dah keluar minyak enjin dari air cleaner tu.. sebulan dekat pusat servis..

      1. Kulanzsalleh

        Belasan tahun juga pengalaman guna kereta proton ni.. model 90-an proton memang terbaik berbanding yang sekarang

        1. jebengotai

          tahun dulu mmg tahan lama..skang msih ade yg elok lagi..

  25. irsah

    No komen. Sebab ada bahagian baik dan buruk. sebagai x-auto maker, memang banyak pengalaman pahit manis tentang proton nih. kalau nak cerita ruang komen tak cukup asanya bro hehe. Tapi, apa pun, cubaan proton terbaik cuma, seperti mana2 syarikat bumiputera, mula2 hangat lepas tuh suam2. macam tulah jalan crita dier. sma mcm @arelan cakap. apa pun thnks share.

  26. Hairul Hissam

    saya pun sukalah tengok preve……
    semoga pihak proton terus memperbaiki mutu dan kualitinya….

    1. jebengotai

      utk preve dan kereta akan dtg.. 🙂

  27. titan

    bagi aku, pandai jaga. apa jenis kereta pun ok. janji, pandai bawa. jangan asyik langgar orang aje.

  28. Juan

    aku x pernah lagi pakai proton, aku pakai perdua, selepas 3 tahun ECU rosak dan pelbagai lagi sehingga aku habis RM1.5K sebulan untuk repair dan upah sahaja, bapa aku pakai proton kereta second hand smpi skrg ok jer, aku rasa semua kereta pon sama ja cuma cara kita pakai dan nasib dapat kereta yg ok atau x itu sahaja

    1. jebengotai

      bergantung pada nasib..tp mmg x tenteram la dh bli baru kuar belanja nk perbaik lagik..

  29. anjangman

    Aku dah 8 thn guna wira..setakat ini masih hensem lagi. Kwn isteri aku cakap masih mcm baru.Dalam 8 thn guna cuma rosak aircond sekali,gear box 1 kali.Cuma yg selalu komplen cuma lock pintu je. Siapa kat sini ada jual set lock pintu mitsubishi recond boleh jual ngan aku..

  30. en tukul jln2

    proton terbaik lah.. pasal masalah tu.. biase ler jenama baru 3 dekad beroperasi… x mcm ford atau toyota yang dah lebih 100 thn pengeluaran….

    1. jebengotai

      mungkin juga..diorg mmg pencipta kereta..byk pengalaman tu..

  31. chii

    rasanya ada masalah komunikasi tu kot..sebab dlm family ..masing2 guna kete proton.xde plak dgr dorng kata ada masalah servis atau lain2

  32. gamep01nt

    Akak aku pkai preve baru tu, baru bape bulan dah ada leaking kot. zzzzzz

  33. wahida

    kecewa sangat2 dh 3bln lbh buat tempahan proton persona tpi masih x dpt. geram, marah semua rasa ada.ble g tnye jwpnnya mcm2.klu pendek umur alamatnya mati x pejamlah……………

  34. agypt

    saya rakyat malaysia dan berbangga dengan malaysia yang ada kereta sendiri.cuma komen saya tolongla sangat buat kereta yg ada kualiti, jangan pikir kuantiti.tolongla dengar sgt2 wahai proton.saya sanggup beli kereta luar yang mahal yang sama harga dengan kereta malaysia tetapi jauh beza kualiti nya.bukan saya taknak support tapisedih kerana saya sendiri pernah kerja di proton dan saya tahu sangat bab2 kereta proton ni.tambah2 bila utk assembly kereta ni.”buatlah macam mana pun asalkan semua part/bahagian kereta melekat”…anda paham maksud saya?fikirlah sendiri

  35. efy

    aku dah guna proton 7 tahun…model gen 2 keluaran 2005. kalah belanja bini , lg besar kos repair keta aku.tiap bulan ada2 je bnda rosak.horn ngan power window,tu xsah cite la.aku dah ganti motor power window sbanyak 3 kali.then rosak balik..pick up,mmg hapeh…minyak plak kuat…sbb kita ni bkn org senang,pakai je la…insyalah,ada rzeki esok2,nak gak try tukar angin.aku rase perodua better…aku pnah pndu myv…sedap siot…

  36. tak puas ati

    aku adalah mangsa PZROTON…aku dah serik semua bodykit macam kualiti mainan anak aku yang 2 tahun tu jer…pendek kata PROTON ADALAH BESI BURUK BERGERAK

  37. din

    salam semua…memikirkan pasal kereta proton ni..mmg sedihlah
    saya bRu beli ezora cfe bold turbo.
    sangat sepanjang lima bulan masih keluar mazuk
    SC kerana masalah enjin…dan saya berusaha
    guna semua saluran yg ada utk dptkan waranty
    terbaik….so far masih ok.cume saya saya
    jumpe ceo nya aje lg…..kalau masih blum ok..
    tapi itulah dia
    so nasihat buat semua jangan beli ape
    pun model proton kerana quality masih teruk…
    terumata exora cfe, blm cfe dan preve..
    so itulAh dia proton yg kita banggakan.26 tahun.dlm
    industri..masih teruk dan tidak mengutamakan
    kepuasan pengguna..tetapi lebih kepada profit.

    1. din

      say no la dulu to proton

    2. clutch_plate

      proton BLM mana ada versi CFE derr.. ko ni biar betul..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.