Ralat : RON95 Lebih Mahal Dari RON97?

Sebelum ini saya pernah menulis entri ‘RON95 Lebih Mahal Dari RON97?‘ dan mendapat pelbagai reaksi dari komentator yang membincangkan isu ini. Saya akui ketika menulis entri ini, maklumat yang saya cari tidak lengkap sehinggalah keluar kenyataan dari KPDNKK terhadap isu ini ketika harga RON97 diturunkan pada harga RM2.80. Berikut merupakan petikan dan kenyataan sahih berhubung dengan isu harga petol di Malaysia. Kerajaan tidak pernah mengutip cukai, iaitu RM 0.58 seliter untuk bahanapi ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah mengenakan cukai jualan bagi pembelian petrol kerana tidak mahu membebankan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.

Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut.

“Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival India Global 2012, di sini pada Khamis.

“Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter.

“Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,” katanya.

Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu.

Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia.

Harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditentu mengikut harga pasaran dunia.

“Saya harap rakyat faham bahawa apabila harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun,” katanya.

Sumber

Ralat informasi ini amatlah dikesali. Walaupun begitu, kesimpulannya RON97 masih lagi mahal berbanding RON95 dan berikut merupakan kalkulus sebenar tentang harga bahan api :-



Harga RON95
Harga Petrol Semasa = RM 3.18
Pengecualian Cukai = RM 0.58
Subsidi = RM 0.70

Harga Jualan
= RM 3.18 – RM 0.58 – RM 0.70
= RM 1.90



Harga RON97
Harga Petrol Pasaran= RM 3.38
Pengecualian Cukai = RM 0.58
Subsidi = tiada

Harga Jualan
= RM 3.38 – RM 0.58 – RM 0.00
= RM 2.80


Jebeng Otaiâ„¢
segala kesilapan fakta amatlah dikesali..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 62 Comments

  1. JebengOtai

    minta maaf jika terdapat kesilapan, harap entri kali ini dapat merungkai harga sebenar harga bahan api ini..

    1. dzuandiey

      its okay..dah ada penambahbaikan..hihi..

      1. SuhairiDotCom

        Sebab tu aku cakap mesti ada yg terselindung. Tapi bagi aku murah juga la kalau tade subsidi.

        1. JebengOtai

          yela..sbb x kutip cukai..kalo x mmg RM3.38 la..huhu

          1. SuhairiDotCom

            Tau takpa bro. Bila kutip cukai baru la mahal. Sebab tu dorg cakap macam tu.

  2. nurmisnan

    Masa balik Mesia hari tuh isi keta pesona abah aku
    full tank Ron 95 79 hinggit.. Di Brunei keta aku
    full tank nissan salon 25 hinggit

      1. SuhairiDotCom

        Sebab punggunaan minyak sedikit berbanding Malaysia. Kena faham harga minyak ikut kuantiti minyak dalam simpanan selepas tolak penggunaan.

        1. JebengOtai

          that’s right..berbeza dgn malaysia..kpasiti keluaran dgn jumlah pengguna mmg jauh beza..

    1. dzuandiey

      itulah perbezaan ketara…hahaha

  3. yas

    aku guna mana yg murah jerrr….yg len2 malas dh nk fikir…hehehe

  4. Ladfe Amir

    sebagai rakyat biasa yang berbahas cuma di kedai kopi dan kantin, mmg kebanyakan hujah tidak dapat dibawa ke mana2. tapi insyaAllah..satu hari nanti kita sebagai rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol yg lbh murah drpd skrg.

    1. JebengOtai

      ssh juga nk turun seperti dulu..kita berdepan dengn mslh sumber smkin sedikit..sepeti dlm teori hubbert..

  5. shraqs

    Yang penting harga RON 95 masih murah banding RON97

    1. JebengOtai

      aah..pusing mcmane pon RON95 lebih murah.. 🙂

      1. hafizmd

        setuju.

        kalau kita rase kita mampu, guna 97, kalau tak…pakai jer 95

    2. dzuandiey

      sebab subsidi jer lah.. 🙂

  6. alieza dayasari

    Isu harga minyak … huuuu… moga tidak membebankan rakyat.

    1. dzuandiey

      hurmm..dah terbeban nih…hihihi…

  7. nizamghazi

    Sepanjang hidup, hanya beberapa kali sahaja guna 97. Itu pun saja nak test perbezaan. Tak dinafikan 97 lebih lancar. Okay sekarang dah faham kenapa 95 tak turun. So world ctrl the 97 huh?

    1. JebengOtai

      harga ikut harga pasaran..mmg x dpt dielakkan..

    2. dzuandiey

      tak pernah guna Ron 97..hahaha….ada beza tak?..hihi

      1. JebengOtai

        xpasti ade beza ke x..ikut gaya pemanduan juga.. 🙂

      2. Nazri

        ron97 sedap kalau nak drive > 140km/j .. engine lancar

        1. JebengOtai

          mmg x dpt dinafikanlah..ianya lebih berkuasa dri RON95..

    3. SuhairiDotCom

      Aku guna Ron97 sejak dulu lagi tapi la ni kasih hati da berubah sebab terlampau mahal. Sekali sekala boleh la pakai.huhu

    1. JebengOtai

      sama la..xkisah RON95 atau RON 97..kalo kat pump tulis RM 1.00..sy bli yg tu..hehe

    2. dzuandiey

      hehhee…lepas ni, naik basikal jer lah..huhu

  8. rahman

    ron 95 kualiti kurang sikit bro.. carburetor selalu sumbat huhu

    1. dzuandiey

      kalau kereta enjin kecik, sesuai lah…huhu..

    2. JebengOtai

      carburetor??..yg tu x pasti la sbb pki EFi 🙂

      1. SuhairiDotCom

        EFI pn ley sebu gak jebeng..huhu..dpt rasa la kt kete aku yg bru usia 2 tahun ni.sempat la setahun pakai Ron97.

        1. JebengOtai

          oowh..mungkin dri awal pki RON95..tu yg x rasa sgt.. 🙂

  9. dzuandiey

    cari yang paling murah jer..haha..

  10. mak lagenda

    Tiap kali naik turun harga minyak..yg untung tetap bkn pengguna.

    1. JebengOtai

      yela..nk buat mcmane..sbb kita nk pki utk bubuh kat kereta.. 🙂

  11. azura

    saya pun tak tahu mana yang mahal tapi better guna ron97 right

  12. Juan

    thanks bro, aku suka dengan kenyataan ini, minta copy paste data yer

    1. JebengOtai

      dialu2 kan bro..kdg2 kita ambil ringan..tu yg senang kene ‘twist’.. 🙂

  13. cik tom

    xpe normal la salah info..yg pntg kita sedar n cuba perbaikinya…thanks utk ifo ni jo..

    1. JebengOtai

      yela..harap info ni dpt memperbetulkan mana yang silap..

  14. APAN

    xkan senang2 nak kantoi…mesti ada x kena mana2 tuh…bagus la dah betulkan….aku pun baru terbaca isu ni. ada dengar dr membe je pasal kantoi harga ni…silap rupanya… 🙂

    1. JebengOtai

      silap mencari sumber..tu yg terkehel skit.. 🙂

  15. akhiyy

    bru faham sket..hehe..sblm nih pening gak..

    1. JebengOtai

      sama la.skng ni dh terang lagik nyata.. 🙂

  16. eXception

    Nak minyak murah mcm kat Brunei? Senang jer… Kurangkan penggunaan kenderaan berenjin petrol atau diesel. Gunakan kenderaan berenjin wap… Gerenti harga petrol akan turun disebabkan permintaan rendah, simpanan banyak… Perlu diingat… Sumber galian bumi tak selamanya kekal abadi… Petroleum akan habis juga nanti… Setakat enjin wap air, boleh tadah air hujan… Guna air laut pun buleh, tp berkarat le enjin…

    1. JebengOtai

      yela..kite bergantung kepada minyak petrol..makin ramai pengguna makin mahal utk tampung kapasiti..

  17. arelan

    papepon minyak tetap mahal.harga naik turun tapi gaji dok takat ni je.hmmmm

    1. JebengOtai

      mmg mahal jika nk dibandingkan dahulu..huhu

  18. MEKAR

    Kereta suami sya kena guna Ron 95 utk menjaga ketahanan dan “kegagahan” kereta dia.memang lg mahal tp tpaksa guna demi utk mjaga enjin kereta. tapi kat langkawi xde satu steyen pun jual ron 95 tu. padahal Langkawi la tempat mjual kereta mewah yg murah..huhu..

    1. JebengOtai

      owh..ade rasanya..mcm petronas kat tok senik, ade jual RON95..hehe

  19. jibraun

    Assalam.

    Sekadar berkongsi pengalaman guna RON95 & RON97. Memang betul seperti yang disuarakan, RON97 memang terasa pemanduan lebih lancar. Perbandingan di antara jenama turut berbeza (RON95 Brand A vs RON95 Brand B & seterusnya)(RON97 Stesen A vs RON97 Brand B & seterusnya).

    Akan tetapi hasil pemerhatian saya, 3 kali isi RON95 bersamaan 2 kali isi RON97 (jenama sama) untuk jumlah jarak yang sama. Pendek kata, hasil pemerhatian saya (ujikaji sejak RON95 diperkenalkan) RON97 lebih jarak perjalanan untuk setiap isian tangki (penjimatan jangka panjang).

    Harap ada juga di luar sana yang dapat mengesahkannya.

    wassalam.

    1. JebengOtai

      RON97 lebih mahal kerana ada additive utk elak pembakaran awal atau masalah knocking enjin..mksdnya takat bakar minyak dinaikkan berbanding RON95 yg kurang skit takat pembakarannya..

      apa pun..kaedah dan amalan pemanduan juga mempengaruhi penggunaan…selain tekanan tayar, dan bermacam2 kriteria perlu utk membuat perbezaan ini..mungkin juga psikologi minyak mahal kene guna cermat..minyak murah leh guna byk pon mempengaruhi gaya pemanduan kita.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.