Tahun ini sahaja berbagai edisi demonstrasi atau perhimpunan diadakan. Kuning, hijau dan kini Perhimpunan Oren pula digunakan sebagai simbolik penentangan berterusan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Perhimpunan Oren menuntut campur tangan Yang Dipertuan Agong di dalam isu ini. Anehnya mereka yang sertai bukanlah dari para peneroka. FGVH melakar sejarah setelah IPO yang disenaraikan merupakan kedua terbesar didunia selepas Facebook. Ironinya, saham Facebook jatuh selepas beberapa hari tersenarai atas sebab tertentu tetapi tidak pula FGVH yang meningkat beberapa hari selepas dilancarkan. Mujurlah tiada keganasan seperti yang berlaku pada Bersih 3.0 tempohari.

Perhimpunan Oren : Isu

FGVH menyebabkan para peneroka Felda akan kehilangan tanah. Isu ini dicanang sebelum penyenaraian FGVH. FGVH tidak menggunakan tanah peneroka tetapi mereka menyewa atau memajak tanah ladang Felda. Tanah peneroka dan tanah ladang milik Felda adalah tanah yang berlainan. Tidak sama langsung malah tiada kaitan dengan peneroka. Sebab itu tiada peneroka yang turut serta membantah FGVH ini. Latar belakang wakil yang mengetuai Perhimpunan Oren ini dari keluarga peneroka. Saya rasakan berkemungkinan besar beliau tidak mengetahui tanah ladang milik Felda ini.

FGVH

Selain daripada isu kecil seperti ini, pada masa yang sama kita menerima tentangan dari NGO luar Malaysia untuk memboikot minyak sawit. Alasan mudah diberikan. Kita melakukan pemusnahan hutan dan habitat hidupan liar untuk menyediakan tapak ladang kelapa sawit. Berbagai-bagai kempen seperti Palm Oil Free, kempen Zoo Auklandย dan lain-lain lagi untuk memperjuangkan objektif pemeliharaan hutan negara yang menanam kelapa sawit. Lebih memburukkan lagi apabila gambar orang hutan dibunuh di Kalimantan dan susulan dari itu berbagai usaha untuk menyekat penanaman kelapa sawit untuk sumber bekalan makanan yang murah. Kita sepatutnya bersatu untuk mengatasi masalah ini, bukannya melalui Perhimpuanan Oren yang pada saya tidak relevan.

Perhimpunan Oren : Tak Kenal Maka Tak Cinta

Mengikut kajian, minyak sawit mentah adalah sumber yang banyak kegunaannya. Ia digunakan didalam produk makanan, bahan cucian, kosmetik, bidang perubatan sehinggalah digunakan sebagai bahan api didalam kenderaan. Sebahagian besar produk ini turut digunakan oleh peserta didalam Perhimpunan Oren seharian. Jika kita kenal dan ketahui apa yang boleh kita lakukan dengan minyak sawit, kita boleh memacu ekonomi negara dan rakyat khususnya peneroka ke tahap yang lebih tinggi. Minyak sawit juga mempunyai khasiat seperti Carotenoid dan Vitamin E yang juga merupakan anti-oksida terbaik dan dikatakan setanding dengan khasiat buah zaitun.

Perhimpunan Oren
Kelapa sawit merupakan pilihan terbaik berbanding minyak kacang soya, bunga matahari dan lain-lain lagi. Ia sebenarnya jauh lebih ekonomik dan memerlukan kawasan penanaman yang kecil berbanding minyak selain miyak sawit. Hairan juga mengapa mereka mengenakan boikot keatas minyak sawit walhal tanaman soya, bunga matahari memerlukan kawasan yang lebih luas dari ladang kelapa sawit seperti didalam gambar diatas. Selain itu, tanaman kelapa sawit dituai sepanjang hari setiap tahun atau tidak bermusim. Bekalan berterusan ini dapat menampung permintaan tinggi dunia masakini. Perhimpuanan Oren tidak sepatutnya diadakan jika kita semua sedar kelebihan yang kita ada ini bukan merugikan, tetapi sebanarnya sangat menguntungkan.

Jebeng Otaiโ„ข
menyertai perhimpunan oren mmg tidak membawa faedah..akhirnya kita jjuga yang rugi

Sumber Bacaan : MPOC, Soya Tech