Perkembangan pesat perniagaan dalam talian pada hari ini telah memberikan Pos Malaysia satu idea bernas dalam merancakkan perniagaan ini dengan memberi perkhidmatan ‘baru’ dalam penghantaran produk atau parcel kepada para pelanggannya. Antara perkhidmatan yang terbaru Pos Malaysia ialah ‘Kotak dan Sampul Prabayar’. Kini para pengusaha kedai online boleh menjual produk pada harga yang rendah, pembungkusan mudah dan penghantaran yang dijamin sampai ke destinasi.

Kotak Dan Sampul Prabayar
Sebelum ini kita perlu membungkus dengan balutan sendiri dan menimbang berat parcel untuk dikenakan cas sebelum produk itu dihantar ke destinasi. Sistem prabayar ini memang memudahkan pengguna kerana hanya perlu membeli kotak dan sampul prabayar dan terus menghantarnya setelah diisi dengan produk di Pejabat Pos tanpa melalui proses timbang kerana kadar cas penghantaran dikenakan keatas setiap belian sampul prabayar. Bungkusan tersebut akan dihantar pada keesokkan harinya. Mudah bukan.

Sebagai contoh jika berat sesuatu produk ialah 300g, kita hanya perlu membeli ‘Prepaid Envelope S’. Masukkan produk dan terus hantar ke Pos Malaysia untuk penghantaran tanpa perlu mengambil beratnya.

Cara Penggunaan

  1. Beli mana-mana sampul atau kotak prabayar.
  2. Isi borang penghantaran (PL1A) yang terdapat didalam surat atau kotak prabayar.
  3. Masukkan bungkusan dan borang penghantaran (PL1A) di poket sisi sampul atau kotak prabayar.
  4. Hantar ke Pejabat Pos.

Manfaat

  1. EXPRESS Delivery – Penghantaran dibuat keesokkan hari.
  2. Sistem pengesanan bungkusan.
  3. Ganti rugi berjumlah RM300 tetapi Pos Laju tidak akan bertanggungjawab jika kerosakkan disebabkan berat yang berlebihan.

JebengOtai™
bgusnya x yah nk crik kotak2 kosong utk antar barang..mmg terbaeek.. 🙂

Sumber : POS Malaysia Prepaid Box and Envelop Q & A , Pos Malaysia

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan.

– Khidmat nasihat Great Eastern Takaful Hibah
– Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta )

44 Replies to “PosLaju : Kotak dan Sampul Prabayar

  1. Lah! Saya baru tahu ada servis macam ni.
    Siap ada jenis-jenis box.
    Erm mungkin idea ni boleh implemen dengan my e-commerce site.
    Thanks 😉

  2. semua pejabat pos kat malaysia dah ada ke box tu…saya baru tahu hari ni..memang mudah sangat kalau macam tu sebab sebelum ni saya jenuh nak kene design kotak sendiri

  3. baru nie je pegi pejabat pos, tak perasan plak tentang kotak ni.semua pejabat pos dh pakai ke atau ada sesetengah yg belum lg?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.