Kesetiaan Pada Raja Dan Negara


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Ketika sekolah kita sering membaca ikrar tatkala perhimpunan bermula. Ikrar Rukun Negara yang membentuk Malaysia pada masa kini. Ketika penulisan ini rasa terkilan dan kecewa atas tindakan pihak tertentu yang tingkah lakunya di luar batasan ketika Majlis Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-14 baru-baru ini. Pada mulanya saya beranggapan ini hanyalah helah politik untuk memburuk-burukkan lawan dan ternyata meleset setelah disahkan oleh seorang lagi saksi di MyNewsHub. Secara jujurnya saya melahirkan rasa sedih dan amat kecewa mendengar YDPA diperkatakan sebegitu rupa oleh mereka.

Hairan
Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berasa hairan tergamak mereka berkelakuan begitu? Adakah mereka bukan rakyat Malaysia? Apakah mereka sekarang ini berada di negara asing? Bermacam-macam kesimpulan yang saya buat dan tidak pasti apa niat dan tujuan mereka. Memburuk-burukkan pemimpin utama negara bukanlah nilai-nilai murni masyarakat kita. Jika mereka sanggup berbuat begitu tidak mustahil mereka akan memperlekehkan ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ pula.

Jebeng Otaiβ„’
Perkara ini harus disiasat..sebgai seorang ahli politik harusnya tahu batasannya..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 17 Comments

  1. JebengOtai

    aku marah sgt dkat depa ni..

  2. puteri kasih

    semakin negara kita maju..semakin lenyap amalan nilai-nilai murninya πŸ™

    1. JebengOtai

      harap2 tidaklah kerana ada ‘rakan’ mereka tidak masuk campur..masih ade lagi yg berpendirian tegas..

  3. Mekar

    tak tahu la itu cerita betul atau dijadikan sebagai isu πŸ™

    1. JebengOtai

      harus disiasat..yg benar harus ditegakkan..

  4. puan kutu

    apa cer nie?aduh sy nie agak ketinggalan bab2 nie.mmg tak tahu cerita.:)

  5. mak lagenda

    OPss..ha ah..apa kes la plak?? Mak pun nampaknya ketinggalan ketapi dah nih!! Ops..org dah kureng naik ketapi. LRT dah sekarang yeh..apa kes??

    Post kureng detail la jebeng..kasik detail sket, bg org ketinggalan cam mak ni leh paham..

    1. JebengOtai

      nk tulis detail tkut mende ni just mainan politik..better bc ape yg ade kat mynewshub tu..huhu

      bhya2.. πŸ™‚

  6. akubiomed

    Malu dengan perbuatan yang seakan keanakkan. Matanglah.

    1. JebengOtai

      ade dikalangan mereka yg mmg x matang..

  7. azura

    saya tengok siaran langsung pertabalan agong di istana baru jalan duta…ada saya baca soal buat bising ini tapi biarlah isu ini diselesaikan oleh mereka yang lebih bijak menilai

    1. JebengOtai

      perlu juga dihukum dan disiasat..kalo x nek lemak la..

  8. yas

    Contoh ni yang nak ditunjukkan kpd rakyat? Pemimpin begini yg nak dijadikan ketua…habislah PR pru kali ni…

    1. JebengOtai

      ada juga yg bagus dlm PR ni..tp kebnykkan nya x bgus.. πŸ™‚

  9. chii

    Masing2 nk tnjuk pandai ngan ego. Tu yg payahnya. Haish

  10. segalabenda

    sebahagian pemimpin satu pihak ni dah macam nak tukar negara ke republikan aje..sebab dah lain macam sekarang ni

    1. JebengOtai

      btul..depa dh terlalu nkkan kuasa..mcm2 depa lakukan..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.