Battleship DvDRip

Sebuah cerita Sci-fi yang agak menarik untuk ditonton. Ia adalah sebuah cerita yang diadaptasi dari sebuah permainan video yang agak popular iaitu ‘Battleship’. Cerita ini diarahkan Peter Berg dan diterbitkan oleh Universal Studio. Kisahnya bermula apabila NASA menjumpai planet yang hampir menyerupai Bumi. NASA menghantar isyarat dari kepulauan Hawaii yang diperkuatkan melalui satelit untuk berhubung dengan planet tersebut. Pada masa yang sama, seorang tentera yang bermasalah, Alex Hopper, ingin memikat anak kepada Vice Admiral Shane dan akhirnya bermacam peristiwa berlaku disebabkan disiplinya yang lemah. Dia ditugaskan di USS John Paul Jones, diberi amaran akan digugurkan setelah selesai RIMPAC kerana bergaduh dengan Captain Nagata dari kapal pemusnah Jepun, JDS Myoko.

Makhluk Asing
Sebanyak 5 kapal makhluk asing datang ke Bumi setelah menerima isyarat dari pihak NASA. Satu darinya berlanggar dengan satelit dan terhempas di Hong Kong. Manakala 4 lagi di perairan Hawaii. 3 kapal perang Sampson, John Paul Jones dan Myoko dihantar untuk menyiasat dan akhirnya tembakan dilepaskan oleh kapal makhluk asing dan menghancurkan Sampson dan Myoko. Hanya kapal John Paul Jones yang terselamat. Kembalinya Alex ke kapal tersebut, kesemua pegawai pemerintah kapal tersebut terbunuh disebabkan serangan awal tadi dan secara automatik menjadi pegawai pemerintah berdasarkan pangkatnya yang lebih tinggi. Alex mengarahkan untuk menyelamatkan anak kapal Myoko yang terselamat termasuk Captain Nagata. Ketika pertempuran malam ia berjaya menenggelamkan 2 kapal makhluk asing tersebut. Ketika memeriksa badan makhluk asing tersebut, barulah mereka tahu kelemahan utama makhluk asing itu, iaitu cahaya matahari.

USS Missouri
Kapal John Paul Jones musnah ketika bertempur dengan kapal makhluk asing tersbut. Alex terpaksa pulang ke pelabuhan dan menggunakan kapal lama yang telah dijadikan muzium iaitu USS Missouri. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya mereka dapat mengalahkan makhluk asing tersebut.

Jebeng Otaiβ„’
teknologi lama mmg dsyt.. πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 20 Comments

  1. JebengOtai

    dh jdik muzium pon leh digunakan lagi..huhu

  2. zuan

    hehe banyak kali aku nak ke tandas time tgk citer ni, tapi terpaksa hold..

    1. JebengOtai

      tgk efek die gempak..mmg kene hold la..kalo x dpt scene menarik mmg rugi..hehe

  3. SuhairiDotCom

    Best cite dia tp lg best ko bro pndai main SEO.hehehe

  4. azmanisma

    Belum ada kesempatan nak tgk lagi..feed back bagus cerita..

    1. JebengOtai

      slalunya cerita dri komik @ novel..ni cerita dri game..mmg best..

  5. chii

    tgk trailer kt u tube..menarik. tp nk tgk kt panggung…mmg xdan sampai skrg ni

    1. JebengOtai

      pulun skali dgn avenger..mmg marathon la..hehe

  6. yas

    Kalau ada membe dh d/load pilem ni nak jugak aku layan…hehehe

  7. Hazmin Hamudin

    Aku tengah tunggu torrent untuk filem ni. Kalau dah keluar kualiti cantik, terus aku nak sedut. Hehe.

  8. titan

    hoho..nak tengok. nak tengokk..

  9. akubiomed

    Nampak gaya saya tunggu filem ini bermain di Astro.

    1. JebengOtai

      yela..tgk kat astro pon ok gak..harga pon sama je ngn tiket wayang.. πŸ™‚

  10. Amirez

    ramai cakap menarik cerita ni. bilalah nak tengok, asyik kempunan je

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.