Microsoft Surface Tablet : Revolusi Ultrabook?

Microsoft Surface Tablet baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Inovasi terkini daripada Microsoft ini secara tidak langsung mengejutkan pengeluar-pengeluar tablet malah ultrabook juga bahawa mereka sememangnya terbaik didalam bidang mereka. Beberapa pembaharuan dan teknologi terkini digunakan didalam gadjet ini untuk memberi kepuasan kepada pengguna. Kuasa komputer biasa dikecil dan dipadatkan sehingga ketebalan 0.93mm begitu nipis setanding dengan gadjet terkenal yang lain seperti Ipad. Terdapat beberapa variasi Microsoft Surface ini iaitu Microsoft Surface RT dan Microsoft Surface Pro. Mungkin jika memenangi Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, tablet ini boleh dimiliki.

VaporMg™
Dengan penggunaan material dan teknologi VaporMg™ sebagai ‘casing’ tablet ini, ia memberi perasaan kukuh kepada pengguna. Salah satu kelebihan VaporMg™ ini ialah ketika proses pembuatan kerangkanya, ianya boleh di’mould’ sehingga ketebalan 0.3mm. Sangat nipis malah lebih nipis daripada kad kredit. Jika dibuat menggunakan alumnium, ianya boleh dipusing atau dibengkokkan dengan mudah tetapi tidak untuk VaporMg™ Microsoft Surface tablet ini. Tebal keseluruhan tablet untuk Microsft Surface RT ialah 9.3mm dan 13.5mm untuk Microsoft Surface Pro.

Microsoft Surface vs Ipad

Pantas
Dengan menggunakan pemprosesan i5 Ivy Bridge, ianya memang berkuasa sehebat ultrabook dan komputer biasa. Apa yang saya tahu, tiada satu tablet yang mampu menjalankan aplikasi seperti Solidworks, Autocad ataupun Photoshop. Jika ada, ianya tidaklah selancar seperti Microsoft Surface. Ianya memberi manfaat kepada designer dari segi fleksibiliti, mudah alih dan mampu meningkatkan produktiviti. Selain itu, teknologi Ivy Bridge ini dapat menjimatkan tenaga dengan kerana semikonduktor yang digunakan untuk unit pemprosesan diperkecilkan sehingga 22 nM. Penggunaan tenaga yang kurang dapat mengelakkan masalah haba berlebihan, maka tidak perlu untuk memasang kipas penyejukkan. Hasilnya, tablet dapat dihasilkan dengan begitu nipis sekali.

Perimeter Venting
Walaupun tidak mempunyai masalah penghasilan haba, tablet ini tetap direka untuk membantu penyejukkan ketika penggunaan maksimum. Perimeter Venting direka untuk membawa aliran udara sejuk masuk kedalam tablet ini. Apa yang menariknya, sistem ini direka disekeliling Microsoft Surface, ianya tidak akan terhalang walaupun ketika kita memegangnya disisi tablet. Udara sejuk akan sentiasa masuk disekeliling tablet ini.

MiMO Antenne
Apakah sebenarnya inovasi ini? MiMO Antenne ini diperkenalkan didalam Microsoft Surface untuk meningkatkan kelajuan sambungan tanpa wayar. Secara teorinya, tablet biasa mempunyai satu sahaja antena untuk menerima gelombang tetapi didalam tablet ini, ianya dilengkapi dengan dua penerima atau ‘receiver’. Manakala secara praktikalnya pula, kita tidak memerlukan talian internet yang laju tetapi dengan MiMO ianya dapat membantu penerimaan gelombang dengan lebih berkesan.

Touchpad
Unik dan lain dari yang lain. Touchpad ini berfungsi sebagai ‘cover’ dan juga papan kekunci. Ianya amat nipis dan sensitif terhadap tekanan ketika menaip. Cara memasang touchpad ini agak senang, hanya perlu melekatkan pada tablet. Ianya seperti magnet dan pengguna boleh terus menggunakannya. Touchpad didatangkan dengan pelbagai variasi warna yang menarik dan yang paling menarik sekali ialah jika touchpad itu berwarna biru, latar belakang tablet akan bertukar serta merta mengikut warna touchpad tersebut. Menarik bukan?

Jebeng Otai™
kagum sekejap.. byk lagi fungsi menarik.. 🙂

Sumber

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 28 Comments

  1. ohcikgu

    mesti apple akan buat sesuatu lepas ni.hehe..

  2. zuan

    wohooo cool gak produk Microsoft ni! rasanya nak kena ke kedai try dlu bru leh bagi pendapat tersendiri mengenainya.. nice job bro 🙂

    1. JebengOtai

      x sure bile dipasarkan di malaysia..huhu

      kat us surface pro akan dijual 3 bulan lagik..

  3. Juan

    best giler tablet ni, campura, laptop dan tablet, dua dua boleh jadi

    1. JebengOtai

      yela..mungkin ade nama yg sesuai utk tablet @ laptop ni..hehe

  4. SuhairiDotCom

    MiMo = Multiple Input, Multiple Output
    Yang aku minat sebab dia pakai W8.hehe Nk try tgu harga utk Surface Pro 🙂

    1. JebengOtai

      surface pro terus..huhu..tp berbaloi rasanya dri ultrabook..

      1. SuhairiDotCom

        Bukan rasa da bro,memang berbaloi. W8 lagi tuh 🙂
        Hehehe..

          1. shraqs

            Info dr sumber2 yg bleh dipercayai:
            RT – $599
            PRO – $999

  5. samdaddycool

    Betul tu, kalau menang contest Eyriqazz vs Denaihati, selamba je boleh sambar satu biji

    1. JebengOtai

      yela..leh guna duit hadiah ngn trafik tu utk bli tablet ni..

  6. Oh! budu

    jeles gila tengok benda ni. nak beli, memang taklah. hehe

  7. azura

    memang canggih bagi yang tahu nilainya

    1. JebengOtai

      yela..kene guna sebaiknya..kalo just nk surf mcm x berbaloi pula..

  8. muazfaris

    wah, gua tak sabar nak tgk nnti masa kuar.. tgk leh lwan ipad ke tak.. huh

  9. Kulanzsalleh

    Semakin nipis gajet sekarang ni..
    kalau salah letak susah juga, susah nak jumpa nanti 😀

  10. tehr

    boleh la mula pasang angan2 sekarang ni
    haha
    harganya mesti sebulan gaji

  11. Hafizul

    Wahh menariknya..bila la nk merasa semua ni..

  12. Harfiz Perniagaan Internet

    Harga mesti mahal!

    p/s: Yang sekarang mesti jatuh harga,… hehehe 😀

    1. JebengOtai

      mmg mahal..setanding ultrabook tp tablet.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.